
“Perkara pertama saya buat ketika nekad untuk diet adalah berbekam untuk buang toksin dan kekotoran dalam badan, kemudian saya amalkan minum air lemon.“Selepas tiga bulan, hasilnya kulit muka saya lebih cerah, tak berminyak dan jerawat pun hilang. Kalau berpeluh pun muka hanya lembab tapi tak berminyak,” katanya.
Mengimbas kisah dirinya tidakdikenali oleh rakan-rakan dan teman wanita sendiri, beliau berkata situasi itu berlaku baru-baru ini, iaitu pada bulan ketiga selepas mengamalkan diet secara serius.
Menurut Abam Zul, beliau mula berdiet pada Mei, kira-kira sebulan sebelum bulan puasa dan usahanya itu menampakkan hasil pada Julai.
“Saya minta untuk tak jumpa kekasih saya selama dua bulan. Baru-baru ini bila kami jumpa semula, dia terus keluar dari kereta kerana ingat tersalah masuk kereta lelaki lain, siap minta maaf dengan saya kerana ‘salah orang’.

“Pelanggan nasi lemak pun ingatkan mereka tersalah singgah gerai selepas sebulan saya cuti berniaga pada bulan puasa,” katanya.
Sebagai pengamal diet Atkins, beliau berkata semua makanan harian dimasak sendiri di rumah dengan cara rebus dan panggang.
Mengenai kisahnya tidur di sebelah tong air, beliau menjelaskan bahawa tong tersebut diletakkan di sebelah katil di bilik tidurnya bagi memudahkannya untuk minum air kosong yang banyak setiap hari.
Beliau menasihatkan individu yang obesiti supaya jelas dengan matlamat mereka apabila berazam untuk kurus dan tidak mengamalkannya dalam jangka masa pendek.
Katanya, untuk kurus seseorang itu juga perlu rajin melakukan kajian dan membuat beberapa percubaan menu diet bagi menentukan keserasiannya dengan badan.
FB: Muhammad Azizul
source: star.com.my, kisah dunia


Leave a Reply