Gara-gara salah faham dan menjadi mangsa fitnah, pasangan pengantin telah diarak sambil berbogel oleh orang ramai. Disangkakan oleh penduduk di Tengerang, Indonesia pasangan pengantin ini melakukan perbuatan tidak senonoh di rumah.
Pasangan pengantin ini telah dipukul dan dibogelkan sebelum diarah keliling kampung. Video pasangan ini diarak sambil berbogel tular di media sosial dan mendapat perhatian pengguna media sosial.
Namun begitu, selepas pasangan pengantin ini telah di fitnah. Mereka telah membuat laporan polis dan mendedahkan perkara sebenar bahawa mereka tidak melakukan perbuatan tidak senonoh.
Pasangan yang masing-masing berumur 25 dan 20 tahun memaklumkan mereka memang pasangan kekasih tapi akan menikah beberapa hari lagi. Malah, kejadian mereka dikatakan ditangkap khalwat itu sebenarnya tunangnya datang untuk makan bersama sekitar jam 10 malam.
Ketika sedang makan dengan tunangnya, 3 orang lelaki telah menceroboh masuk ke dalam rumah dan menuduh meraka sedang berkhalwat. Sedangkan masing-masing masih lengkap berpakaian ketika mereka diserbu.
Tidak sempat untuk menjelaskan perkara sebenar, tiga orang lelaki itu mula menjerit-jerit sehingga menarik perhatian penduduk lain dan mengatakan mereka berkhalwat.
Tanpa menyelidik perkara sebenar orang kampung yang ada di situ mula memukul pasangan itu dan membogelkan mereka sebelum diarak. Bukan itu sahaja salah seorang suspek bertindak mengajak orang ramai untuk mengambil gambar dan video mereka.
Akibat dari kejadian yang menimpa pasangan itu, mangsa wanita yang dibogelkan mengalami trauma dan kini sedang di rawat di hospital. Akibat suka melakukan perbuatan tanpa usul periksa orang yang tidak bersalah telah diaibkan.
Tak salah mahu mencegah gejala maksiat yang semakin berleluasa ini. Tetapi, perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan menyelidik dahulu perkara sebenar sebelum menuduh pasangan itu melakukan khalwat.
Apapun, sebagai pasangan yang sudah bertunang. Itu tidak boleh dijadikan sebagai ‘tiket’ untuk anda duduk berdua-duaan dengan pasangan di dalam rumah walaupun hanya sekadar makan dan tidak melakukan perbuatan tidak senonoh kerana itu tetap salah dalam agama Islam
Sumber : Kecohsangat.com Via Cokelatmango
Baca Cerita Seterusnya…..Kisah Benar Suami & Isteri Dapat Undangan Makan Di Restoran.Rupa-rupanya Undangan Itu Dari…..

Gambar hiasan
Kisah ini berlaku di Negara Arab.
Seorang anak yang sudah berumah tangga dan memiliki keluarganya sendiri. Beliau ini memiliki seorang ibu yang masih hidup namun jarang sekali menghubungi ibunya atau menziarahinya. Lalu pada suatu hari, si isteri mengingatkannya kerana suaminya seakan telah lupa pada ibunya sendiri. Hampir 21 tahun si anak ini lupa pada orang tuanya.
“Suamiku, mahukah kamu keluar dengan seorang wanita pada malam ini?”
Suaminya terkejut, “Seorang wanita? Siapakah orangnya?” ujar suaminya.
“Ibuku.” jawab si isteri.
SubhanAllah, baru dia sedar bahawa dia tidak pernah keluar bersama ibunya atau makan bersamanya. Selalunya dia hanya akan keluar atau makan bersama isterinya sahaja selama 21 tahun itu. Ibunya itu seorang balu yang telah kehilangan suaminya semenjak 19 tahun yang lalu.
Lantas dia menelefon ibunya,
“Wahai ibuku, aku ingin mengajak kamu keluar makan malam ini. Aku teringin sangat mahu makan bersama ibu.” kata anaknya.
Ibunya sangat terkejut dengan ajakan anaknya itu. Malah berfikir adakah anaknya itu dirundung masalah atau sesuatu telah berlaku pada keluarganya. Selama ini anaknya itu tidak pernah mengundangnya keluar makan.
Selepas ajakan anaknya itu, dijemput ibunya selepas Isyak dirumah ibunya. Disebabkan terlalu gembira si ibu menunggu anaknya didepan pintu rumah tanpa perlu anaknya menelefon ibunya itu bagi memberitahu dia sudah sampai di hadapan rumah.
Pada malam itu, si anak melihat ibunya terlalu gembira dan dia merasakan ibunya adalah insan yang paling bahagia pada malam itu.
“Wahai anakku, tahukah kamu bahawasanya tiada siapapun orang di kampung ini tidak tahu aku akan keluar bersamamu. Ibu terlalu gembira, anak ibu sudah kembali. Hampir 21 tahun engkau tidak pulang” kata ibunya.
Setibanya di kedai makan, si ibu hanya meneliti menu yang diberikan oleh pelayan. Lantas dipandang anaknya untuk memohon pertolongan. Keadaan ibu yang telah uzur menghadkan penglihatannya dan perlu memakai cermin mata. Lalu dibantu oleh si anak dengan membacakan menu tersebut. Si ibu berasa terlalu bahagia kerana masa kecil, dia lah yang membacakan untuk anaknya itu dan sekarang dia mendengar anaknya membaca menu itu satu persatu.
Setelah selesai makan,
“Ibuku, bila lagi kita mahu keluar dan makan bersama seperti hari ini?” kata anaknya.
Lantas ibunya berkata, nanti kita akan keluar bersama lagi dan ibu akan buat tempahan untuk kita.
Namun selepas kejadian makan malam itu, mereka tidak pernah lagi keluar makan bersama kerana si ibu telah terlantar sakit sehingga ajal menjemputnya. Setelah selesai urusan pengebumian jenazah si ibu, tiba-tiba si anak mendapat panggilan daripada sebuah restoran.
“Encik Fulan bin Fulan, saya ingin memaklumkan encik ada satu undangan makan di restoran kami. Semua kos telah dibayar. Undangan ini untuk encik, isteri dan anak-anak encik.”
Kemudian, pergilah mereka semua ke restoran tersebut. Sampainya disana, rupa-rupanya tempahan itu telah dibuat oleh ibunya.
Amat sedihlah si anak, selama 21 tahun dia lupa pada ibunya sedangkan ibunya tidak pernah melupakannya.
Sesungguhnya kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Fad Suaramedia.org
Berikut video ceramah mengenai kisah benar ini
Kredit : Beritahariini.online Via Cokelatmango

Leave a Reply