Apabila disebut mengenai mumia, pasti dalam benak pemikiran anda akan terpampang gambaran mumia yang digulung dengan kain satu badan, atau mungkin mumia yang dilawan oleh Brendan Fraser dan Tom Cruise dalam filem The Mummy. Dan juga apa yang terbayang di dalam fikiran anda apabila disebut mengenai mumia semestinya negara Mesir.
Seorang pekerja di China telah menemui sesuatu yang sangat pelik, struktur kukuh di bawah tanah. Akhirnya mereka mengetahui jumpaan itu merupakan makam bagi seorang wanita yang diawet dengan sempurna.
Tubuh tersebut mungkin sudah dimakamkan 700 tahun dahulu. Tetapi persoalannya, adalah betul tubuh wanita tersebut sebenarnya diawet? Atau mungkin semua ini adalah kejadian purba yang pelik? Mengapa dalam banyak-banyak kawasan, perkara ini dijumpai di China?

Mumia tersebut telah dijumpai oleh seorang pekerja jalan di Taizhou, kawasan yang berada di Wilayah Jiangsu yang berada di Timur China. Pekerja tersebut mengenalpasti objek tersebut mungkin bernilai dan berharga, lalu dia menghubungi Muzium Taizhou untuk melihat perkara tersebut.

Makam itu terdiri daripada tiga lapisan yang berat. Apabila lapisan terakhir diangkat, mereka terkejut kerana mendapati terdapatnya sebentuk wajah yang dibasahi dengan air.

Meskipun tarikh awal tubuh tersebut tidak diketahui, berdasarkan pakaian tradisional sutera yang dipakai dikatakan bertarikh 700 tahun dahulu semasa Dinasti Ming.

Pengkaji tidak pasti sama ada perbuatan ini disengajakan atau tidak, tetapi jasad ini telah disemadikan di kawasan yang betuah. Air berwarna coklat yang pelik di dalam keranda berada dalam suhu yang baik dan dapat menghalang pembiakan bakteria yang akan menghakis jasad tersebut.
Bulu mata, kening dan rambut masih melekat di jasad tersebut

Penemuan ini dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada pengkaji mengenai fesyen dan adat Dinasti Ming.
Sehingga kini, terdapat pelbagai persoalan yang belum terjawab. Sebagai contoh, kita tidak tahu bagaimana wanita ini mati.

source: Era Baru
Leave a Reply