Wanita Ini Habiskan Ratusan Ribu Untuk Jadi Hitam…Sebabnya Boleh Buat Orang Tergamam!

WANITA ini dilahirkan berkulit putih namun dia sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit semata-mata untuk menjadi hitam. Martina Big yang mendakwa dia berusia 28 tahun, walaupun wajahnya jauh berusia, kini mahu ke Afrika.

Ini kerana dia mahu mempelajari kehidupan sebagai kulit hitam. Bukannya sahaja ketagih kepada mesin `sunbed’ untuk menjemur badan hingga kulitnya hitam, namun dia juga membesarkan buah dadanya sehingga saiz 32s.

“Saya gembira kerana mesin itu berhasil dan kini saya telah menjadi wanita kulit hitam. Itulah sebabnya saya akan ke Afrika pada bulan Januari tahun depan untuk mempelajari kebudayaan di sana,’’ katanya ketika ditemubual dalam rancangan Good Morning.

Martina yang berasal dari Jerman berkata, dia turut menyuntik melanin ke kulitnya. Dia juga bercadang untuk menjalani pembedahan untuk merubah hidungnya agar kelihatan seperti orang Afrika.

“Lebih baik jadi hitam,” katanya yang menyifatkan dirinya kini sebagai 80 peratus wanita kulit hitam.

Ditanya sama ada perbuatannya itu dianggap sebagai menghina orang kulit hitam, Martina menafikannya sebaliknya memberitahu dia hanya melakukan perkara itu untuk kepuasan hatinya.

 

sumber:keramatviral

Siapa Mereka? 6 Pasangan Artis Malaysia Isteri Lebih Tua Dari Suami

Kalau dah jodoh, tiada apa yang menjadi penghalang biarpun harta atau jarak umur. Kita biasa dengar jika pasangan berkahwin pasti si suami lebih berumur berbanding si isteri. Orang kata biar cari lelaki yang dah berumur kerana dia akan lebih matang dan bertanggungjawab. Eh, betul ke? Zaman dahulu boleh lah, zaman sekarang lelaki tak kira tua atau muda ada sahaja yang tidak bertanggungjawab. Agaknya itulah ramai wanita bujang (andartu) atau janda lebih selesa bersendiri. Datangnya bahagia sesebuah perkahwinan bukan datang dari umur sahaja..Berbeza dengan selebriti-selebriti kita dibawah ini, mereka menolak prinsip ‘suami kena lebih tua’. Jom ketahui siapa mereka dan jarak umur mereka dengan pasangan!1. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)

Foto – Malay Mail Online

2. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)

Foto – Kosmo

3. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadli (27 tahun)

Foto – beautifulnara

4. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)

Foto – Sinar Harian

5. Ella (50 tahun) & Azhar Ghazali (36 tahun)

Foto – Bulletin Media – blogger

6. Sheila Majid (51 Tahun) & Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim (45 Tahun)

Kredit Foto: aaronchinphoto.com

Walaupun berbeza umur, pasangan nampak serasi..sebab si isteri semuanya cantik-cantik belaka!

sumber:keramatviral

Baju Memang Kami Beli, Tetapi Kurnia ‘Datuk’ Tidak – Afdlin Shauki

Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki akui tidak mempedulikan kritikan orang ramai berhubung penganugerahan darjah kebesaran diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.

Menurut entri di Instagram (IG)nya, Afdlin memberitahu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu adalah pengiktirafan sebagai anak seni yang telah memberi manfaat kepada masyarakat.

Tambah Afdlin, dia tidak menyangka akan menerima anugerah itu bersama tiga sahabatnya iaitu Datuk Azhar Othman atau Awie, Datuk Hans Isaac dan Datuk AC Mizal ketika mereka masih hidup.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami. Tak sangka yang empat orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup.

“I am so proud of my brothers. Pedulikan apa orang nak kata. Baju itu memang kami beli tetapi kurnia kami tidak.

“Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yang terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami.

“Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yang di berikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada pihak istana yang memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan.

“Allah saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dengan penuh kesusahan,” tulisnya.

Isu ‘Datuk beli’ menjadi kontroversi selapas Zizan Razak ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada Sabtu lalu mengusik Hans Isaac dan Eizlan Yusof kononnya gelaran berkenaan diterima mereka seperti dibeli.

Namun, Zizan akhirnya tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan itu selepas dia dikritik beberapa artis termasuk Adflin sendiri.

sumber:keramatviral

Kerana Jujur, Pelajar 17 Tahun Ditawarkan RM6,000 Apabila Tinggalkan Gantirugi RM200 Bersama Sekeping Nota Selepas Terlanggar Kereta Mewah

Zhanmin bersama nota yang ditinggalkan Chen. Foto: Xinhua

Seorang pelajar 17 tahun di sebuah sekolah di wilayah Henan tidak menyangka ditawarkan wang sejumlah RM6,000 kerana bersikap jujur selepas secara tidak sengaja mencalar sebuah kereta mewah.

Chen Yifan, melanggar sebuah kereta mewah SUV pada 4 Februari di bandar Xinmi ketika dalam perjalanan menghantar makanan menyebabkan calar sepanjang 20 sentimeter melekat di kereta tersebut dan cermin pandang sisi patah.

Selepas insiden itu, Chen meninggalkan satu nota bersama semua wangnya sejumlah 311 yuan (RM200) sebagai tanda meminta maaf.

Keesokan harinya, pemilik kereta berkenaan, Xue Zhanmin, berang apabila mendapati keretanya sudah tercalar dan rosak seterusnya memanggil polis. Namun segalanya berubah apabila dia tersentuh membaca surat dari pelajar terbabit.

“Saya meminta maaf dan berasa sedih kerana melanggar kereta anda. Saya seorang pelajar dan kini sedang membuat kerja sambilan. Saya tahu ganti rugi ini tidak mencukupi, tetapi ini sahaja wang yang saja ada. Maaf.

Surat itu kemudian diviralkan supaya Zhanmin dapat menemui pelajar berkenaan.

“Duit itu semuanya syiling. Saya membuat kesimpulan pelajar ini dari keluarga yang miskin. Ia mungkin duit yang banyak untuknya” kata Zhanmin.

Selepas surat itu mula viral, netizen di negara itu mula mencari Chen. Dan akhirnya Chen menghubungi pemilik kereta berkenaan.

“Saya ada ternampak nombor telefon pemilik pada cermin, tapi takut untuk menelefonnya. Saya takut akan dimarahi dan mengambil keputusan untuk meninggalkan surat pendek. Saya sangat lega apabila menelefonnya” kata Chen.

Setelah diteliti, Chen dari keluarga susah dan melakukan kerja sambilan menghantar barang untuk mencari duit. Dia menerima upah sebanyak 60-70 yuan (RM38 – RM45) setiap hari.

Ibu Chen, Chu merasa bangga setelah mengetahui langkah berani (menelefon pemilik kenderaan) anaknya itu.

“Anak saya adalah budak yang baik dan tindakannya adalah betul. Kami akan membayar kos baik pulih kenderaan itu.” kata Chu.

Bagaimanapun, Zhanmin menolak wang dari Chu itu sebaliknya menawarkan RM 6,000 kepada Chen untuk menyambung pelajaran.

“Sesetengah orang hanya akan meninggalkan begitu sahaja selepas melanggar kereta tetapi Chen meninggalkan duit dan surat. Saya sangat tersentuh dengan tindakannya itu.

“Dia seorang budak yang baik dan patut menerima ganjaran atas kejujurannya itu” tambah Zhamin.

Sumber: kamiviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*