
Panik bila tengah shopping tiba-tiba baru sedar cash dah tak ada dan apa yang lebih menyeramkan lagi rupanya wallet pun tertinggal dekat rumah?Nak buat macam mana ni?
Chill beb, setiap masalah tu kan pasti ada jalan keluar. Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad.
Caranya mungkin agak susah sikit tapi kalau inilah satu-satunya jalan keluar untuk anda memperoleh wang, why not kan?Tapi nak diingatkan, perkongsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank saja.
Bank Hong Leong pun ada tapi kami pasti ramai juga yang memang guna Maybank kan?
Walaupun info yang dikongsi oleh saudara Ahmad Asyraf Asyari ni dah lama, but stillramai yang belum tahu kan?
So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad.
1. Log in Maybank2u.com

Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u dan layari laman tersebut menggunakan browser, bukannya apps. Kemudian, klik Account & Banking.
2. Pilih Transfer, kemudian Cardless Withdrawal

3. Isi maklumat yang diperlukan

Masukkan jumlah amaun yang anda mahu dan paling penting ialah nombor telefon. Maksimum amaun yang boleh dikeluarkan adalah RM300.
Kemudian, klik pada button continue dan anda akan menerima SMS dari Maybank. 16 digit nombor akan diberikan melalui SMS tersebut dan terus ke mesin ATM.
4. Pilih pengeluaran tanpa kad

5. Teruskan…

6. Masukkan 16 digit yang diterima melalui SMS tadi

7. Selepas itu, masukkan 6 digit withdrawal code

Sekali lagi anda akan menerima SMS 6 digit nombor sebagai pengesahan pengeluaran withdrawal code.
8. Ambil wang dan penyata, kemudian bolehlah sambung shopping. Hehe

sumber:ngonyelngonyel
Lagi Cerita Boy Iman… <
“Lebih dari RM570 Ribu Ringgit Duit Pelanggan Dimasukkan Akaun Boy Iman” – Ini Respon Beliau Apabila Penipuan Hampir Terbongkar!
“Lebih dari RM570 Ribu Ringgit Duit Pelanggan Dimasukkan Akaun Boy Iman” – Ini Respon Beliau Apabila Penipuan Hampir Terbongkar!
“Lebih dari RM570 Ribu Ringgit Duit Pelanggan Dimasukkan Akaun Boy Iman“ – Ini Respon Beliau Apabila Penipuan Hampir Terbongkar! – KECOH Selasa lalu apabila bekas pelakon suam-suam kuku, Dato’ Dr. Boy Iman atau DBI ‘diheret’ ke sesi soal jawab bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai skim rumah mini banglo murah yang ditawarkan syarikatnya, DBI Technology.
Syarikat itu dikatakan menipu wang pembeli kerana menawarkan rumah dengan harga yang terlalu murah iaitu RM45,000 sebuah.

“Lebih dari RM570 Ribu Ringgit Duit Pelanggan Dimasukkan Akaun Boy Iman” – Ini Respon Beliau Apabila Penipuan Hampir Terbongkar!
Susulan itu, pelbagai akaun crimebuster di Facebook yang mendakwa kediaman yang disediakan syarikat milik DBI atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman itu murah ‘tak masuk akal’ serta mengesyaki terdapat banyak maklumat yang kurang jelas mengenai projek tersebut.
Pendek kata, ramai yang mendakwa DBI sebenarnya ‘menipu’ pembelinya kerana harga yang terlalu murah serta prosedurnya yang kurang jelas.
Namun, tiada tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap DBI jika benar dia menipu orang ramai dengan menjanjikan rumah cantik pada harga yang terlalu murah.
Malah, dia hanya menerima ‘akibat’ di media sosial sahaja apabila netizen bertindak meninggalkan komen-komen pedas di Instagram miliknya.
Mungkin akibat terlalu ramai yang mengutuknya, DBI mengambil keputusan drastik dengan memadam semua komen-komen negatif dan membiarkan komen-komen yang murni sahaja!
Hai, Dato’? Biarlah orang mahu cakap apa pun, kita berani kerana benar. Kan?
Sementara itu, pertemuan dengan PPIM itu tercetus apabila mangsa dikatakan membeli rumah menerusi DBI selaku bekas ejen pemasaran kepada DBI Properties ketika projek ini dilancarkan pada Mei tahun lalu.
Namun, projek tersebut dikatakan menemui kegagalan dan mangsa yang tertipu dilihat amat marah.
Susulan itu, mangsa diiringi pihak PPIM disertai Ketua Unit Tindakan Khas, Yusuf Azmi bergerak ke pejabat Juta Kelulut di Setapak, Kuala Lumpur bagi menjejaki pihak yang seharusnya bertanggungjawab keatas kes tersebut.
Namun, DBI seolah-olah cuba ‘melepas tangan’ dengan mendakwa kononnya wakil syarikat tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Anggun boleh menyelesaikan masalah mereka.
Ketika sidang media bersama pihak PPIM pula, DBI mendakwa dirinya telah ditipu oleh syarikat berkenaan.
Malah, DBI juga dilihat masih mempromosikan jualan rumah itu walaupun telah diminta oleh PPIM untuk menghentikan sebarang pengiklanan mengenai projek tersebut.
Manakala Yusuf pula memberitahu bahawa PPIM telah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes berkenaan kerana aduan telah dibuat.
Nampaknya kes ini akan bermain tarik-tali begini sehinggalah orang sudah terlupa, kot?
Dalam kecoh-kecoh pun ada juga lagi yang tidak ragu-ragu langsung mengenai tawaran ‘gila’ DBI Technology itu kerana mahu bayar ‘cash’ pada syarikat itu untuk membeli rumah!-sumber-sehinggit
KISAH BENAR!!! ISTERI CURANG DENGAN SAHABAT RAPAT SUAMI…?

