Banduan ‘Pondan S3ksi’ Pilu Diratah 2,000 Kali Dalam Penjara


BRISBANE ¬Kisah sedih ini bermula ketika Mary (bukan nama sebenarnya) menginjakkan kaki di sebuah penjara di Boggo Road, Queensland, Australia selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah tempatan.
< Tidak seperti kebanyakan tahanan penghuni penjara tersebut, Mary adalah seorang pondan yang boleh dianggap sebagai jelita namun dia harus menjalani hidup bersama-sama dalam satu sel dengan ramai banduan lelaki di situ. Semua mata dari balik jeriji besi memandang senyum manja ke arah dia ketika pertama kali ‘mak nyah’ seksi ini masuk menjadi pesalah penjara tersebut pada awal dekad 1990-an lalu, lapor media Australia baru-baru ini. Tidak pernah dibayangkan, hukuman untuk kes curi kereta yang dilakukan oleh Mary telah membawanya ke dalam kancah sebuah “neraka dunia” waima baharu beberapa hari dia dihumban masuk ke penjara berkenaan. Meskipun sudah sekian kali dia cuba mempertahankan diri daripada menjadi mangsa pemerkosaan banduan lain, malangnya, semakin kuat dia menolak, semakin bernafsu penjahat itu mula bertindak ganas meratahi tubuhnya. “Setiap kali saya berkata tidak dan cuba menolak ajakan mereka, setiap kali itu pula mereka memaksa. Tidak hanya satu atau dua orang, mereka berkumpulan,” kata Mary ketika ditemu bual laman berita news.com.au. Sejak saat itulah, Mary hidup dalam ketakutan selama tahun-tahun berikutnya. “Seharusnya, saya tidak curi kereta yang ‘bawa’ saya ke dalam penjara ini,” ungkap Mary yang mengaku tidak mengerti kenapa dia di penjara lelaki.

PEMANDANGAN LUAR PENJARA BONGGO ROAD DI QUEENSLAND, AUSTRALIA.

boggo-road

Berdasarkan pengakuan jujur Mary, setiap hari dia diperkosa bukan sekali, bahkan kadang-kala lebih daripada itu. Penderitaannya sempat disiarkan oleh media, yang kemudian membuatkannya dipindahkan ke sel lain pula.

Dia lalu ditempatkan dalam sel bersama-sama tahanan reman yang menunggu perbicaraan atau mereka yang baharu ditangkap polis. “Namun, perlindungan itu pun tetap berlaku dengan pertukaran seks,” katanya.

Anehnya, selama masa penjaranya, Mary dilabelkan oleh pihak berkuasa Australia sebagai tahanan berisiko. Hal ini susulan tiga kali pondan ini berusaha cuba melarikan diri yang pernah dilakukannya dari penjara tersebut.

“Itu ertinya saya perlu menjalani hidup dalam suasana keselamatan maksimum dengan sebahagian besar tahanan pula merupakan pesalah jenayah kekerasan,” kata manja lelaki lembut yang comel itu penuh keayuan.

“Saya tidak mencuba berahsia untuk hal lain. Saya hanya ingin bebas daripada kekerasan seks yang saya alami,” kata dia. Pengalaman hidup di Boggo, diakui Mary, merupakan yang terburuk dan paling keji pernah dia lalui.

Mary mengaku, selama empat tahun masa di penjara, tidak kurang daripada 2,000 kali kekerasan seksual yang dialaminya. “Selain diperkosa, saya dipukul, dibelasah dan saya melakukan itu semua untuk bertahan hidup.

“Namun, upaya bertahan hidup yang saya lakukan pada dasarnya cuma untuk kenikmatan nafsu banduan lain. Ini benar-benar neraka dan saya rasa mahu cepat mati. Inilah hukuman yang harus saya jalankan,” katanya lagi.

SUMBER : http://gedebakviral.net/banduan-pondan-seksi-pilu-dir0g0l-2000-kali-dalam-penjara/

Peguam Ini Menggalakkan Serangan Seksual Atau R0G0L Kepada Wanita !!

KAHERAH – MESIR. Seorang peguam bakal menghadapi tindakan undang-undang kerana menggalakkan serangan seksual terhadap kaum wanita.

Menurut laporan Independent UK, Nabih al-Wahsh membuat kenyataan ‘wanita berseluar koyak patut dirogol sebagai tanda patriotik’ dalam satu siaran langsung.

Nabih menggesa wanita yang memakai persalinan provokatif dijadikan mangsa serangan seksual ‘supaya tidak memakai persalinan sedemikian’.

“Perempuan perlu hormat diri mereka supaya orang lain hormat mereka,” kata Nabih lagi dalam siaran tersebut.

