Menurutnya, dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, anak perempuan tunggal yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.
Ketika kejadian, hanya dia dan Nurul Ain Farisha serta anak kedua, Mohd. Adam Hakimi, 2, berada di rumah manakala suaminya, Md. Zainuddin Razmi, 31, baru keluar rumah untuk membeli sarapan dan anak sulungnya, Mohd. Khairul Nizam, 8, sudah pergi ke sekolah
‘‘Ketika berada di luar rumah, saya nampak kereta itu cuba mengundur tetapi tiba-tiba meluru ke depan dan merempuh tembok dan dinding rumah.
‘‘Kejadian berlaku sekelip mata, saya cuba nak menyambar Mokdek tapi tak sempat sebelum dia dihempap dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Zulfairoh berkata, dalam keadaan panik, dia sedaya upaya cuba mengangkat runtuhan tembok batu yang menghempap seluruh anggota badan anaknya itu kecuali bahagian kaki sambil menahan saki-baki tembok yang hampir runtuh.
Dia bernasib baik kerana kejadian disedari jirannya, seorang lelaki Pakistan berusia 23 yang kemudian membantunya mengeluarkan Nurul Ain Farisha dan menghantar anaknya itu ke klinik yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
Dia sempat melihat Nurul Ain Farisha dalam keadaan berdarah di hidung, namun matanya celik ketika dalam dakapan lelaki itu semasa dibawa ke klinik.
Sementara itu, Md. Zainuddin memberitahu, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada isterinya kira-kira lima minit selepas keluar dari rumah yang disewa mereka sejak 10 tahun lalu itu.
Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, di sini selepas asar.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemandu wanita berusia 40 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan pemandu itu tertekan pedal minyak kereta bergear automatik itu.
Demikian luahan Zulfairoh Ismail, 35, ibu kepada bayi perempuan, Nurul Ain Farisha Md. Zainuddin, berusia tujuh bulan yang maut akibat dihempap tembok dinding rumah yang runtuh selepas dilanggar kereta Hyundai Matrix di Kampung Pasir Putih, di sini hari ini.


Leave a Reply