
Melaka: Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam k3malu4n penghuni lain.
Keempat-empat tertuduh yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan hubungan s3ks dengan cara memasukkan objek iaitu sebotol pewangi ketiak ke dalam k3malu4n remaja perempuan berusia 16 tahun pada 5 petang di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Tanjung Kling, 9 April lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang seorang daripada tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah tahanan di sekolah pemulihan akhlak, Mei ini manakala tiga yang lain pada tahun depan.
Bagaimanapun beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 setiap tertuduh sekiranya mahkamah membenar jamin dan syarat tambahan dikenakan.
Semua tertuduh yang diwakili Peguam Bela Andrew Lourdes memohon tertuduh dibenar jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.
Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi perbicaraan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

Lelaki ini berhenti merokok dan mula menyimpan duit rokok selama lebih setahun. Akhirnya dia mendedahkan kepada umum hasil simpanan duit rokoknya. Hasilnya buat ramai kagum. jom share..

Setahun Lebih Simpan Duit Rokok. Lelaki Ini DEDAH Hasil Tabungan Rokok Yang Buat Ramai TERPANA !!! | Semua orang tahu merokok boleh merbahayakan kesihatan namun statistik penghisap rokok semakin meningkat dari tahun ke tahun. Lebih menghairankan lagi, ramai yang sedar kebanyakan penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun di sebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
Bercerita mengenai rokok, kisah menarik ini mungkin boleh dijadikan teladan dan inspirasi buat semua perokok yang ingin berhenti merokok. Seorang wanita Indonesia, Dita Sari Wootekh telah mendapat perhatian ramai netizen di negara jiran selepas dia memuatnaik gambar yang menunjukkan sejumlah wang terkumpul hasil duit rokok suaminya.
Difahamkan, suaminya mula berhenti merokok sejak November 2015 lalu. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli produk tembakau itu telah disimpan setiap hari membolehkan selepas setahun enam bulan mereka telah berjaya membeli sebuah motosikal baru secara tunai.
“Sejujurnya saya ketika itu juga tidak yakin dia mampu berbuat demikian, namun tetap memberi sokongan.
“Dia memilih sendiri berbuat demikian, bukan kerana dipaksa atau dilarang sesiapa. Alasannya kerana mahu hidup sihat.
“Untuk menunjukkan komitmennya, suami saya mengubah bekas akuarium di rumah kami untuk menjadi tabung yang dilabel ‘Power of 20 rb’.
“Setiap hari dia memasukkan 20 rb Rupiah (RM6.40) iaitu jumlah sepatutnya dibayar untuk rokok dan selepas setahun setengah, dia melihat isi ‘tabung’ itu – tidak perlu dinyatakan jumlah dikumpulkan, tetapi cukuplah untuk membeli sebuah motosikal,” katanya.
Jesteru, di bulan Ramadan yang mulia ini marilah menanam azam baru untuk katakan tidak kepada merokok. Kumpul duit dan lihat berapakah hasil wang tabung rokok yang anda akan dapat dalam masa setahun dari sekarang. Apa tunggu lagi!
Sumber:Beritasteady
Leave a Reply