Inilah Orang Yang Paling Pelupa Di dunia Agaknya..Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

Terlupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

Terlupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

BERLIN – Lupa di mana letak kereta di tempat parkir mungkin sering dialami banyak orang namun, lupa ekstrem ini menyebabkan seorang lelaki di Jerman menyangka kenderaannya hilang dicuri.

Dia selepas itu memutuskan untuk membuat satu laporan di sebuah balai polis berhampiran. Ironi 20 tahun kemudian, pihak berkuasa Frankfurt dekat sini mendapati lelaki itu hanya lupa di mana dia letak keretanya.

Menurut laporan media tempatan semalam, kenderaan milik warga emas berusia 76 tahun itu akhirnya dijumpai di sebuah garaj, dalam sebuah bangunan industri lama yang akan diruntuh untuk projek pembangunan semula.

Pihak polis pada mulanya menyiasat siapakah pemilik kereta tersebut setelah satu laporan menyebut ada sebuah kenderaan lama didapati sudah terbiar di kawasan kilang yang akan dirobohkan pemaju dalam masa terdekat.

Menurut akhbar setempat, Augsberger Allgemein, polis akhirnya berjaya menemui pemilik kereta buruk itu dengan keretanya tetapi malang kenderaan tersebut tidak dapat berfungsi lagi dan mungkin perlu dilupuskan begitu sahaja.

Ini merupakan insiden kedua yang dilaporkan di Jerman selepas seorang lelaki dipertemukan kembali dengan kereta nya akibat terlupa setelah dua tahun sebenar nya masih lagi berada di sebuah kawasan parkir awam.

Dia sebelum itu buat laporan polis dan kenderaan nya lengkap dengan wang tunai 40,000 euro miliknya langsung tidak diusik. Ia selamat di umpai kembali empat kilometer dari tempat lelaki tersebut menyangka telah meletak nya.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki berasal dari Scotland juga mendakwa kehilangan kereta nya setelah menghadiri sebuah pertunjukan di Manchester. Dia malah mencari nya selama lima hari, sebelum akhirnya berputus asa.

Dia turut menghubungi pihak majlis tempatan dan kemudian melapor kan kepada polis sebagai kes curi. Lucunya enam bulan kemudian, dia menjumpai semula keretanya di parkir awam, tempat dia pernah meninggalkan nya.

Malang nya, lelaki berkenaan dikena kan hukuman denda kerana kesalahan parkir selama enam bulan di kawasan tersebut yang dianggar kan berjumlah 5,000 pound sterling. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

sumber :http://sembanggkecohh.com/inilah-orang-yang-paling-pelupa-di-dunia-agaknya-lupa-parkir-di-mana-jumpa-balik-20-tahun-kemudian/

Cerita Seterusnya …Asal Usul Gelaran “NIK” Yang Banyak Dipakai Di Negeri Kelantan

Salam semua. Kepada yang bernama NIK, pernahkah anda tahu tentang asal usul keturunan NIK?? Dalam artikel ne ada sedikit info mengenai keturunan NIK. Mesti korang bangga bila tahu keturanan NIK ne macam mana. So, korang bacalah.

NIK adalah merupakan awal nama keluarga yang terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam. Terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama NIK ini.

Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan NIK ada 2 jenis iaitu keturunan yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan atau pembesar. Yang kedua, keturunan NIK yang asli, maknanya nama yang bermula dengan NIK ne berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah. Tapi awas!!!, keturunan Syed pun terbahagi 2, sama ada yang asli, yang berasal dari nasab Rasulullah, atau pun yang sudah tidak asli seperti Kaum India yang lahir pada hari Jumaat ( Syed malam jumaat).Dan biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.

Dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama pangkal NIK melambangkan status sosial yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat di mana TENGKU berkedudukan teratas dengan diikuti oleh NIK dan NIK adalah unik bagi Kelantan sahaja.Selain itu, “Tuan”, “Wan” dan “Raja” malah “Che” juga, turut digunakan tetapi tidak seluas dan sekerap NIK. Oleh yang demikian, orang Melayu yang bernama pangkal NIK, 99.9% boleh dikesan susur galur mereka dari negeri Kelantan walau bukan menetap atau dilahirkan di Kelantan.

Nama NIK wujud setelah mana kerabat raja lelaki berkahwin dengan bukan kerabat maka anak akan diletakan nama NIK, tidak kira walaupun ayah bergelar raja,tengku atau tuan .So, maknanya NIK adalah campuran kerabat raja + orang biasa.

NIK banyak digunakan kerana ketiga-tiga cabang keluarga diraja Kelantan tak kira Raja Jembal, Long Gaffar atau Long Yunus memang menggunakan nama NIK bila sebelah perempuan berkahwin dengan orang luar. Sebab itulah ramai yg bernama NIK. Lagi satu biasanya org bernama NIK ni GENIUS sikit ,mungkin kerana perkahwinan campur. Ramai yang bernama NIK berjaya orangnya 🙂

Bila sudah berkahwin, gelaran yang akan diberikan kepada anak-anak adalah seperti berikut :

tengku (lelaki ) kahwin perempuan biasa = tengku.
tengku (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik atau tengku
raja (lelaki) kahwin perempuan biasa = nik atau raja
raja (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik
nik (lelaki) kahwin perempuan biasa =nik
nik (perempuan) kahwin lelaki biasa = tiada
tuan/wan/che (lelaki) kahwin perempuan biasa =tuan/wan/che
tuan/wan/che (perempuan) kahwin lelaki biasa =nik/tiada/tiada/

Apa-apa hal pun, berbuat baik mestilah kepada semua orang dan Islam sendiri tidak menyukai orang-orang yang berbangga dengan keturunan masing-masing. sebab, keturunan bukanlah jaminan seseorang itu masuk syurga..

Wallahualam..

sumber :http://sembanggkecohh.com/asal-usul-gelaran-nik-yang-banyak-dipakai-di-negeri-kelantan/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*