Lan Kristal - Peminat Mintak Izin Isteri Untuk Menjadi Isteri kedua….

 

“Cakap Kat Wife You I Nak Tumpang Kasih” – Peminat Lan Solo

Jika sebelum ini kecoh bila ada peminat yang menawarkan servis seks kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, kini ada pula peminat yang berani meminta izin kepada isteri Lan Solo untuk menumpang kasih.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sheila iaitu isteri Lan kepada SURIA sewaktu ditemui di majlis pelancaran single terbaru Siti Nordiana.

Kata Sheila, peminat berkenaan tanpa segan silu meminta untuk menumpang kasih (menjadi isteri Lan) kerana terpaut dengan ketampanan penyanyi itu sejak menyertai program Gegarvaganza.

Sheila turut memuatnaik kenyataan itu di akaun instagram miliknya beserta kapsyen yang berbunyi seperti ini ;

screen-shot-2018-04-12-at-1-34-33-pm

Aduh, kenapa la sampai macam tu sekali? Tak rasa malu ke sebagai perempuan berkelakuan seperti ini. Lan pun bahagia bersama isterinya Sheila dan empat anak mereka. Tak perlu dikacau kebahagiaan rumah tangga orang.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tonton video Sensasi Suria bersama Lan Solo.