Mumia Berusia 1,500 Tahun Pakai Kasut Adidas?

Mumia berusia 1,100 tahun dijumpai dan mumia ini memakai kasut Adidas

Mumia berusia 1,100 tahun dijumpai dan mumia ini memakai kasut Adidas

Penemuan mumia bukanlah satu perkara yang aneh kita tetapi penemuan ini menjadi sangat aneh kerana kasut yang dipakainya tidak reput dan masih tampak seperti baru.

Para ahli arkeologi yang mengkaji sebuah kawasan di pergunungan Mongolia terkejut kerana kasut berwarna merah itu kelihatan seperti rekaan kasut Adidas.

Daripada hasil kajian,”Tinggi kasut itu mencecah sehingga ke paras lutut, tapak kakinya diperbuat daripada kulit dan jalur jahitan berwarna merah terang”, kata Galdabrakh Enkhbat, Pengarah Pusat Warisan Kebudayaan Mongolia.

Selepas didedahkan penemuan ini kepada masyarakat, ramai mengandaikan kasut itu ialah kasut Adidas, yang mempunyai tiga jalur dan terkenal seluruh dunia.

Mumia ini ternyata berbeza daripada penemuan mumia yang lain kerana gaya penampilannya moden walaupun usianya lebih 1000 tahun.

Hal ini menarik perhatian para ahli arkelogi untuk mendalami kajian terhadapnya.

Setakat ini, hasil kajian mendapati, mumia ini berjantina wanita ketika zaman abad ke-10 dan dijumpai di pergunungan Altai.

Selain itu, kepalanya juga tercedera namun tidak dapat dipastikan adakah itu penyebab kematiannya.

Pemeriksaan yang teliti masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian ‘wanita mumia’ yang dikatakan mati ketika berusia 30 hingga 40 tahun.

Walaupun terdapat pendapat mengatakan mumia ini daripada golongan biasa, namun terdapat juga mengatakan mumia ini daripada golongan elit.

Hal ini demikian, dia ditanam dengan memakai kasut yang cantik melambangkan statusnya yang lebih tinggi.

Selain itu, beberapa alatan menjahit, beg tangan dan sebilah pisau yang masih bersinar turut dijumpai pada mumia tersebut.

Nampak gayanya, mungkin mumia ini seorang model ketika zamannya dahulu dan mungkin idea kasut moden sudah wujud 1000 tahun yang lalu.

Jom tgk apa kata video penemuan ni…