Charlie atau nama saintifiknya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit teruk iaitu ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.
Serangga itu yang lebih dikenali sebagai semut kayap mengandungi toksin paling berbisa di dunia, Pederin dan tahap keracunan tinggi biarpun selepas dikeringkan dan disimpan selama lapan tahun.
Ini Sedikit Info Semut Charlie
Kesukaan Charlie ialah :
-Tertarik pada cahaya lampu waktu malam.
Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
- -Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.
- -Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak*
- -Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya.
- -Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.
- -Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
- -Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Yang Charlie Tak Suka ialah :
-Ubat gegat. Ubat gegat biasanya untuk menghalau semut atau lipas. Bau ubat gegat dikatakan mampun mengelakkan semut Charlie.
Tips untuk menyelamatkan diri daripada Charlie:
- -Sebelum tidur, pastikan tiada semut charlie.
- -Kalau Charlie masuk bilik, bertenang, jangan menjerit, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu dan tingkap harus dibuka biar dia keluar bilik.
- -Kalau jumpa Charlie singgah di badan, jentik dan jangan menjerit sebab semut Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and akan terus sengat.
- -Kalau pukul sampai penyek, apabila abdomennya pecah, BISA semut akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini.
———————————————————-
KUALA LUMPUR - “Cepat sembuh Syara Eryyna. Mama, Abii dan Elman rindu kakak Syara lari-lari dalam rumah, gelak sama-sama, dengar kakak menyanyi kuat-kuat,” demikian luah seorang ibu bernama Fara.
Menurut Fara, pada awalnya muncul bintik-bintik kecil seperti ruam di kaki anak perempuannya itu.
“Saya sapu Calamine Lotion sebab ingatkan ruam. Keesokkannya bintik-bintik itu semakin timbul. Bawa ke klinik, doktor beri ubat sapu tetapi masih tak pulih dan semakin melarat. Terus bawa ke hospital dan doktor bagi ubat makan dan sapu,” katanya.




Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti dari mana anaknya terkena semburan racun semut Charlie itu. Namun tidak menolak kemungkinan bahawa ia berlaku di kawasan rumah dan di dalam rumahnya sendiri.
“Dah berapa hari dia terlantar tidur saja. Nak letak ubat pun menangis menahan sakit. Kasihan,” katanya.





29 Ogos, Fara memaklumkan bahawa doktor telah mengesahkan keadaan kaki anaknya begitu berpunca dari semut Charlie. Syara juga dimasukkan ke wad untuk pemantauan pihak hospital.





3 September, doktor telah memecahkan gelembong air di kaki Syara dan dicuci menggunakan air antibiotik. Proses itu menyebabkan mangsa merenggek kesakitan dan menangis.
Rabu lalu, Syara telah dibenarkan pulang ke rumah, namun masih perlu datang ke hospital untuk mencuci luka.
“Alhamdulillah, Syara sudah discharge. Cuma perlu datang ke hospital setiap hari untuk cuci luka. Syara sudah cuba berjalan perlahan-lahan,” kata Fara.



Pada hari yang sama, Fara juga berjaya mengesan sejumlah semut Charlie di koridor rumahnya dan meminta pihak bertanggungjawab datang untuk membuat semburan bagi menghapuskan semut Charlie tersebut. - The Reporter
Leave a Reply