Wajah Terkini Budak Pada Botol Kordial F&N yang Disangka Liyana Jasmay! Memang tak sangka!
Sebelum ini seluruh rakyat Malaysia menyangka gadis yang tertera pada botol minuman kordial F&N adalah pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay. Namun, tekaan itu silap.
Siapakah budak perempuan disebalik botol kordial F&N itu?
Sebelum ini kami telahpun mendedahkan siapa budak perempuan itu dan yang pastinya, dia bukanlah Liyana Jasmay seperti yang uar-uarkan sebelum ni.
Terbaharu, gambar-gambar budak itu yang kini sudah meningkat remaja pula tersebar. yang pastinya budak ini telahpun menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Berikut merupakan gambar-gambar budak perempuan pada botol kordial F&N di masa kecil. Comel bukan?


Ini pula gambar budak perempuan pada botol kordial F&N yang kini sudah meingkat remaja. Dah cantik dah.


sumber:kamiviral
Heboh Ada Honda EX5 No. Plate Berharga RM70000 !! Alasannya Memang Kelakar.. Kesian
KOTA BHARU – Tembelang seorang pemuda mahu bermegah-megah dengan menggunakan nombor pendaftaran siri DDD111 yang kononnya bernilai RM70,000 pada sebuah motosikal terbongkar selepas dia ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang, lelaki berusia 20-an itu ditahan dalam operasi di Jalan Kebun Sultan di sini semasa menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Mahasan menunjukkan nombor pendaftaran DDD111 pada motosikal milik seorang pemuda yang ditahan di Kota Bharu semalam.
Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, hasil pemeriksaan mendapati nombor DDD111 masih belum wujud manakala nombor pendaftaran sebenar motosikal itu ialah AHR644.
“Pemuda berkenaan dipercayai menggunakan plat pendaftaran tersebut dan berkeliaran di sekitar Pengkalan Chepa dan pusat bandar ini sejak tiga minggu lalu.
“Semasa ditahan, dia mendakwa berjaya membida nombor tersebut pada harga RM70,000 sedangkan nombor awalan itu masih dalam proses penilaian tender,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
sumber: kamiviral
Tonton Video : Pasangan memilih untuk tidak beritahu keluarganya Jantina bayi dalam kandungan.. Rupa-rupanya ini puncanya…

Kejutan buat keluarga; merahsiakan jantina anak, mengunci bilik bayi, rupa-rupanya ini yang disembunyikan pasangan suami isteri ini!
Bagi pasangan yang buat pertama kali bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru pastinya sangat teruja dan gembira. Kelahiran anak yang bakal lahir seringkali membuatkan mereka memikirkan sesuatu, idea untuk memberika kejutan kepada keluarga dan rakan-rakan tentang kehadiran bayi mereka.
Ada antara mereka yang merahsiakan jantina anak dan seperti pasangan ini, mereka bukan sahaja merahsiakan jantina anak yang bakal lahir malah turut mengunci bilik bayi mereka supaya tiada yang tahu akan jantina bakal bayi mereka.
Theresa Slater dan suaminya bertambah bahagia apabila mereka dikhabarkan bakal menerima cahaya mata kedua selepas mempunyai seorang anak perempuan. Tetapi kali ini mereka memutuskan untuk merahsiakan jantina anak mereka daripada pengetahuan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Ada kejutan yang mahu dilakukan mereka!

Kredit: ©YouTube Screenshot | Theresa Slater
Jadi, untuk memastikan kejutan besar itu terus menjadi rahsia, mereka telah mengunci bilik bakal bayi mereka membuatkan keluarga dan rakan-rakan tidak dapat meneka adakah mereka akan menerima anak perempuan atau anak lelaki.
Tetapi sebenarnya ada rahsia yang lebih besar disimpan mereka. Rupa-rupanya mereka bakal menerima pasangan kembar!
“Kami mengunci bilik bayi, jadi apabila mereka datang mereka tidak akan melihat semuanya ada dua set.”
“Tiada siapa yang bertanya kepada saya jika saya akan melahirkan kembar.”
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Mereka sudah siap dengan kamera di bilik hospital untuk merakam reaksi keluarga dan rakan-rakan apabila melihat pasangan kembar yang dilahirkan.
Sesuatu yang sangat menerujakan!

Kredit: © YouTube | Theresa Slater

Kredit: © YouTube | Theresa Slater
Pastinya keluarga mereka tidak menjangka akan mendapatkan kejutan sebesar ini. Siapa pun pasti terkejut dan sangat gembira melihat bayi-bayi comel yang dilahirkan.
Memandangkan tiada yang mengesyaki mereka akan memiliki kembar, jadi kejutan mereka benar-benar menjadi!

Kredit: © YouTube | Theresa Slater
Tonton video di bawah untuk melihat sendiri kegembiraan dan keterujaan mereka. Anda juga pasti sangat teruja melihat reaksi mereka!
sumber:ngonyelngonyel

Leave a Reply