“Saya Tidak Akan Kembali Kepada Hafiz” – Luah Joy Revfa

Luah Joy Revfa

“Saya Tidak Akan Kembali Kepada Hafiz” – Luah Joy Revfa – USAHAWAN kosmetik, Joy Revfa menegaskan dia tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan penceraian yang dilafazkan bekas suaminya, Datuk Mohd Rayus dua tahun lalu sah.

Luah Joy Revfa

“Saya Tidak Akan Kembali Kepada Hafiz” – Luah Joy Revfa

“Saya tidak akan kembali kepada Hafiz,” katanya.

Menurutnya, dia merasa tawar hati terhadap Hafiz kerana didakwa tidak mempertahankannya.

“Dia tidak mempertahankan hak saya sebagai isteri dan tak akan lagi menjadikannya sebagai suami,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, perbincangan lanjut akan dibuat bersama peguamnya.

________________________________________

“Saya Mohon Maaf Kepada Semua” – Kata Berkas Suami Joy Revfa – SHAH ALAM – “Saya mohon maaf kepada semua,” kata bekas suami usahawan kosmetik, Joy Revfa, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim. Menurutnya, pernikahan dan penceraian bersama Joy tidak didaftarkan kerana mempunyai sebab tertentu.

“Saya Mohon Maaf Kepada Semua” – Kata Berkas Suami Joy Revfa

“Alhamdulillah kes melibatkan saya dan Joy selesai. Pendaftaran tidak dibuat kerana ada sebab teknikal,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengulangi akan mempertimbangkan tindakan undang- undang terhadap pihak yang menabur fitnah terhadapnya termasuk suami bekas isterinya, Hafiz Hamidun.

“Kenyataan Hafiz yang mengatakan saya tidak memberi kerjasama kepada Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, pada peringkat awal, dia telah memberi sepenuh kerjasama kepada Joy untuk menyelesaikan perkara mereka sebelum bernikah dengan Hafiz.

“Saya kesal kerana teruk dikecam masyarakat dan reputasi terjejas,” katanya. – Sinar Harian

sumber sehinggit

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Cerai Suami Joy Sah
Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy, Bekas Suami di Songkhla

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy, Bekas Suami di Songkhla – SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, mengesahkan pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan suami terdahulunya, sah mengikut syarak.

Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan pernikahan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy, Bekas Suami di Songkhla

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy, Bekas Suami di Songkhla

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah.

“Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi.

“Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak,” katanya ketika membacakan penghakiman, di sini.

Joy Revfa diwakili peguam syarie Aznor Suhaida Dollah manakala Mohd Rayus, 46, atau lebih dikenali dengan nama Datuk Ray Imran hadir tanpa peguam.

Pada 23 Ogos lalu, Joy Revfa memfailkan permohonan pengesahan pernikahan antara beliau dan bekas suaminya itu.

Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Arryan Firdaus.

Terdahulu dalam prosiding semalam, saksi yang juga adik Joy Revfa, Mohd Zarif, 26, memberitahu mahkamah, beliau mengetahui mengenai pernikahan kakaknya itu tetapi tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan kerja.

Sementara itu, Aznor Suhaida ketika ditemui di luar mahkamah, berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy Revfa dengan Mohd Rayus di Mahkamah Syariah di sini, dalam masa terdekat.

“Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat,” katanya.

sumber sehinggit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*