
Adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang bagi sesiapa yang membakar wang kertas dalam kuantiti yang amat banyak.
Tetapi adalah tidak menjadi kesalahan bagi membakar wang kertas di negara ini, malahan ia digalakkan tetapi dengan syarat hanya wang kertas berwarna merah ini sahaja yang boleh dibakar.
Baru-baru ini negara China telah menukar wang kertas berwarna merah yang lama bernilai 100 Yuan (RM64.00) dengan rekaan wang kertas yang baru. Wang kertas rekaan baru ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik menyebabkan ia menjadi sukar untuk ditiru tidak seperti wang kertas lama. Kini, warna merah dan biru pada nombor ‘100’ ditukar kepada simbol berwarna emas.
Ini adalah wang kertas 100 Yuan yang lama yang telah dibakar untuk menjana bekalan elektrik bagi Bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu di China
Menukar wang kertas lama dengan rekaan wang kertas yang baru dan canggih. Wang kertas 100 Yuan yang direka pada tahun 2015 ini mula dikeluarkan pada 12 November 2017

Kredit: Bloomberg/Getty Images
Baru-baru ini Bank Pusat di China telah mengarahkan semua bank mengambil dan mengumpul kesemua wang kertas versi lama 100 Yuan yang berada di pasaran. Wang kertas lama ini akan dikumpul dan dimusnahkan. Bagaimana wang kertas yang banyak ini akan dimusnahkan?
Sebuah media tempatan di China telah menjelaskan bagaimana kesemua wang kertas ini dimusnahkan.
Pertama, semua wang kertas yang telah dikumpulkan akan dihancurkan oleh pihak bank. Kemudian bank akan menghantar kesemua wang kertas yang telah dihancurkan itu ke syarikat Biomass Power Generation Co. Ltd di Yancheng, Wilayah Jiangsu di mana kumpulan wang kertas yang telah dihancurkan itu akan ditukar menjadi tenaga elektrik melalui insinerator.
Beberapa tan wang kertas lama yang telah dihancurkan akan dihantar ke syarikat Biomass Power Generation di Yancheng lalu dikumpul dan dimampatkan

Kredit: CEN
Wang kertas yang telah dihancur dan dimampatkan merupakan bahan api biomas yang sangat baik kerana ia lebih kering dan rendah kadar kelembapan

Kredit: CEN
Jika membandingkan wang kertas lama ini dengan penggunaan bahan bakar lain, keputusan menggunakan wang kertas adalah lebih baik. Ia akan mudah terbakar dan tahap kelembapan di dalam wang kertas adalah sangat rendah.
Sebuah lori dengan muatan 30 tan wang kertas yuan lama yang telah dihancurkan mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 30,000 kilowatt (kWh). Jika sebuah rumah biasa menjana tenaga elektrik sebanyak 100 kWh sebulan, jadi sebuah lori dengan 30 tan wang kertas mampu membekalkan bekalan tenaga elektrik kepada rumah biasa selama 25 tahun.
Selepas wang kertas lama ini dihancurkan, ia akan dicampur dengan jerami lalu menjadi bahan bakar yang sangat baik

Kredit: CEN
Apabila wang kertas lama ini dikumpul oleh bank dan dihantar ke Biomass Power Generation Co.Ltd, setiap lori membawa 30 tan wang kertas Yuan lama yang bernilai 15.3 Bilion Yuan (RM10 Bilion). Setiap bulan terdapat 5 buah lori penuh muatan wang kertas Yuan lama yang akan dibakar.
Setiap tahun, sebanyak 1,800 tan wang kertas lama akan dibakar. Semasa proses pembakaran wang kertas lama ini dijalankan, syarikat mempunyai beberapa cara untuk mengurangkan pencemaran. Selepas wang kertas lama dibakar, debu pembakaran akan dikumpul dengan teliti dan berhati-hati.
Untuk memastikan keseimbangan persekitaran dan tidak menjejaskan alam sekitar kesan dari perlupusan wang kertas tersebut, semua debu yang telah dikumpul akan dimampatkan menjadi batu-bata bagi pembinaan bangunan.
Selepas wang kertas lama ini dibakar, lebihan debu akan dikumpul dan dimampat menjadi batu-bata untuk pembinaan bangunan

Kredit: CEN
Wang kertas lama yang tidak lagi bernilai ini tidak akan dibuang begitu sahaja. Kesemuanya dikumpul dan dilupuskan untuk membekalkan tenaga elektrik bagi sebuah bandar dan menjadi bahan binaan.
Sumber sembanggkecohh
Cerita Selanjutnya Mengenai Kereta Sambung Bayar

