Kata-kata Terakhir Dari 8 Juruterbang Yang Direkodkan Sebaik Sebelum Pesawat Terhempas. No 7 Paling Rasa Sedih!

Pernahkah terlintas apakah yang bermain di fikiran seorang juruterbang apabila menyedari pesawat yang dikendalinya itu bakal terhempas?

Berikut merupakan rakaman detik-detik terakhir yang memilukan sebelum pesawat mereka itu terhempas.

#1 Good Night, Good Bye, We Perish!

Pada tahun 1987, pesawat LOT Polish Airlines dengan nombor penerbangan 5055 sedang terbang menuju ke New York dari Poland.

Semasa berada di dalam perjalanan, berlakunya letupan pada enjin pesawat dan mengakibatkan juruterbang-juruterbang gagal untuk mengawal pesawat lalu terhempas di hutan Kabaty yang terletak di luar bandar Warsaw.

Tiada penumpang yang terselamat dan kata-kata terakhir yang kedengaran daripada kotak hitam adalah, “Good Night, Good Bye, We Perish!”

#2 Don’t Do That

Pesawat Boeing 737 milik FlyDubai telah terhempas di kawasan Rostov-on-Don di bahagian selatan Rusia.

Kata-kata akhirnya didengari adalah “Don’t Do That!

#3 F**k, We’re Dead!

Pada tahun 2009, juruterbang pesawat Air France 447 telah dirakamkan menjerit “F**k, we’re dead!” sebaik sebelum pesawat itu terhempas.

Kotak hitam itu hanya ditemui pasukan mencari selepas dua tahun tragedi itu terjadi.

#4 That’s All, Guys! F***!

Penerbangan Vladivostok Air 352 hilang kawalan ketika sedang menghampiri lapangan terbang Irtuksk, Rusia pada tahun 2001.

Sebanyak 136 orang penumpang dan 9 orang kru penerbangan telah terkorban.

#5 Actually, These Conditions Don’t Look Very Good At All, Do They?

Pada tahun 1979, pesawat Air New Zealand, penerbangan 901 sedang terbang menuju ke Antartika bagi tujuan pelancongan.

Namun, pesawat itu terhempas di lereng Gunung Erebus di Artartika setelah mengalami masalah teknikal yang mengakibatkan pesawat itu salah arah.

Rakaman peti rakaman mendedahkan kemalangan berpunca daripada juruterbang yang tidak berpengalaman dengan cuaca buruk di benua ais itu.

#6 Ah, Here We Go

Pada tahun 2000, setelah bergelut mengatas masalah penstabil pesawat yang tersekat, penerbangan Alaska Airlines 261 telah jatuh menjunam ke dalam Lautan Pasifik semasa di dalam perjalanan ke San Francisco.

#7 Ma, I Love Ya

Pacific Southwest Airlines penerbangan 182 telah berlanggar dengan sebuah pesawat ringan milik peribadi ketika di udara.

Insiden pada tahun 1978 itu telah mengorbankan nyawa 135 orang penumpang dan 2 orang kru penerbangan.

#8 Good Bye, Everybody

Menurut seorang juruterbang bernama Richard Paul, kesemua juruterbang yang berasal daripada Switzerland telah bersepakat untuk menggunakan kod “Good Bye, Everybody,” sekiranya pesawat mereka itu bakal terhempas.

Kapten Karl Berlinger yang mengendalikan pesawat Swissair penerbangan SR 330 dari Zurich ke Tel Aviv pada tahun 1970 telah dirakamkan memberitahu kod itu semasa pesawatnya sedang menjunam jatuh.

 

Sumber : lubokviral

 

-Cerita Selanjutnya-

Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

Negara-negara Arab terus bergolak, belum pun selesai krisis Yaman, heboh khabar angin perang Saudi-Iran pula bakal meletus. Akhirnya Tun Mahathir menulis surat terbuka berani kepada pemimpin-pemimpin Arab buat satu dunia Islam sentap. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

MERAYU PERANG DIHENTIKAN

Ke hadapan saudara seislam di Arab Saudi dan negara Teluk, Ke hadapan saudara seislam di Yaman – Shiah dan juga Sunni,

Sebagai seorang Muslim, saya serta ramai lagi umat Islam, dan juga bukan Islam, di Malaysia ingin merayu kepada saudara kami agar menghentikan perang yang dahsyat ini.

Sudah ribuan yang terkorban. Sejuta anak-anak di Yaman kebuluran.

MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU

Dengan kematian dan kemusnahan ini, tiada siapa pun yang akan menang. Semua pihak kalah.

Semoga ada belas ihsan terhadap rakyat tidak bersalah yang menjadi mangsa kepada perang ini.

Dunia tergamam melihat tragedi buatan manusia ini. Umat Islam merasa malu. Hentikanlah penyembelihan yang sia-sia.

Paling kurang, benarkanlah ubat-ubatan dan makanan dihantar kepada rakyat Yaman yang sakit dan kebuluran.

HARAP DUNIA ISLAM BERSATU

Saya ingin merayu kepada umat Islam di seluruh dunia agar melaksanakan ajaran agama dan melakukan segala yang termampu untuk menghentikan perang ini.

Semoga warkah ini diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Dr Mahathir bin Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia (1981-2003)

Sumber : lubokviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*