<
Mencantik kan rambut boleh dilaku kan dengan berbagai cara. luruskan, warna, panjang, dan dikeriting. Khusus untuk rawatan pengeritingan, biasa nya harus dilakukan dengan alat mengerintin kan rambut.
Biasa nya bentuk nya bundar dengan hujung yang sama bulat dan me miliki pengepit. Bila di gunakan dengan baik maka akan menghasil kan rambut keriting yang kelihatan seksi. Namun, seorang pakar makeup yang agak cantik, Nicole Skyes, memiliki cara yang lebih murah- meriah hanya mengguna kan tisu toilet!
Ya, Anda tidak salah baca cerita ini. Skyes mengguna kan tisu toilet yang dia ikat sedemikian rupa ke rambut nya yang sebelum nya sudah dibahagi kan kepada beberapa bahagian. Tisu tidak lah mahal dan tidak membuat kan rambut menjadi panas. Dengan demikian rambut pun tidak rosak. Cara nya pun mudah:

1 .Ambil tisu toilet kira- kira sepanjang 30 cm. Lalu lipat menjadi empat bahagian.
- Seterus nya ambil hujung rambut Anda yang sudah dibahagi kepada beberapa bahagian dan lingkar kan di tisu tersebut. Gulung hingga ke kulit kepala.
- Tapi ingat jangan terlalu ketat mengikat nya karena bole mengoyak kan tisu dan meninggal kan sampah tisu di kepala Anda.
- Ulang di bahagian rambut lain yang Anda ingin kan ia keriting. Bila siap semua, biarkan dan bole tidur untuk lihat hasil nya esok.
- Agar tidak rosak semasa tidur, Anda boleh klip kan ikatan dengan pengikat rambut anda.
- Bangun di pagi hari, boleh buka gulungan tersebut. Dan hasil nya akan mendapatkan rambut yang sudah kerinting seksi!
Mudah bukan? Selamat mencuba. Dan jangan lupa LIKE dan SHARE ya! 🙂

Boleh cuba amalkan cara yang telah di kongsi ini. Bukan hanya menjimat kan duit tetapi ia juga menjimat kan masa dan tenaga. Kalau cara ini menjadi boleh la share kepada orang lain
Sumber :sembanggkecohh
Hati – Hati Dengan Perkataan Yang Anda Siarkan. Boleh Di Denda RM1000 Jika Ada Salah Penggunaan Bahasa Malaysia

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang bagi mengenakan denda kepada sesiapa yang didapati bersalah menggunakan Bahasa Malaysia secara tidak betul di dalam mana-mana bentuk iklan dan notis awam termasuk di dalam media sosial dan iklan atas talian.
Undang-undang ini akan dikuatkuasakan bagi mendidik rakyat Malaysia supaya menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul di mana sahaja mereka berada bagi mencegah masalah pencemaran Bahasa Malaysia dari berleluasa.

Kredit: Facebook
Pindaan kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 akan dibentangkan di Parlimen dan sekiranya kedua-dua pindaan akta ini diluluskan, sesiapa yang didapati bersalah menggunakan Bahasa Malaysia secara tidak betul di dalam semua bentuk iklan dan notis awam termasuk iklan di dalam talian dan media sosial, bakal dikenakan denda sehingga RM1,000.
Menurut Nanyang Siang Pau dengan sumber yang boleh dipercayai, cadangan dan langkah serta kajian telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan secara prinsipnya telah dipersetujui oleh kerajaan.
Menurut sumber tersebut, cadangan dan langkah-langkah penguatkuasaan telah dibincangkan oleh jawatankuasa khas kabinet yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada 12 November 2017, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahzir Khalid telah mengumumkan yang kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang gagal untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Kredit: Blogspot
Menurut kenyataan Datuk Seri Mahzir Khalid dalam akhbar New Straits Times, cadangan untuk menaik taraf peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan rujukan dan penguatkuasa bahasa kebangsaan akan dibincangkan dalam jangka waktu beberapa minggu lagi di dalam jawatankuasa khas kabinet tersebut.
Kementerian Pendidikan akan bertindak selaku sekretariat kepada jawatankuasa tersebut, bersama beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Abdul Adzis Abas menjelaskan penguatkuasaan perlu dilakukan bagi mendidik orang awam dengan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, termasuk di dalam internet bagi mencegah masalah pencemaran bahasa.

Kredit: Klik Web DBP
Abdul Adzis Abas juga berkata dengan cadangan ini, kerajaan telah membincangkan untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengambil tindakan kepada penggunaan Bahasa Malaysia secara salah di tempat awam.
Walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka akan diberikan kuasa untuk menguatkuasa denda tersebut, agensi tersebut akan menasihatkan supaya kesalahan Bahasa Malaysia itu perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang.
Abdul Adzis berkata, “Buat masa ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan menasihati para individu terbabit yang telah menggunakan Bahasa Malaysia secara salah dalam notis dan iklan awam. Kami tidak boleh mengambil tindakan undang- undang kerana permit pengiklanan telah diluluskan oleh pihak majlis perbandaran tempatan.”

Kredit: New Strait Times
Abdul Adzis menambah, sebarang aduan dan pertanyaan dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang salah boleh diajukan secara terus dengan menghubungi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil langkah memartabatkan Bahasa Malaysia dengan mengikuti perkembangan semasa dalam menambah beberapa slanga moden dan terkini. Contoh seperti menambah perkataan Melayu ‘swafoto’ untuk perkataan Inggeris ‘selfie’ dan ‘tular’ untuk perkataan Inggeris ‘viral’.
sumber :sembanggkecohh
Leave a Reply