ISTERI TIKAM SUAMI SEBAB TERIMA MESEJ ‘I LOVE YOU’ DARIPADA TEMAN WANITA, TAPI APA YANG BERLAKU DISEBALIKNYA LEBIH TERUK DARI TIKAMAN ITU!!

Setiap rumah tangga pasti ada masalah dan dugaan, namun siapa sangka kerana pertengkaran, seseorang itu bertindak mencederakan pasangan nya.

Seorang pegawai tadbir di Singapura, Nur Fairuzana Ahmad di tahan pihak polis selepas menikam suami nya pada April 2016, lapor The Straits Times.

Ketika kejadian, Fairuzana dan suami nya, Muhammmad Yasser Abdul Shukor berada di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Punggol. Difahamkan, Yasser telah menerima mesej audio daripada teman wanita nya yang berbunyi ‘I love you‘.

Lebih mengeruhkan keadaan, Yasser turut membalas mesej audio tersebutdengan memberitahu kepada wanita berkenaan bahawa dia juga mencinta inya.
Gambar hiasan
Berang dengan situasi itu, Fairuzana bertindak merampas telefon suaminya hingga berlaku pergelutan membuatkan Yasser menolak isteri nya itu jatuh ke atas katil dan berjaya mendapatkan telefon nya semula.

Tidak puas hati, Fairuzana kemudian keluar dari bilik dan terus mengambil sebilah pisau. Ketika kembali semula ke bilik, mereka berdua bertengkar sebelum Fairuzana bertindak menikam suami nya di bahagian dada.
Gambar hiasan
Yasser kemudian berjaya menggenggam tangan isteri nya menyebabkan pisau itu terlepas dari tangan Fairuzana. Dia kemudian mengambil pisau itu dan mencampakkan nya keluar dari tingkap sebelum menelefon polis untuk melaporkan perbuatan isteri nya itu.

Fairuzana kemudian ditahan dan pada 16 Oktober 2017, dia di jatuhi hukuman penjara enam minggu kerana kesalahan mencederakan suami nya.


Gambar hiasan
Namun selepas menjalani pemeriksaan psikiatri, rupa- rupa nya Fairuzana mempunyai masalah mental kerana menjadi mangsa penderaan fizikal Yasser. Menurut peguam yang mewakili Fairuzana, Vigneesh Nainar, pasangan itu berkahwin ketika usia wanita itu 16 tahun dan mereka dikurnia kan dua orang anak.

Rumah tangga mereka mula bergolak pada Januari 2016 apabila Yasser menyatakan hasrat nya untuk mengahwini teman wanita yang dijumpainya di Filipina. Disebabkan itu, Fairuzana menjadi kecewa dan tertekan. Mesti la, siapa mahu rumah tangga gagal kan…

Lebih mengecewakan lagi, penderaan yang dilaku kan Yasser sudah banyak kali dilapor kan kepada pihak polis namun kerana cinta nya kepada suami, Fairuzana bertahan meskipun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
em>Gambar hiasan
Selepas apa yang terjadi dan menyebab kan dia di penjarakan, Fairuzana akui menyesal dengan apa yang di lakukan kerana perkara itu telah membuatkan hubungannya bersama anak – anak terjejas.

Itulah, jangan kita cepat menilai. Siapa tahu, disebalik tindakan yang dianggap kejam itu rupa – rupanya adalah kerana terlampau tertekan.

Masih ramai di luar sana yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga namun hanya mengunci mulut. Diharap sesiapa yang menjadi mangsa penderaan tampil membuat laporan untuk kebaikan bersama.

rumah tangga ku syurgaku

sumber sembangkecoh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*