Disini Ingin saya kongsikan apa yang terjadi dalam rumah tangga saya yang telah enam tahun terbina. Saya berdosa menduakan suami tanpa sebab munasabah. Namun, saya berharap agar perkongsian ini memberi pengajaran dan teladan kepada semua.
Saya wanita tamak. Wanita yang tidak reti bersyukur atas apa yang saya miliki. Dan kini, saya berasa amat teruji. Jangankan kawan baik, saya juga mungkin kehilangan suami.
Untuk pengetahuan pembaca, saya kini dalam tempoh mengharapkan pengampunan suami. Suami telah meninggalkan saya beberapa bulan yang lalu untuk mencari ketenangan setelah mendengar pengakuan curang saya dan sahabat baiknya. Mencari hari yang benar-benar sesuai untuk dia memberikan keputusan. Dan saya merelakan kerana saya memang bersalah. Ambilllah seberapa banyak masa yang dia mahu, saya akan menunggu. Saya masih dan terlalu menyayangi suami. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya, dan membuka pintu hati suami untuk menerima saya semula.

Teman baik suami, adalah bekas kekasih saya. Suami tidak tahu tentang itu meski pun kami bertiga telah berkawan selama lapan tahun lamanya. Kami bekerja satu kilang. Saya dan teman lelaki satu department manakala suami di department lain.
Sebelum berkahwin dengan suami, saya dan teman lelaki bercinta tetapi hubungan kami hanya bertahan kurang sebulan sebelum saya memutuskannya kerana tidak sehaluan. Kami berdua panas baran dan lebih sesuai menjadi kawan. Tidak lama selepas itu, saya bertemu jodoh dengan suami dan memandangkan suami tahu dia adalah kawan baik saya, maka suami pun turut berkawan dengannya sehingga mereka menjadi rapat. Ke mana-mana pun kami pasti bertiga. Dia, tidak mahu mencari kekasih lain kerana dia seorang yang pemalu dan sukar untuk mesra dengan orang lain.
Enam tahun perkahwinan saya dan suami, dan selama enam tahun itulah kami bertiga amat rapat sehingga dia turut balik ke kampung mentua saya. Saya dan suami membantunya banyak perkara dan begitulah sebaliknya. Kepercayaan suami terhadapnya amat tinggi sehingga jika saya sakit pun, suami meminta dia menolong saya untuk ke klinik. Dan jika dia sakit, suami sayalah yang akan membawanya ke klinik, walau pun pada jam 2 pagi.
Suatu hari, dia menceritakan tentang seseorang dalam hidupnya. Seorang wanita, yang kini mencuri tumpuannya. Saya berasa cemburu dan tidak sanggup untuk melihat dia bersama orang lain. Atas sebab cemburu, saya mula menggodanya. Mencuri tumpuan dan melayan dia seperti seorang kekasih. Saya dapat rasa dia mula berbelah bahagi, dan turut melayan saya seperti kekasihnya juga. Kami menjalinkan hubungan cinta terlarang.
Orang bersalah memang tak akan menang selama-lamanya. Suami mula menghidu perhubungan kami dan tanpa saya sedar, SMS serta whatsapp kami disemak suami. Suami mengamuk malam itu dan saya hampir ditamparnya. Suami minta saya berterus-terang. Demi ALLAH, jika tidak kerana kealpaan saya menyimpan SMS, mungkin saya dan teman lelaki tidak sedar dosa-dosa kami.
Saya menyesal. Saya yang tamak. Saya ingin berhenti kerja. Teman lelaki telah meninggalkan saya kerana dia sememangnya mencintai wanita lain. Hanya kerana saya, dia berbolak balik dengan wanita itu. Saya turut menghubungi wanita itu untuk meminta maaf. Begitu juga terhadap suami.
Kini saya berserah. Bagi saya, usahlah bersahabat walau pun tanpa niat lain dengan bekas teman lelaki. Suatu tahap dalam perkahwinan, anda mungkin berasa jemu, marah dan benci dengan ego pasangan. Keadaan itu akan membuatkan anda mudah ingin membalas dendam dan mencari perhatian orang lain. Begitulah yang saya rasakan sedangkan ia perbuatan salah. Sumber-kucinghitamm
Leave a Reply