Dengan Melihat Bentuk Jari, Kita Boleh Mengesan Sakit Jantung

Anggota badan kita, dikatakan boleh memberikan tanda-tanda jika ada sesuatu yang tidak kena kepada badan kita. Walaupun tanda tersebut kadang-kadang tidak kita sedari atau fahami.

Salah satunya adalah pada bentuk jari. Bentuk jari ternyata boleh menunjukkan tanda-tanda kamu mempunyai masalah jantung.

Clubbing finger adalah kelainan bentuk jari dan kuku yang menjadikan jari tangan dan kaki membulat. Secara umumnya, clubbing finger berkaitan dengan penyakit jantung dan paru-paru.

Dipetik dari Tribunnews, perkembangan clubbing finger ini adalah secara bertahap dari masa ke semasa.

Ia tidak disedari, kerana perubahannya adalah sangat kecil dan tidak ketara. Tapi, ia boleh dikesan jika diperhati dengan teliti.

Keadaan ini merujuk kepada perubahan pada bahagian bawah serta sekitar kuku tangan dan kaki.

Mereka yang memiliki clubbing finger mungkin menyedari adanya bengkak pada hujung jari. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh sejarah penyakit seseorang.

Lihat gambar di bawah yang menunjukkan beza di antara jari normal dan clubbing finger.

Berikut adalah gejala umum yang mempunyai kaitan dengan clubbing finger:

– Bantal kuku (kulit di bawah plat kuku) melembut, dan kuku kelihatan seperti mengembang dan tidak melekat kuat pada kuku.

– Sudut kuku yang tajam terbentuk pada kutikula kuku.

– Kuku akan melengkung ke bawah (kelihatan seperti bentuk sudu yang terbalik).

– Hujung jari kelihatan besar dan menonjol, dan kadang-kadang menjadi merah.

Clubbing finger berlaku disebabkan oleh penambahan tisu penghubung yang berlaku pada tisu lembut pangkal kuku yang berkaitan dengan kekurangan oksigen kronik/hipoksia kronik.

Di samping masalah jantung dan paru-paru, gangguan ini juga boleh disebabkan oleh gangguan saluran pencernaan (Malabsorpsi, Penyakit Chron, Cirrhosis, Sindrom Hepatopulmonari sebagai komplikasi sirosis) atau hipertiroidisme.

Walaupun mekanisme terjadinya clubbing finger agak kurang jelas, tetapi keadaan ini adalah akibat daripada wujudnya bahan (kemungkinan humoral) yang mengganggu pembuluh darah pada hujung jari tangan.

Cara mengenal clubbing finger:

– Temukan bahagian belakang kedua jari tangan.

– Untuk jari normal, kedua-dua pangkal kuku dapat bertemu. Tetapi, bagi clubbing finger pula, pangkal kuku tidak dapat bertemu dan membentuk sudut lebih kuran165 darjah.

Dalam rakaman video di bawah, seorang pakar perubatan, Dr. Willie Ong menjelaskan gejala clubbing finger serta hubungannya denga penyakit jantung. Penjelasan Dr. Ong ini akhirnya menjadi viral.

Artikel ini telah diolah dari sumber: TribunNews | Pelbagai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*