
KUANTAN: Isu mengenai papan tanda di kolam renang hotel yang dikatakan lebih menjurus kepada Islamofobia sehingga mengelirukan pengunjung hanyalah salah faham kecil, kata House Keeping Manager Vistana Hotel Kuantan City Centre, Puan Junaidah.
Menurutnya, pihak Vistana Hotel ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu tentang burkini dan papan tanda yang dikatakan mengelirukan banyak pihak agar ianya tidak disalah tafsir. “Pihak Vistana hotel amat berterima kasih kepada semua pengunjung yang prihatin mengenai isu yang dibangkitkan untuk kebaikan pihak hotel dan pengunjung,” katanya. Beliau berkata,
“Sebenarnya pihak Vistana Hotel Kuantan City Centre membenarkan pemakaian burkini di kolam renang kami, dan kami tidak pernah menghalang pemakaian burkini di kolam renang.” Menurut Junaidah, papan tanda yang dipamerkan di kawasan kolam renang itu telah disalah tafsirkan beberapa pihak, bagaimanapun, pihak Vistana Hotel memohon maaf di atas kekeliruan yang tidak disengajakan itu. Ujar beliau,
“Sebenarnya gambar yang dipamerkan di papan tanda berkenaan ialah baju kurung dan tudung bukan burkini.” Sebelum ini,
Menara.my melaporkan satu kritikan yang dikeluarkan oleh Presiden The International Women’s Alliance for Family and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengatakan, “perkara yang menjadi isu utama di sini adalah apabila pihak hotel menggunakan papan tanda yang jelas memaparkan simbol agama bagi kelompok tertentu, iaitu pakaian yang menutup aurat untuk Muslimah.”
“Papan tanda yang menggunakan simbol agama itu mengakibatkan ramai wanita Islam keliru dan menyangka pakaian renang Muslimah tidak dibenarkan,” katanya. Menurut Dr Rafidah Hanim, pihak hotel perlu memberi mesej yang lebih jelas dengan menyatakan bentuk pakaian dan material yang dibenarkan untuk semua pengguna.
Ujar beliau, “pemaparan grafik yang dibuat itu menakut-nakutkan pengguna malah boleh menimbulkan syak wasangka pengguna bukan Islam yang lain yang mungkin menyangka pengguna Muslim tidak mematuhi peraturan apabila mereka sekadar memandang kepada simbol di papan tanda.”
SUMBER : https://www.menara.my/isu-papan-tanda-renang-vistana-mohon-maaf/ Via Gedebak viral
Ini sebab bagaimana isu ini berlaku …
Lepas DOBI INI HOTEL PLAK? Tidak Boleh Mandi SWIMMING POOL Hotel Dengan Berpakaian BURKINI?

Kuala Lumpur: “Saya menyeru pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, pihak perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain yang menggunakan papan tanda bersimbol yang mengelirukan sebegini,” demikian rayuan Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berhubungan isu larangan pemakaian burkini di kolam renang sebuah hotel di Kuantan baru-baru ini.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim menzahirkan kebimbangan beliau di laman Facebook miliknya terhadap perbuatan ini kerana ianya jelas merupakan diskriminasi terhadap wanita yang menutup aurat dan ingin menggunakan kolam renang tersebut ataupun untuk bersama menjaga anak-anak mereka.
“Papan tanda sebegini adalah satu bentuk diskriminasi kepada wanita Muslimah bagi menggunakan kemudahan kolam renang.” “Larangan ini juga bermakna anak-anak Muslim terhalang menggunakan kolam renang kerana ibu mereka tidak dapat memantau dengan efektif.”
Selain daripada itu beliau turut khuatir perbuatan sebegini boleh mengganggu perpaduan kaum di negara ini kerana simbol yang digunakan merupakan simbol untuk Muslimah yang menutup aurat.
“Penggunaan simbol yang berkait agama sebegini boleh menggugat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, apabila hijab dan pakaian menutup aurat yang merupakan lambang spesifik kepada umat Islam, dijadikan bahan larangan,” tegas beliau lagi.
Sebelum ini seorang pengusaha dobi dicemuh seribu satu bahasa kerana mengkhususkan perkhidmatannya kepada umat Islam sahaja dan mengundang komen pelbagai pihak kerana dianggap tidak selari dengan nilai-nilai dan norma masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia. Pihak Menara.my akan berusaha mendapatkan penjelasan pihak hotel tersebut untuk memahami maksud sebenar di sebalik papan tanda kolam renang tersebut.
Petikan dari FB beliau
Papan tanda ini terdapat di sebuah hotel di Kuantan. Saya sedang mendapatkan penjelasan dari hotel apakah maksud simbol yang digunakan. Adakah ia menolak Burkini atau tudung dari dipakai atau ada perincian lain?
Papan tanda sebegini adalah satu bentuk diskriminasi kepada wanita Muslimah bagi menggunakan kemudahan kolam renang. Apakah masalah bagi pakaian dan tudung Muslimah jika material yang digunakan telah pun memenuhi syarat seperti Scuba Polyester? Larangan ini juga bermakna anak – anak Muslim terhalang menggunakan kolam renang kerana ibu mereka tidak dapat memantau dengan efektif.
Sebaiknya pihak hotel perlu memberi mesej yang lebih jelas dengan menyatakan bentuk pakaian dan material yang dibenarkan untuk semua pengguna.
Penggunaan simbol yang berkait agama sebegini boleh menggugat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, apabila hijab dan pakaian menutup aurat yang merupakan lambang spesifik kepada umat Islam, dijadikan bahan larangan.
Saya menyeru pihak berkuasa, majlis raja-raja, pihak perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain yang menggunakan papan tanda bersimbol yang mengelirukan sebegini.
Saya masih menunggu respon dari pihak hotel terbabit.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden
WAFIQ
SUMBER : https://www.menara.my/lepas-dobi-timbul-isu-hotel-apartheid/ VIA Gedebakviral
Leave a Reply