Tidak dapat dibayangkan betapa kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anaknya sehingga ke akhir hayat. Seorang bapa telah mengorbankan dirinya sendiri demi memastikan kesemua anak-anaknya dapat hidup dan selamat.
Seorang bapa muda berusia 24 tahun dari New York telah meninggal dunia secara tragik dalam satu kebakaran di kediamannya setelah berjaya mengeluarkan kesemua ahli keluarganya dari kebakaran tersebut.
Kredit : Facebook/Demetrius Johnson
Pada hari kejadian, keluarga Demetrius Johnson sedang tidur dengan nyenyak di awal pagi apabila Demetrius terbau asap dari pangsapurinya di Buffalo, New York.
Demetrius membangunkan seluruh ahli keluarga termasuk tunangnya, Tempest Thomas dan membawa keluar anaknya Treasure Brighorn berusia 8 tahun dan Demaris Johnson berusia 15 bulan.
Api dan asap telah menjadi marak dengan cepat dan Demetrius bergegas dengan segera menyelamatkan tunang dan anak-anaknya keluar dari pangsapuri tersebut.
Dalam keadaan yang kelam-kabut dan cemas itu, Demetrius menyedari yang anak lelaki sulungnya , Demetrius Jr. yang berusia 3 tahun masih berada di dalam pangsapuri tersebut yang telah marak dengan api dan asap yang tebal.
Kredit : Facebook/Demetrius Johnson
Setelah memastikan kesemua anak-anaknya yang lain selamat, Demetrius berlari kembali ke pangsapuri tersebut untuk mendapatkan Demetrius Jr. Dia telah memecahkan tingkap pangsapuri di tingkat satu itu untuk mengeluarkan asap tebal yang telah marak dengan api.
Tempest telah menjerit kepada Demetrius dengan berkata, “Tolong jangan pergi kembali ke dalam sana. Api telah marak. Sangat merbahaya.”
Tetapi Demetrius tetap berdegil dan risau akan keselamatan anak lelakinya yang masih berada di dalam api yang sedang marak itu lalu berkata,”Saya tidak akan membiarkan anak saya mati”, lalu berlari masuk semula ke dalam pangsapuri yang sedang marak itu.
Setelah memecahkan tingkap bagi mengeluarkan asap dari pangsapuri tersebut, Demetrius Johnson telah berjaya masuk semula ke dalam pangsapuri itu dan menemui anak lelakinya berada di dalam almari di ruang tamu sebelum dia rebah akibat menghidu asap tebal di dalam pangsapuri tersebut.
Dalam kekalutan itu, pihak bomba telah sampai ke tempat kejadian dan telah dapat menyelamatkan Demetrius Jr. dari kebakaran itu. Malangnya, Demetrius Johnson telah gagal diselamatkan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Kredit : WIVB
Demetrius Johnson telah mengorbankan nyawa demi anak-anaknya untuk terus hidup dan dia adalah wira anak-anak dan ahli keluarganya.
Demetrius telah terkorban dan menjadi wira setelah melakukan segala-galanya yang termampu olehnya untuk menyelamatkan seluruh ahli keluarganya.
Anak perempuan Demetrius, Treasure telah mengalami kecederaan melecur 90 peratus di badan dan telah berada dalam keadaan yang kritikal dan ditempatkan di Hospital Kanak-kanak Shriner di Cincinnati, Ohio.
Manakala Demetrius Johnson Jr dan adik bongsunya, Demaris Johnson berada dalam keadaan yang stabil manakala Tempest Thomas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kredit : WIVB
Keluarga Demetrius baru seminggu berpindah di kawasan kejiranan itu sebelum kejadian kebakaran yang malang itu telah berlaku dan meragut nyawa Demetrius Johnson dan seorang penghuni pangsapuri lain yang berusia 49 tahun di bangunan itu.
Adik Demetrius, Tamika Johnson berkata dia tidak terperanjat apabila mendapat tahu abangnya sanggup mengorbankan diri demi keselamatan dan kehidupan anak-anaknya.
Katanya, Demetrius Johnson melakukan semua perkara dengan ingatan terhadap anak-anaknya dan dia sangat menyayangi mereka dengan sepenuh jiwa dan raga sehingga akhir hayatnya.
Walaupun umur Demetrius tidak panjang untuk melihat anak-anaknya membesar, semestinya anak-anak Demestrius berasa bertuah kerana akan mengenang memori bersama bapa mereka yang dianggap wira seumur hidup.
Pasti anak-anak ini berbangga dengan bapa mereka yang telah terkorban demi nyawa yang berharga dan kasih sayang yang utuh terhadap mereka.
Era Baru
sumber:erabaru

Leave a Reply