【Video】Rakaman aksi ikan paus Humpback ini pasti membuatkan anda mahu menonton video ini berulang kali.

Humpback adalah spesies ikan paus yang sangat besar saiznya iaitu lebih kurang sama dengan saiz sebuah bas. Purata beratnya pula ialah sekitar 36,000 kilogram iaitu bersamaan dengan 24 ekor badak air dewasa.

Namun begitu, ia bukanlah penghalang buat mamalia ini membuat lompatan besar keluar daripada air seperti yang dirakam oleh Craig Caperhart seorang penyelam skuba di Lautan Hindi di tepi pantai Mbotyi baru-baru ini.

Seperti satu kepuasan apabila ikan paus Humpback ini membuat lompatan besar keluar daripada air.

Menurut Craig, “Ikan lumba-lumba dan jerung putih sentiasa dilihat melompat keluar daripada air, tetapi apabila melihat aksi ikan paus Hampback dewasa ini, ia benar-benar satu peristiwa yang jarang berlaku dan sangat menakjubkan!

Ikan paus Humpback adalah perenang yang kuat dan mereka menggunakan sirip ekor besar mereka yang dipanggil fluke, untuk menggerakkan diri mereka melalui air dan kadang-kadang sepenuhnya keluar daripada situ.

Kelihatan seperti ikan paus Humpback melambai-lambaikan siripnya.

Ikan-ikan paus ini seperti yang lain, sentiasa melompat daripada air dan mendarat dengan percikan yang hebat. Para saintis tidak pasti jika tingkah laku itu berfungsi untuk beberapa tujuan, seperti membersihkan haiwan perosak yang melekat pada kulitnya atau sama ada ikan paus itu hanya melakukannya untuk bersuka ria.

Jom lihat aksi ikan paus Hampback yang memukau ini.

sumber :Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*