
Jika masih ingat, 10 tahun lalu pelakon remaja Cinta Laura Kiehl pernah mencuri perhatian menerusi sinetron Upik, Abu & Laura.
Malah, single You Say Aku juga menjadi siulan bukan hanya di Indonesia malah ke Malaysia dan Brunei.
Kini, gadis berdarah campuran Jerman-Indonesia itu sudah melangkah setapak ke hadapan dan aktif dalam dunia perfileman Hollywood.
Cinta, 24, sedang meniti tangga populariti setelah membintangi dua buah filem The Ninth Passenger dan After The Dark.
Bintang remaja popular Indonesia itu juga sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu Crazy for the Boys yang akan ditayangkan pada tahun depan.
Sekadar info, Cinta telah berhijrah ke New York, Amerika Syarikat sejak tujuh tahun lalu untuk tinggal bersama ibunya, Herdiana Keihl.
Cinta juga melanjutkan pelajaran di Columbia University dan bakal menyambung pengajian sarjana.
Mari lihat transformasi terkini Cinta yang dianggap persis Ariana Grande! Memang cantik.












sumber:kamiviral
Bintang terkenal Indonesia, ‘ACHA SEPTRIASA’ dikecam netizen Lagi?????? Patutla Dikecam,Berpantang Hari Ke-5 dah………….Kita Yang Melihat Pun Terasa Ngilu!


Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Acha yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya pada 20 September lalu telah memuat naik foto bersama suami dan anak yang berada di dalam kereta bayi sedang bersiar-siar.
Acha memberitahu di dalam kapsyennya mereka hanya keluar berjalan sekitar kejiranannya di Sydney, Australia untuk membeli barang dapur.
Foto itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pengikut IG yang merasakan Acha sepatutnya berehat di rumah kerana baru sahaja melahirkan anak kurang seminggu lalu.
Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan khuatir kesihatan Acha dan anaknya terganggu sepanjang tempoh berpantang.

“Ngilu lihat Acha berjalan, masih terasa kesan jahitannya,” kata Ayu.
“Perutnya itu masih bengkak, kalau saya tak berani nak berjalan-jalan. Sekarang memang tak terasa sakitnya tapi akan datang belum tahu lagi,” kata Dinna.
Sementara itu, ada juga yang menasihatkan supaya dia turut mementingkan kesihatan bayinya yang baru beberapa hari sahaja dilahirkan.
“Tidak elok bawa bayi keluar ketika dalam hari kerana antibodinya tidak kuat dan mudah terkena penyakit,” kata Ratika
Bagaimanapun, Acha tampil memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.
Acha menjelaskan dia terpaksa melakukan segalanya sendiri kerana tiada pembantu di sana.
“Ya…soalnya, kami tiada pembantu disini. Jadi harus membantu membeli belah bersama suami,” tulisnya.
sumber kamiviral
Leave a Reply