“Tragedi Tasik Dayang Bunting”- Disebalik Keindahan Pulau Ia Juga Menyimpan Seribu Misteri!!

Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik , terletak di Pulau Dayang Bunting , berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapurmenegak tinggi di hadapannya.

Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!

Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting. Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak , jaket keselamatan dan lain-lain.
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Pelancong juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan – satu jenis terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh-lenguh kaki. Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung . Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan . Kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter – jangan terjun sembarangan.

Cerita Rakyat tempatan;

1.Berdasarkan apa yg kita tau dan pengalaman kita di sana…tasik ni dikatakan mempunyai penunggunya kerana pada zaman jepun menjajah Tanah Melayu,ada sorang tentera jepun gatal gi mandi bogel kat tasik tu…tak semena2 tentera tu di sambar oleh buaya putih…dan ada yg percaya jika meminum air tasik ni terutama pasangan yg tidak mempunyai anak mungkin boleh mendapatkan zuriat dgn izin Allah….kedalaman tasik tu mmg tak terkira sbb masa kita terjun dari pelantar,bila kita kat dalam tasik tu…kita jenguk atas rasanya dlm tinggi flat 10 tingkat kita tgk manakala kita tgk bawah,gelap cam tiada penghujung…baru kita tau betapa dlmnya tasik dayang bunting.

2.Menurut cerita orang tua-tua kat langkawi ,Tasik tersebut ialah bahagian kemaluan dayang tersebut.Terdapat sebuah lagi pulau dinegeri Kedah yang hampir sama bentuk dan lagendanya dengan pulau Dayang Bunting iaitu Pulau Bunting di daerah YAN.di bahagian kemaluannya terdapat mata air yang sedikit berbau hancing spt air kencing manusia.di bahagian buah dada pula terdapat mata air yang berwarna sedikit putih spt air susu.memang pelik kedua-dua pulau tersebut.

3.Menurut ahli-ahli ilmu geologi ,Tasik Dayang Bunting terbentuk akibat runtuhan sebuah gua bawah laut yang terdapat di pulau tersebut.Bumbung yang runtuh menyebabkan sebuah tasik terbentuk.Ini berlaku ratusan juta tahun yang lalu..Kemungkinan terdapat pintu gua tersebut di bahagian bawah gua yang terus bersambung dengan laut dan ini menyebabkan airnya terasa sedikit payau dan muncul lagenda yang mengatakan tasik ini mempunyai terowong yang bersambung dengan laut.Sebenarnya apa yang di katakan terowong itu adalah pintu gua yang asal.

4.Sebenarnya air tasik tu mengandungi alkali dari pemendapan batu kapur.Menurut pakar perubatan, paras alkali yang tepat spt yg terkandung dalam air tasik tersebut dapat meninggikan peratus seseorang wanita untuk hamil .Alkali penting dalam proses penghamilan.Jika asid lebih tinggi dari alkali di dalam tubuh seseorang wanita peratus untuk hamil menjadi rendah.Jadi elakkan mengambil minuman bergas.Tapi ramai pengunjung yg bawa balik air tasik ni sebab rasanya ada iras-iras air zam-zam.Mungkin kerana kandungan potasiumnya.

Manakala banyak tragedi yang terjadi;

1.Pelancong Arab Saudi lemas di Tasik Dayang Bunting

LANGKAWI: Percutian sebuah keluarga dari Arab Saudi berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka ditemui lemas di Tasik Dayang Bunting, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Alahmadi Hussain Fuada, 19, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke tasik sedalam 30 meter dari pelantar terapung, lalu lemas.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan, berkata remaja lelaki terbabit tiba bersama ahli keluarganya di tasik itu untuk mandi.

Beliau berkata, sebaik tiba di situ, keluarga mangsa dikatakan bergurau senda di atas pelantar terbabit sebelum seorang daripada mereka tergelincir dan terjatuh ke dalam air.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian kira-kira jam 5.39 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan scuba bomba melakukan selaman dan menemui mayat mangsa pada kedalaman 30 meter sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat kemudian dihantar oleh pihak polis ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat,” katanya.

