SERATADUNIA.COM: Aksi pencarian mangsa yang hilang akibat diserang seekor buaya bertukar menjadi tragedi apabila seorang pawang buaya menjadi mangsa kedua.
Pada pagi Sabtu, 16 September 2017, Suprianto, 38, seorang penduduk Muara Jawa Ulu yang mengaku sebagai pawang buaya telah turun ke dalam sungai Muara Jawa Ulu, Kutai Kertanegara, untuk mencari mangsa bernama Arjuna, yang berusia 16 tahun.

Dia membuka baju dan seliparnya. Dia juga meninggalkan 2 buah telefon bimbitnya kepada seorang penduduk kampung.
Hanya memakai seluar pendek berwarna hitam, dia terjun ke dalam sungai dan mula melakukan ritual di dalam air.
Suprianto mula memanggil buaya yang membaham mangsa dengan menangkupkan kedua-dua belah telapak tangan di hadapan dada, lalu menenggelamkan kepalanya ke dalam air. Selepas itu, dia mula berenang.
Tidak lama selepas itu, dia telah diserang oleh seekor buaya. Pawang buaya yang malang tersebut telah ditarik ke dalam, dan selepas itu tidak timbul kagi ke permukaan air.
Lihat videonya di sini.
“Mangsa kedua ini mengaku sebagai pawang buaya dan ingin menolong untuk mencari mangsa pertama yang juga telah diserang seekor buaya semalam (15 September 2017),” kata AKPB Fadillah Zulkarnaen.
Supriyanto, terus turun ke sungai dengan tujuan untuk memanggil buaya yang telah membaham mangsa pertama. Lebih kurang 2 minit kemudian, tubuh pawang buaya tersebut tiba-tiba tenggelam ditarik oleh sesuatu dan tidak timbul-timbul lagi.
Sehingga berita ini ditulis, pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) masih lagi mencari kedua-dua mangsa.
Sumber: Pelbagai

Leave a Reply