
Kontroversi cinta yang melanda jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya menemui penyelesaian.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengambil keputusan untuk memindahkan pembantunya itu ke jabatan pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.
Kata Vida, isu yang terpalit antara dirinya dengan jejaka berusia 23 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu telah membuatkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahawan tercalar.
Desas-desus mengenai hubungan mereka mula diperkatakan pada minggu lalu apabila anak perempuan Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuat naik paparan skrin gosip percintaan ibunya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.
Gosip mengenai hubungan mereka dikuatkan lagi apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa jejaka tersebut tidak menolak andai dijodohkan dengan Vida.

Ahmad Iqbal (kanan) merupakan pegawai media dan pembantu peribadi Vida sejak Jun lalu.
“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.
“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi MSTAR pada Khamis.
Tambah Vida, pertukaran Ahmad Iqbal ke jabatan baharu tersebut bukan dipengaruhi oleh posting yang dimuat naik oleh anak perempuannya yang popular dengan nama panggilan Cik B.
Vida juga tidak menafikan berasa tersinggung apabila ada pihak yang beranggapan lelaki yang ingin mendampinginya tiada niat lain selain wang dan harta.
“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.
“I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” katanya yang kini berada di Brunei atas urusan perniagaan.
Sumber : bibirbegetar
Terdahulu..
“Saya Telah Jatuh Cinta Dengan Vida” – Pengakuan Pembantu Peribadi Berusia 23 Tahun Bersedia Kahwini Dato’ Vida

Beberapa minggu lepas, heboh dan kecoh tentang desas-desus percintaan diantara Dato’ Vida jutawan kosmetik yang popular dengan pembantu peribadinya yang berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli.
Kenyataan Dato’ Vida sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki dengan lebih dekat lagi dan dikatakan pemuda tersebut berwajah persis David Beckham. Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba timbul pula spekulasi mengenai percintaannya dengan Ahmad Iqbal.

Lebih mengejutkan seperti yang dilaporkan The Star, lelaki tersebut, Iqbal turut mengakui bahawa dia sememangnya kini sedang hangat dilamun cinta dengan jutawan kosmetik yang terkenal dengan Qu Puteh itu.
Melalui laporan Kosmo juga, dia turut berkata, “Saya suka dan selesa bersama beliau. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk mengatakan soal berkaitan jodoh kerana ia adalah ketentuan Allah.”

Malahan lelaki kacak tersebut yang berusia lebih muda daripada Dato’ Vida turut memberikan kenaytaan bahawa dia kini sudah bersedia untuk menjadi suami dan turut mendapat restu dari ibunya yang dikenali sebagai Maznuni Che Yusof.
Iqbal turut berkata, “Saya bersedia menjadi suaminya kalau ada jodoh, namun saya juga bersedia andai dia dijodohkan dengan lelaki lain yang lebih layak dengannya. Saya tidak mahu orang fikir saya ingin mendampinginya disebabkan harta.”

Lebih memeranjatkan, Cik B anak perempuan Dato’ Vida turut memuat naik satu status di laman Instagram miliknya dengan memberitahu bahawa dia tidak akan sekali-kali membenarkan ibunya itu didekati mana-mana lelaki mahupun Ahmad Iqbal sendiri, kerana bagi Cik B, lelaki-lelaki seperti itu hanya mahukan perhatian dan tidak mencintai Dato’ Vida seadanya.

Menurut Dato’ Vida yang kini sedang mengerjakan umrah, dia tidak ingin terburu-buru membuat keputusan kerana masih teringat dan traum dengan penceraian perkahwinan yang terdahulu. Malahan dia juga menyatakan harus menjaga banyak hati termasuk anak-anaknya sendiri selain turut mengutamakan kehendak dirinya sendiri.
Dato’ Vida yang akan pulang ke tanah air pada 24 Oktober itu turut melaporkan kepada Utusan Online, “saya sendiri tak tahu nak pilih macam mana sebagai pasangan hidup. Lelaki-lelaki yang saya kahwin sebelum ini semuanya baik tapi bila masuk bab wang ringgit, mereka boleh berubah.

“Biarlah saya berdoa agar Allah beri petunjuk, siapakah calon suami saya yang benar-benar ikhlas menerima saya.”
Terdahulu, Hazmiza Othman atau amat dikenali sebagai Dato’ Vida pernah berkahwin pada Januari 2014 bersama Fairuz Ahmad Zainuddin yang berusia 39 tahun. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama selepas disahkan bercerai pada April lalu dan perkahwinan tersebut menjadikan perkahwinan yang ketiga bagi Dato’ Vida yang dikenali menerusi Qu Puteh
kredit: bibir begetar
Leave a Reply