2.Pelancong Taiwan mati lemas di tasik dayang bunting

LANGKAWI: : Hajat seorang lelaki warga Taiwan dan pasangannya untuk menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting di Langkawi Kedah, berakhir tragedi apabila dia mati lemas sewaktu berenang di tasik berkenaan, pagi tadi.

Pelancong lelaki terbabit, Chiau Yan Lin, 20, dikatakan telah ke Pulau Dayang Bunting bersama teman wanitanya daripada Pulau Langkawi awal pagi tadi dengan menaiki bot yang dikendalikan oleh sebuah agensi pelancongan.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohamad Zabidi Che Teh, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.28 pagi dan tiba di Tasik Dayang Bunting pada jam 11.50 pagi.

Mayat mangsa ditemui pada dasar tasik di kedalaman kira-kira 10 meter.

Mayat kemudian dibawa ke jeti pekan Kuah untuk diserahkan kepada pihak polis dan kemudian dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Sementara itu, menurut sumber daripada ejen pelancongan, mangsa dikatakan tidak sabar untuk mandi manda di tasik itu dan turun ke tasik itu tanpa meminta kebenaran daripada mereka dan tanpa memakai jaket keselamatan.

Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar yang sering menjadi tumpuan pelancong asing di Langkawi.

Jarak perjalanan dengan menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting daripada jeti Kuah mengambil masa kira-kira 30 minit.

3.Video : tragedi raya kedua Tasik Dayang bunting.

Hajat remaja lelaki untuk menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting, Langkawi, bersama tiga rakannya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika berenang di tasik berkenaan, hari ini.

Mayat mangsa, Azhar Zaidi, 15, dari Kampung Belanga Pechah, Mukim Kuah di Langkawi, ditemui anggota bomba pada dasar tasik di kedalaman kira-kira 10 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohd Hisham Ibrahim, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.31 tengah hari dan tiba di Tasik Dayang Bunting pada 2.10 petang.

Kejadian Depan Mata

Demi Allah apa yg sy ceritakan ni adalah kisah benar untuk dijadikan iktibar untuk pelancong2 atau mereka yg bakal melancong ke Pulau Dayang Bunting, Langkawj. Hari ni jam 12 lebih td brlaku kejadian depan mata sy dan beberapa saksi yg lain seorang budak sekitar 15-16 tahun lemas di Tasik Dayang Bunting sebelum perlahan2 ditarik hingga ke dasar. Waktu kejadian kami ingat dia hanya main2 sebab tak menjerit minta tolong tapi kami dan beberapa saksi lain yg sempat melihat bdk tersebut, sempat meminta bantuan orang2 sekeliling dan penyelamat untuk membantu sehingga lah penyelamat2 lain muncul .
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
>Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Misteri dan Tragedi Tasik Dayang Bunting .. Disebalik keindahan Pulau yang menyimpan seribu misteri..!
Pengajaran kepada pelancong lain supaya memakai life jacket tapi apa yg sy lihat disini , jacket yg dikenakan caj rm5 kemungkinan menjadi faktor ramai pelancong yg hadir ke tasik tersebut tidak memakai life jacket sedangkan kedalaman tasik Dayang Bunting di Pulau tersebut sedalam 14 meter dan kejadian “tasik yg memakan org” bukan baru jadi harini . Dikatakan setiap tahun akan ada yg ditelan ke Tasik Lagenda tersebut. Tiada pihak yg harus dipersalahkan cuma diri kita sendiri mesti alert sebab kejadian sebelum ni pun seorang orang arab “ditelan” juga hanya kerana tergelincir . Sentiasa lah memakai life jacket walaupun kita tiada niat ingin terjun ke Tasik Lagenda tersebut. Paparan video selepas kejadian akan sy share kan sekali. Mohon share supaya jd iktibar dan peringatan kepada orang lain – Encik Bukatter

sumber : sembangkecoh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*