Ayah ke Tandas, Anak Dilarikan Penyamun – JITRA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun nyaris dilarikan penjenayah, apabila bapa mangsa singgah di stesen minyak di Tanah Merah untuk ke tandas. Bagaimana pun, kanak-kanak itu terselamat selepas ditinggalkan berdekatan lokasi kejadian, sebelum penjenayah melarikan kereta milik lelaki berusia 33 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada jam 7.45 pagi semalam, ketika bapa mangsa berhenti seketika di belakang stesen minyak itu dengan meninggalkan anaknya dalam kereta yang tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.
Ayah ke Tandas, Anak Dilarikan Penyamun
“Selepas kira-kira lima minit, lelaki itu keluar dari tandas dan mendapati kereta jenis Honda Civic miliknya dilarikan, ketika itu dia ternampak anaknya berada tidak jauh dari stesen minyak itu menangis, beberapa meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Ismail berkata, selepas suspek meninjau kawasan sekitar, suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu.
Menurutnya, lelaki itu kehilangan sebuah komputer riba, wang tunai RM1,000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan dalam kereta, dengan jumlah kerugian bernilai kira-kira RM80,000.
“Hasil pemerhatian melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam berhenti untuk mengisi minyak, kemudian salah seorang suspek pergi ke tandas di belakang stesen itu,” katanya.
Mohd Ismail berkata, selepas suspek meninjau kawasan sekitar, suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu.
“Dua lagi rakan suspek dalam Proton Wira dilihat menyusul di belakang kereta yang dilarikan suspek, sebelum mereka meninggalkan kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal juga mendapati Proton Wira dinaiki tiga penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang.
“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dilakukan,” katanya. – Sinar Harian
PARIT: Pihak polis di sini menemui sebutir bom tangan dan 79 butir peluru hidup ketika menggeledah sebuah rumah di Kampung Kubang Chandung, Bota Kanan awal pagi Rabu.
Siasatan lanjut masih dilakukan berhubung penemuan bom dan peluru tersebut.
Penggeledahan 1.30 pagi itu dibuat bagi mengesan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah yang turut menemukan 13 paket Methamphetamine, balang kaca bagi menghisap dadah, alat timbang dan plastik membungkus dadah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, turut ditahan di rumah itu ialah lima individu termasuk seorang ibu dan dua anaknya yang sedang melepaskan gian dadah.
Beliau berkata, wanita berkenaan yang berumur 43 tahun merupakan seorang pengganggur manakala anaknya seorang lelaki dan perempuan yang masing-masing berumur 22 dan 16 tahun juga menganggur. Mohamad Zainal berkata dua lagi yang ditahan berumur 29 dan 38 tahun yang masing-masing bekerja sebagai peniaga dan pemotong rumput.
“Kita mengesyaki kesemua mereka adalah pengedar di daerah ini dan kesemua mereka mereka kecuali remaja berusia 16 tahun itu postif Methamphetamine,” katanya.
Beliau berkata suspek yang berusia 29 tahun itu didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pecah rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960. – Bernama
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
source:sehinggit

Leave a Reply