KUALA LUMPUR: Pemilik yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bank boleh didenda atau dipenjarakan, kata menteri dalam negeri.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan memajak dan menyerahkan kereta kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang bagi membayar pinjaman, melanggar Akta Sewa Beli 1967.
“Kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli yang mana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan lisan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang memintanya menjelaskan skim penipuan sambung bayar kenderaan.
Jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuatkuasa, mereka boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri tahu mengenai kes sambung bayar dan pajakan kereta membabitkan pemilik tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan kepada bank.
“Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak dibayar sewa bulanan kepada bank, sekaligus menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam.
“Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.
“Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.freemalaysiatoday.com
sebelum ini beberapa blog mendedahkan risiko beli kereta sambung bayar yang dikongsikan oleh peguam ini antara amaran yang pernah dipaparkan
Beli kereta dengan konsep sambung bayar merupakan salah satu pilihan yang mendapat sambutan ramai di mana dikatakan tidak banyak karenah untuk menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman.
Ramai orang memilih cara ini kerana bagi mereka ianya muda kerana pinjaman sudah dilakukan atas nama pemilik asal di mana kita cuma ambil kereta dan bayar bulanan kepada bank walaupun bukan nama kita sebagai pemilik kereta.
Kenapa admin kata ramai, kita boleh lihat sendiri di laman Facebook berapa banyak page jualan kereta sambung bayar yang mendapat sambutan begitu ramai rakyat Malaysia.
Namun, tahukah kita yang membeli kereta secara sambung bayar ini mempunyia risiko yang amat tinggi walaupun mempunyai surat hitam putih, selain merupakan satu kesalahan dari sudut undang-undang di mana dendanya amatlah besar.
SUMBER : http://helangmerah.com/2017/11/16/mereka-yang-menjual-dan-membeli-kereta-sambung-bayar/
Kenapa admin kata berisiko??? Jom kita baca penerangan daripada seorang peguam, Tuan Hasif Hasan yang menceritakan tentang hal ini.
Peguam Dedah Risiko Besar Tak Dijangka Dihadapi Pembeli Walaupun Ada Surat Perjanjian
Beli kereta dengan konsep sambung bayar merupakan salah satu pilihan yang mendapat sambutan ramai di mana dikatakan tidak banyak karenah untuk menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman.
Ramai orang memilih cara ini kerana bagi mereka ianya muda kerana pinjaman sudah dilakukan atas nama pemilik asal di mana kita cuma ambil kereta dan bayar bulanan kepada bank walaupun bukan nama kita sebagai pemilik kereta.
Kenapa admin kata ramai, kita boleh lihat sendiri di laman Facebook berapa banyak page jualan kereta sambung bayar yang mendapat sambutan begitu ramai rakyat Malaysia.
Namun, tahukah kita yang membeli kereta secara sambung bayar ini mempunyia risiko yang amat tinggi walaupun mempunyai surat hitam putih, selain merupakan satu kesalahan dari sudut undang-undang di mana dendanya amatlah besar.
Kenapa admin kata berisiko? jom kita baca penerangan daripada seorang peguam, Tuan Hasif Hasan yang menceritakan tentang hal ini.
Coretan peguam
Malam tadi aku dihubungi rakan minta tolong aku buat satu surat perjanjian. Orang putih kata agreement.
Aku tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan.
Aku cakap, tindakan kau tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab aku tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu.
Aku cakap sangat berisiko. Aku tak nak orang lain cakap, loyer mana yang ‘tidak berapa cerdik’ yang buat perjanjian kat kau ni?
Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta atau kecurian.
Aku cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian aku tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut.
Aku cakap surat begini tidak sah,orang putih kata not valid, loyer sebut ‘ void ab initio’ , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara kau dan kawan kau dan bukan bank.
Jadi aku cakap aku bukan tidak mahu tolong kau tapi apa guna aku buat surat tetapi tidak laku dan tiada ‘legal effect atau implication’
Aku cakap jika tuan kereta mati, engkau lagi susah kerana waris yang layak boleh mengabaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.
Kesian kan? Kau bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat memang tiada kuasa.
Engkau buat report polis pon, mereka tidak akan layan.
Tidak adil bukan? Memang tidak adil tetapi adil juga kerana membuat sesuatu tanpa mengetahui akibat yang mungkin berlaku di depan hari.
Aku cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan kau nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje.
Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insuran company akan bayar kepada tuan kereta. Yang kau akan melopong.
Aku cakap kalau kau nak tolong juga kawan kau, pergi bank dan buat penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam engkau ni.
Jadi aku minta maaf pada kawan aku sebab aku tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah.
Aku cakap mana sah kau nak kawin dengan bini orang. Maksud aku ‘laki’ dia tu bank dan bank tak tau apa apa, pas tu kau pulak pandai pandai bawa bini orang kawin lari. Aku sinis aje tapi aku yakin kawan aku tak sedikit pun terasa. Kalau nak terasa pon elok jugak..hihihi
Aku cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan boleh disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio (batal dari permulaan lagi) di antaranya jika perjanjian itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian Sewa Beli 1967 seperti yang kawan aku nak buat ini.
sumber apahaltu
Leave a Reply