
Peminat Fazura dan Fattah mesti semua ternanti-nanti 23 November ni kerana katanya mereka akan adakan press conference bagi menjawab segala persoalan mengenai hubungan mereka termasuk menerangkan tentang majlis yang diadakan di rumah nenek Fazura pada minggu lalu.
Semua pun sedia maklum pasangan ini bersama keluarga masing-masing sedang menunaikan umrah di tanah suci dan terbaru, sebuah video di muat naik di Instagram di mana ibu Fazura mendoakan jodoh anaknya berkekalan.
Tetapi, nampaknya ada yang tidak berpuas hati dengan perhubungan mereka yang di katakan telah berkahwin itu. Rileks lah!
Sumber: Instagram
Netizen yang tidak puas hati itu adalah tak lain dan tak bukan, peminat Lofattah. Mereka asyik melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan termasuklah yang mengatakan kemungkinan Fattzura berkahwin secara senyap kerana mereka sudah terlanjur.
Netizen turut mengaitkan nama Neelofa dengan mengatakan betapa dia lebih disanjungi dan perlu elakkan daripada mengadakan perkahwinan senyap-senyap seperti tidak bermaruah ini. Amboi!

Sumber: Cari
Selain, itu ada netizen yang memanggil Fattah dayus kerana sering memuat naik di Instagram miliknya tentang Lofattah ketika sudah bersama dengan Fazura.

Sumber: Cari
Bukan itu sahaja, ramai yang kecam Fazura dengan memanggilnya terdesak ingin berlaki kerana faktor umurnya serta mengata Fazura berkemungkinan sudah menopause dan tidak mampu hamil anak Fattah.Ish..ish..tak baik tau!
Sumber: Cari

Sumber: Cari

Sumber: Cari
Melemparkan kata-kata tidak elok serta memaki hamun tidak menjadikan anda seorang manusia yang baik. Sebaliknya, ia mencerminkan peribadi anda sendiri. Renung-renungkan
Sumber:http://lobakmerah.com/macam-kahwin-terdesak-nak-berlaki-peminat-lofattah-kecam-fazura-tidak-bermaruah/
Cerita Sebelum ini Mengenai Mereka….Kecoh di Media Sosial, Fattah dan Fazura Sudah Bernikah?

Hubungan rapat antara pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sememangnya bukan satu rahsia lagi. Sejak digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella, gosip mengenai mereka berdua menjalinkan hubungan cinta tersebar luas ke media. Cinta lokasi la ni…
Terbaru pada malam semalam, kecoh tersebar berita hangat mengatakan pasangan #Fattzura ini sudah bernikah dalam diam.Eh biar betul ni??
Sumber: Instagram
Menurut Harian Metro, khemah dan hiasan seperti majlis kahwin kelihatan di kediaman nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya malam semalam. Malah bukan itu saja, keluarga daripada pihak Fattah serta rakan, pengurus dan saudara terdekat kedua-dua pelakon itu juga dilihat menghadiri majlis tertutup tersebut.
Pun begitu, sebaik sahaja keluarga kedua-dua belah pihak menyedari akan kehadiran pihak wartawan, adik serta pembantu peribadi Fazura dilaporkan mengawal ketat laluan masuk kediaman dan menutup pintu pagar utama.
Sumber: Harian Metro
Setiap kereta yang melalui kawasan tersebut juga ditahan sebelum dibenarkan masuk. Ia kemungkinan untuk memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan. Hmm… mencurigakan sangat ni!
Lebih menimbulkan tanda tanya peminat, Fattah menerusi Instagram telah memuat naik foto Kaabah dengan kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan”.
Foto ini telah menerima beberapa komen ucapan mengenai ‘perkahwinan’ mereka dan ada juga yang membuat spekulasi kononnya pernikahan tersebut dilakukan semalam untuk mempermudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.

Sumber: Instagram
Namun hingga setakat ini, wakil daripada kedua-dua artis berkenaan masih mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut. Pasangan ini dijadualkan bakal berangkat mengerjakan umrah pada pagi ini.
Terdahulu, tersebarnya khabar angin yang mengatakan Fattah, 27, dan Fazura, 34, bakal bertunang pada 13 November 2017 lalu, namun setakat ini tiada pengesahan dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Sumber: mStar
Sungguhpun begitu, menerusi sumber Harian Metro, pasangan tersebut dikhabarkan sudah pun bertunang pada malam semalam di lokasi yang sama.
Malah mereka juga dikhabarkan bakal bernikah di sebuah hotel di Makkah semasa mengerjakan umrah.
Marilah kita doakan yang baik-baik buat mereka berdua. Kalau betul sudah bernikah, tahniah buat pasangan ini!
Sumber:lobakmerah.com
Leave a Reply