
Difahamkan, bersama bayi tersebut, si ibu meninggalkan satu nota kepada orang yang menjumpai anaknya itu.
Menurut nota itu, si ibu berkata tindakan dia meninggalkan bayi berkenaan adalah disebabkan dia tidak mampu, dan bukannya tidak mahu.
Nota tersebut berbunyi:
Assalamualaikum,
Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. Insya Allah jika punya jodoh kita akan berjumpa.
I Love You.





