
Selalunya apabila ibu bapa mendapat tahu bahawa anak mereka menghidap penyakit, tidak kira ianya hanya demam biasa atau melibatkan nyawa, pasti ibu bapa berkenaan menjaga anak mereka sebaik mungkin. Lain pula kisahnya yang berlaku di Guangdong, China ini, di mana anak kecil berumur 5 tahun ditinggalkan ibu bapanya di hospital kerana menghidap penyakit kanser. Kesiannyaa!
Menurut WOB, kejadian ini berlaku pada 10 Oktober yang lepas, di mana seorang bapa telah menghantar anak lelakinya ke hospital selepas perasan anaknya mengalami dehidrasi dan masalah untuk berdiri.
Anak kecil malang yang bernama Rong Rong ini kemudiannya disyaki mengalami penyakit pelik, tetapi bapanya enggan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kemudiannya, doktor memaklumkan bahawa,
Rong Rong telah menghidap penyakit Rabdomiosarkoma, iaitu penyakit yang selalunya muncul di bahagian mata, kepala dan leher. Memilukan lagi, penyakit ini jarang sekali berlaku kepada kanak-kanak.
“Pada 23 Oktober lalu, bapa Rong Rong telah memberitahu kepada kakitangan yang bertugas bahawa dia perlu mencari duit untuk membayar rawatan anaknya itu. Tetapi beliau telah menghilangkan diri selama 4 hari”
Bapa Rong Rong hanya pulang ke hospital setelah pihak hospital tersebut membuat report kepada pihak polis. Dan pada malam itu, dia menghilangkan diri lagi selepas bersetuju untuk membenarkan anaknya itu memberi rawatan yang lebih lanjut.
Boleh pulak macam tu?
Kini, Rong Rong semakin lemah dan hanya seberat 15 kg. Jururawat di situ terpaksa menyuapkannya susu kerana dia tidak mampu untuk makan apa-apa, walaupun sesuap bubur. Pihak hospital turut membawa baju untuk Rong Rong, memandangkan bapanya tidak meninggalkan sehelai baju pun untuknya.
Pihak hospital turut cuba mencari ibu Rong Rong, tetapi gagal.
Bagi melanjutkan rawatan Rong Rong, pihak hospital perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapanya tetapi kerana mereka gagal mencari pasangan itu, rawatan tersebut tidak dapat diteruskan.
“Ketumbuhan yang ada pada Rong Rong semakin teruk. Menyedihkan lagi, jangka umur Rong Rong semakin singkat”
“Kami tak pasti Rong Rong akan selamat walaupun pembedahan dijalankan ke atasnya. Kami hanya harap ibu bapa Rong Rong dapat datang, teman anak ini,” ujar doktor di situ.
Kesian anak kecil ini.. Harap ibu bapa Rong Rong sempat bertemu sebelum ajal Rong Rong sampai..
Sumber:Lobakmerah…. Cerita Selanjutnya Mengenai Kanak2..
Budak 5 Tahun Diabai Sejak Bayi, Ibu Bapa Hilangkan Diri Tak Mahu Bertanggungjawab

Hanya kerana kesilapan masa lampau, seorang anak kecil dilahirkan ke dunia tanpa kasih sayang ibu dan bapanya. Sudahlah tak dapat kasih sayang, masa depannya pula bakal menjadi gelap kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang jelas.
Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ini yang hidup seperti warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akibat lahir hasil keterlanjuran ibu bapanya yang tidak berkahwin, lapor Harian Metro.
Sumber: NST
Menurut datuk kepada mangsa, dia tidak tahu bahawa anak lelakinya dan teman wanita mempunyai hubungan dan mereka telah mempunyai seorang anak. Namun apabila perkara tersebut terbongkar, lelaki tersebut telah pergi berjumpa mereka dan meminta mereka untuk berkahwin.
“Namun hinggalah cucu saya dilahirkan mereka masih belum berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, teman wanita anak saya melarikan diri dan gagal dikesan hingga ke hari ini,”kata datuk mangsa.
Malah menurutnya lagi, anak lelaki dan teman wanitanya juga mempunyai seorang lagi cahaya mata yang berusia lapan tahun. Namun kanak-kanak perempuan itu telah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Aduhai apa nak jadi ni?
Manakala, cucunya yang berusia lima tahun ini diambil dan dijaganya atas rasa perikemanusiaan. Lelaki berusia 50 tahun tersebut kini menetap di Temerloh bersama cucu perempuannya itu
Sumber: Harian Metro
Pun begitu, kesukaran mulai timbul apabila kanak-kanak ini gagal mendapatkan sijil lahir selepas ibu kandungnya menghilangkan diri tujuh bulan selepas melahirkannya. Malah bapa kanak-kanak ini juga turut dikatakan ‘lepas tangan’ kerana tidak menghiraukan kebajikan zuriatnya.
Mangsa tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan sijil lahir dan si bapa juga tidak pernah memberikan sebarang wang perbelanjaan kepada anaknya. Eh apa punya bapak ni??
Apabila disoal mengenai masalah cucunya yang tidak mempunyai sijil kelahiran kepada JPN Pahang, dia gagal mendapat respon positif daripada pihak JPN kerana status ibu mangsa yang gagal mendaftarkan anaknya selepas dilahirkan.
“Kami cuba mengesan wanita berkenaan dan mencari keluarganya, namun gagal. Kami harap dia dapat tampil untuk membolehkan cucu saya didaftarkan seterusnya mempunyai sijil lahir.
“Saya bimbang jika dia tidak mempunyai dokumen menyebabkan masa depannya akan terumbang-ambing kerana tahun depan saya ingin daftarkan dia ke pra-sekolah,”luah lelaki tersebut.
Sumber: Harian Metro
Walau bagaimanapun, datuk kepada mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ini berjanji untuk membantu pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk memberi sebarang informasi berhubung isu sijil kelahiran cucunya. Hal ini kerana pihak hospital di mana kanak-kanak itu dilahirkan mungkin ada menyimpan rekod penting berkaitan mereka.
Hanya kerana kesalahan lampau, tak pasal-pasal anak yang tak bersalah mendapat akibatnya. Semoga urusan memperoleh sijil kelahiran kanak-kanak tersebut dipermudahkan…
Sumber:lobakmerah
Leave a Reply