“Adakah anda gembira melihat seorang perempuan berjalan dengan (seksi)?. Saya rasa, bila perempuan jalan macam tu, adalah satu tugas patriotik untuk serang dia secara seksual dan satu kewajipan untuk rogol dia,” kata Nabih.

Komen ‘rogol’ Nabih timbul selepas satu laporan pada 2008 mengatakan 83 peratus kaum wanita di Mesir mengatakan mereka diserang secara seksual.

Laporan tersebut juga mengatakan bahawa 53 peratus kaum lelaki Mesir mengatakan ‘mangsa sendiri yang cari masalah’.

Ibu kota Mesir, Kaherah dinamakan ‘bandar besar paling merbahaya’ untuk kaum wanita dalam satu survey bulan lepas yang melibatkan 19 bandar besar, termasuk Tokyo dan Paris.

Kumpulan aktivis, Kumpulan Wanita Kebangsaan telah membuat aduan mengenai komen Nabih kepada pendakwa raya.

SUMBER :Gedebakviral

Sebelum ini terdapat kes perogol ini menyalahkan mangsa rogol. Bukan salah dia (perogol) tetapi salah mangsa rogol itu sendiri? camne pulak tu.. jom baca ..

 Mukes Singh menyatakan seorang wanita yang keluar pada waktu malam perlu menyalahkan diri mereka kerana menarik perhatian golongan lelaki selain seorang wanita perlu lebih bertanggungjawab terhadap insiden rogol berbanding lelaki./Foto:BBC

NASIHAT DARI SEORANG PEROGOL

NEW DELHI: Insiden hitam yang menimpa, Jyoti Singh, seorang pelajar perubatan di India dua tahun lalu apabila dia dirogol, dibelasah dan disula sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia dua minggu kemudian menarik perhatian dunia dengan menyifatkan betapa kejam perlakuan tersebut kepada mangsa.

Namun, menerusi temubual eksklusif bersama portal berita BBC baru-baru ini, salah seorang suspek yang disabit bersalah dan menunggu hukuman dijatuhkan membuat kenyataan mengejutkan apabila menyalahkan mangsa berikutan serangan kejam insiden rogol dan pembunuhan itu.

Ketika ditemubual di penjara, Mukes Singh menyatakan seorang wanita yang keluar pada waktu malam perlu menyalahkan diri mereka kerana menarik perhatian golongan lelaki selain seorang wanita perlu lebih bertanggungjawab terhadap insiden rogol berbanding lelaki.

Menurutnya, kematian Jyoti ketika serangan pada Disember 2012 disifatkan sebagai satu ‘kemalangan’.

“Apabila dirogol, dia (Jyoti) tidak sepatutnya melawan balik. Dia hanya perlu berdiam diri dan membiarkan dirinya dirogol.

“Selepas itu, mereka akan diturunkan dari bas itu apabila selesai merogolnya dan hanya memukul kawan lelakinya itu,” katanya dalam satu program berjudul “Storyville – India’s Daughter” yang bakal disiarkan BBC Four sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini.

Menurut laporan media sebelum ini, ketika kejadian Jyoti bersama rakannya Awindra Pandey,28, dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diperdaya untuk menaiki bas yang dipandu Mukes bersama lelaki lain sebelum mereka diserang.

Kedua mangsa dipukul menggunakan batang besi sebelum Jyoti dirogol berkali-kali dan kedua mereka ditemui berbogel di jalan raya.

Jyoti meninggal dunia dua minggu kemudian manakala rakannya terselamat.

Bercerita mengenai insiden itu kepada BBC, Mukes bagaimanapun tidak mengaku terlibat dalam insiden kejam itu dan mendakwa hanya menjadi pemandu bas ketika kejadian.

Namun, tuntutan dia ditolak makhamah apabila menemui bukti DNA menunjukkan bahawa dia juga terlibat dalam insiden merogol Jyoti.

“Jika bertepuk sebelah tangan, ia tidak akan berbunyi.

“Seorang gadis yang baik tidak akan keluar jam 9.00 malam.

“Lelaki dan perempuan tidak sama. Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk perempuan dan bukannya berkeliaran di kelab malam dan memakai pakai yang tidak betul (seksi).

“Kira-kira 20 peratus saja daripada perempuan adalah baik,” katanya.

Mukesh turut menambah, hukuman yang dikenakan kepadanya dan perogol lain akan lebih merisikokan mangsa rogol pada masa akan datang.

“Hukuman mati akan menjadikan perkara tersebut (rogol) lebih berbahaya kepada mangsa.

“Sebelum ini, mereka akan merogol dan mendakwa akan meninggalkan mangsa.

“Namun, sekarang apabila mangsa dirogol, perogol akan membunuh gadis tersebut (untuk mengelakkan diketahui),” ujarnya.

SUMBER : Gedebakviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*