
Ketika pasangan ini dalam keadaan gembira akan menempuhi detik bahagia mereka disatukan sebagai suami isteri terselit juga kisah duka mereka.
Yang mana disaat mereka akan diijabkbul bapa pengantin lelaki sedang nazak di Hospital Selayang,namun majlis terpaksa diteruskan kerana semua telah diaturkan walaupun amat berat dalam setuasi yang genting itu.
Setiap ibu bapa pasti ingin melihat dan berada di majlis bahagia anak-anak, menjadi wali buat anak perempuan, ataupun bersaksi bapa di majlis yang bahagia itu boleh memberikan bapa kita senyuman dan kebahagiaan yang tidak terhingga.









Apa yang membuatkan orang lain turut bersedih dan sayu apabila seorang jurugambar pasangan pengantin ini berkongsi cerita dimana selama 7 tahun berada dalam industri ini, hari kejadian merupakan hari yang bersejarah buatnya.
Atas sebab bapa pengantin lelaki sakit tenat, perkahwinan pasangan ini dipercepatkan,sejurus selesai majlis, panggilan telefon dari doktor mengatakan keadaan bapa pengantin lelaki tenat, beberapa minit kemudian diberitahu oleh doktor, bapa pengantin lelaki telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga pasangan ini tabah Majlis yang sepatutnya mereka bergembira bertukar duka ini lah ketentuan yang maha esa buat pasangan ini semoga roh arwah ayah pengantin lelaki dicucuri rahmat. Al fatihah.
Sumber : beritasayu
Leave a Reply