
ALAHAI… Saban hari, ada sahaja berita mengenai gejala sosial yang melibatkan kalangan remaja termasuklah mereka yang masih di bangku sekolah.
Nak menangis rasanya tengok perangai budak-budak sekolah sekarang ini yang bermacam-macam rupa.
Mana taknya, masih di sekolah lagi sudah pandai melakukan seks serupa lagak orang dewasa. Tak senonoh betul!
Kisah ini bermula apabila seorang netizen dikenali sebagai Mohd Fadhli melontarkan pandangan berkaitan video yang menjadi tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Berdasarkan screenshot daripada video itu, ia memaparkan aksi dua orang pelajar sedang melakukan ‘lancapan’ di sebuah taman permainan yang tidak didedahkan lokasinya.

Susulan perkara itu, netizen berkenaan dilihat telah mengkritik kesibukan pendidik yang dikatakan lebih mementingkan kecemerlangan akademik berbanding pembentukan sahsiah diri melalui posting tersebut.
Hasil tinjauan kami di Mynewshub mendapati lelaki berkenaan juga sempat menukilkan sebuah coretan yang bertajuk, ‘Guru Mangsa, Murid Tidak Tentu Hala’.



Coretan berkenaan dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada anggota masyarakat apabila ramai pula yang mengecam individu tersebut.
Hal ini kerana individu berkenaan didakwa seolah-olah meletakkan sepenuhnya beban kesalahan pada guru semata-mata.
Bagaimanapun, Mohd. Fadhli menerusi posting yang berikutnya menjelaskan bahawa kenyataan itu telah disalah tafsir.
Jelasnya, teguran yang diberikan itu tidaklah bermaksud hanya menuding jari kepada bahu guru.
Sebaliknya, ia hanya sekadar lontaran cadangan dan pandangan terhadap terhadap adat pendidikan di sekolah masa kini.


Perkongsian lelaki itu secara tidak langsung telah membuka mata ramai pihak berhubung gejala tersebut.
Ia sekali gus menyedarkan para ibu bapa yang begitu sibuk mengejar kecemerlangan anak-anak sehingga memandang enteng hal berkaitan pembentukan sahsiah.
Terdapat sebuah riwayat ada menyatakan:
Daripada Abu Dzar RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.” (Riwayat Thabrani dan Hakim)
Jadi, fikir-fikirkanlah ya… – MYNEWSHUB.CC/AM
Berikut adalah 20 TIPS untuk mengawal nafsu syahwat:
1. Fikirkan tentang matlamat hidup & sibukkan diri untuk mencapainya.
2. Pasakkan keyakinan bahawa Allah Maha Melihat apa yang sedang kita lakukan.
3. Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita & mencatat apa yang ditulis, diucap & dilakukan.
4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik & soleh.
5. Putuskan hubungan songsang & gelap samada yang dilakukan secara serius ataupun suka-suka, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, emel, web & sebagainya. Putuskan semua medium peningkatan syahwat. Jika berseorang depan komputer boleh menyebabkan syahwat naik, maka elakkan berseorangan. Jika berbual mesra dengan rakan sekerja berlainan jantina boleh meningkatkan syahwat, maka elakkan diri daripada terjebak. Begitulah seterusnya.
6. Putuskan hubungan adik, kakak, abang angkat yang berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram & pendorong maksiat.
7. Ubah rutin harian yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu & sedar jenis tindakan apa yang boleh mendorong syahwat masing-masing. Ia berbeza mengikut individu.
8. Hadirilah Majlis ilmu & sibukkanlah diri membuat sasaran baru seperti membuat blog ilmiah, menulis buku & majalah, menghasilkan karya seni lukisan & sebagainya. Buat 1 sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda bagi mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak& berkembang akibat waktu yang kosong tidak digunakan.
9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa anda kembali kepada Allah. Namun, awas, jangan sampai terjebak kepada golongan kumpulan songsang & sesat.
10. Sertai kumpulan NGO @ kumpulan berasaskan dakwah. Selain mendapat rakan-rakan yang soleh/solehah, masa yang luang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah yang dianjurkan badan terbabit. Cadangan saya: Murshid, tabligh, ABIM, GAMIS, IKRAM, Yayasan AMAL, NISA’, Persatuan Peguam Syari’e & sebagainya.
11. Jika anda sedang belajar @ bekerja, sasarkan diri untuk cemerlang dalam pelajaran @ kerja anda. Dengan itu, anda akan lebih sibuk memikirkan masa depan yang lebih terarah & positif. Ingatan kepada syahwat juga dapat disempitkan.
12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar apabila memikirkan kematian.
13. Fikirkan bahawa anda akan mati sewaktu melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian yang sebegitu? Fikirkan selalu.
14. Kalau anda sedang bersyahwat dengan seorang wanita secara maya seperti di internet & TV, segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya: bayangkan wanita itu mulut & nafasnya berbau busuk, giginya kotor, ada penyakit keputihan & lendir yang teruk, AIDS dan sebagainya.
15. Kalau komputer menjadi penyebab utama peningkatan syahwat. Selalulah mainkan alunan al-Quran setiap kali menghadap komputer supaya timbul rasa malu kepada Allah. Jika tidak malu banyak, sekurang-kurangnya masih rasa malu sedikit. Kalau nafsu masih menggila, segera berhenti & keluarlah melihat awan, pokok untuk mengingati kebesaran Allah.
16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau oleh nafsu & syaitan. Apa sahaja perbuatan yang mendorong kepada maksiat yang lebih besar hendaklah disekat dengan segera.
Ingatlah Firman Allah swt:
“Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia musuh kamu yang amat jelas.” [al-Baqarah (2):168]
17. Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan tersebut halal, baik, bersih lagi diberkati. Makanan yang haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang diperolehi dari sumber yang halal. Sumber harta yang haram menjadi virus yang menjadikan nafsu syahwat lebih kuat & dahsyat.
19. Amalkan berpuasa sunat, berzikir secara berdisiplin setiap kali selepas solat & berdoalah sebanyak mungkin semasa sujud agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
20. Segera beristighfar & bertaubat walau belum jatuh ke lembah maksiat yang berat.
Firman Allah swt:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & syurga yang terbentang seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” [ali-Imran (3) : 133]
Demikianlah beberapa cara, usaha & kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal & mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati & akal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar & ditipu oleh kenikmatan yang sementara & keburukan kekal yang menanti.
Maka, sama-samalah kita saling ingat-mengingati. Akhir sekali, marilah kita renungi firman Allah swt:
“Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya & telah rugilah orang yang mengotorinya.” [al-Syam : 9-10]
Allahu a’lam.
————-
*Sumber :kucinghitamm
Leave a Reply