Kenapa Sesetengah Mamak Ramai Pelanggan? Terbongkar Rahsia Yang Ramai Tak Tahu!!

Kedai Mamak ramai pelanggan kan? Jom kita baca kisah benar Ustaz di Kedai Mamak yang Pakai Pelaris, “Buang Botol Dan Perempuan Itu Sekali”.

Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak , kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza . Ambil ikhtibar atas kejadian ini , dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini . Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita .

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.

Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.

Rahsia Kedai Mamak Ramai Pelanggan Terbongkar

Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.
“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”
Duduk dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.

“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.

Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.

“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”

Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.

“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.

Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.

Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.

Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.

“Buat tak tahu je lah”

Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya.

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak!

Apakah ketamakkan telah mengabui matanya?

Wallahua’alam Sumber:gedebakviral

Dalam Mahkamah Selamber Dia Gigit Polis ” Kes Wanita Stereng Lock Marah MPSJ “

Seorang wanita yang tular di laman sosial berhubung kejadian memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan ‘pengunci stering’, hari ini dihukum penjara dua minggu kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan mengingkari arahan Majistret.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhi hukuman itu terhadap Liew Yoke Peng, 43, seorang akauntan, setelah dia didapati bersalah menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkari arahan Nurulhuda supaya senyap ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Dia kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi, hari ini mengikut Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947 yang membawa hukuman denda maksimum RM150 atau penjara maksimum tiga minggu.

Kesalahan itu lakukan semasa prosiding kesnya berhubung kejadian memarahi seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong.
Polis wanita luka digigit
Semasa prosiding itu, Liew telah meninggikan suaranya terhadap Nurulhuda dan seolah-olah berlawan cakap dengannya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis.

Berang dengan tindakan polis itu, wanita berkenaan bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Mahkamah kemudiannya terpaksa menangguhkan prosiding kesnya ke sesi petang kerana wanita itu tidak dapat dikawal.

Sebelum menjatuhi hukuman, Nurulhuda menasihati tertuduh supaya bersikap profesional dan mematuhi peraturan di dalam mahkamah.

“Semua yang ada di dalam mahkamah ini menjalankan tugas masing-masing, termasuk saya dan anggota polis. Kamu tidak boleh sesuka hati menghina kerja kami,” kata majistret itu.
Acu ‘pengunci stering’
Suami tertuduh merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman terhadap isterinya atas alasan dia gagal meyakinkan wanita itu untuk mendengar arahan mahkamah.

Terdahulu, Liew yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang penguat kuasa MPSJ, di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong pada 1 tengah hari 6 September 2017 lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Insiden itu mula tular di media sosial di mana sebuah video berdurasi satu minit dan 37 saat menunjukkan wanita itu memarahi anggota penguat kuasa MPSJ sambil mengacukan ‘pengunci stering’ dan wanita itu dilihat meninggikan lagi suaranya dan menjawab bahawa dia tidak mempunyai tempat lain untuk meletakkan kenderaannya kerana dia terpaksa membeli makanan untuk suaminya, seorang OKU.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon oleh Abu Arsalnaa dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes…sumber:gedebakviral

Ungkap kembali kes berikut, Sila baca artikel dibawah.

Sebuah rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan seorang wanita memaki penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang sebatang kunci stereng.

China Press melaporkan wanita itu mengamuk selepas mendapati tayarnya dikunci pihak berkuasa tempatan berkenaan kerana menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU).

Wanita terbabit memarahi penguat kuasa itu dengan “menghayun” sebatang kunci stereng sambil memberi alasan dia terpaksa meletak kereta di sana kerana tiada tempat lain.

“Saya beli makanan untuk OKU salahkah? Salahkah?” teriaknya berulang kali.

“Tak salah. You beli makanan, you tak salah,” jawab penguat kuasa bercermin mata gelap itu.

“Tak salah kenapa kunci kereta saya?” soal wanita itu lagi.

“You parking kereta salah,” kata penguat kuasa itu sambil bertanya jika wanita terbabit seorang OKU.

“Saya tolong OKU, you tak fahamkah?” katanya sambil menghentak kakinya.

“Saya faham…Kalau betul-betul you tolong OKU, baik parking tengah-tengah (jalan) saja,” kata penguat kuasa lelaki itu.

Pemandu terbabit kemudiannya merendahkan suara dengan berkata, meletakkan kereta di tengah jalan memang dilarang.

“Apakah you betul ke tak betul? Panggil saya park in the middle…Eh, you officer tau,” kata wanita berkenaan.

VIDEO Kredit MyNewsHub

Posted in: Gedebak viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*