
Di sebagian besar negara, lelaki dengan badan berotot, perut rata atau six pack, ditambah wajah yang ganteng memang selalu jadi pusat perhatian. Mereka adalah lelaki-lelaki idaman yang diinginkan oleh sebagian besar gadis. Dan mungkin kamu juga jadi salah satu orang yang mendambakan punya tubuh langsing dan ideal. Soalnya itu adalah kriteria agar boleh jadi lelaki yang menarik perhatian gadis.

Bagi kamu yang benar-benar terobsesi untuk punya badan seperti itu, tentu akan melakukan berbagai macam usaha. Misalnya fitness atau nge-gym. Banyak orang yang merasa tubuh yang ideal seperti itu membuat mereka lebih percaya diri dalam menghadapi dan menjalankan hidup.
Sebaliknya, lelaki yang gendut dan buncit seringkali dipandang sebelah mata. Mereka tidak jarang dijadikan bahan ejekan atau bully-an kerana punya tubuh yang seperti itu. Kalau kamu termasuk lelaki buncit, kamu seharusnya boleh berbangga. Kerana di sebuah suku, lelaki seperti kamulah yang dijadikan idaman dan idola seluruh rakyatnya. Mereka bahkan mengadakan kontes bagi lelaki-lelaki paling buncit!
Penasaran?

Bagi lelaki di suku Bodi Etiopia, buncit adalah lambang pahlawan bagi kehidupan dan idaman bagi para wanita di sana
Suku Bodi atau Me』en merupakan salah satu suku primitif Ethiopia yang menghuni lembah Omo. Dengan populasi sekitar 300 ribu jiwa, negara ini memang terkenal dengan keunikannya. Daripada punya badan yang ideal dan perut rata atau six pack, para lelaki di suku ini malah berlomba-lomba agar menjadi gemuk dengan perut yang buncit. Tradisi ini sudah turun temurun sejak puluhan tahun lalu.
Masyarakat percaya, lelaki yang memiliki badan yang gemuk dan perut yang buncit adalah pahlawan dalam kehidupan. Jadi tidak heran, kalau lelaki buncit di sini jadi idaman para wanitanya kerana juga dianggap seksi.

Mereka berusaha keras agar jadi buncit, bahkan dengan cara meminum ramuan darah dan susu agar boleh jadi lelaki idaman
sumber: Sembangmommy
COMELNYA! ANAK KUCING DILAHIRKAN DENGAN KAKI KECIL DI HADAPAN, BERJALAN SEPERTI KANGAROO…
Kanga, si comel yang baru berumur empat minggu ketika dia dibawa ke klinik veterinar di Utara California. Dia telah dibuang sebelum akhirnya diselamatkan oleh seorang wanita bernama Cheryl. Melihat akan kekurangan yang menimpa Kanga telah mendorong Cheryl untuk mengambil anak kucing itu untuk dipelihara. Dia sedar bahawa Kangan layak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik walaupun keadaannya yang serba kekurangan, tidak seperti anak-anak kucing lain.
Kanga dilahirkan dengan kecacatan kongenital yang dipanggil ‘radial agencies’. Ini menjejaskan pembentukan tulang radius di tangannya, menyebabkan kaki depannya sedikit kecil berbanding biasa. Anak kucing yang comel itu kelihatan seperti seekor kanggaru dan kerana itu jugalah dia akhirnya diberikan nama yang sesuai dengannya, Kanga Roo, sebuah nama yang sangat comel!

Cheryl sebenarnya tidak boleh mengadopsi anak kucing itu jadi dia telah menghubungi Saving Grace Rescue di San Francisco dan memohon supaya mereka akan menjaga Kanga. Tanpa membuang masa mereka terus menyelamatkan Kanga dan membawanya pulang ke San Francisco di mana dia telah belajar melompat dengan menggunakan kaki belakangnya tanpa sebarang masalah. Kanga nampaknya sangat suka akan persekitaran baharunya dan dia juga membesar dengan baik sekali.

Apabila Joyce dan keluarganya mengetahui tentang Kanga dan kisahnya yang unik, mereka terus jatuh hati dan dengan segera telah mengambil Kangan untuk dipelihara.
“Kami telah menonton video mengenai Kanga dan terus jatuh cinta akannya. Kerana dia seekor anak kucing yang sangat kecil dia telah mengambil masa beberapa minggu untuk mencapai berat badan seberat dua pound iaitu berat badan yang diperlukan supaya dia boleh menjalani pembedahan.
Pada 28 Jun 2014, Joyce membawa Kanga pulang ke rumah untuk bersama dengan keluarga baharunya. Apa yang lebih mengembirakan Kanga dia juga mempunyai teman-teman kucing yang lain di rumah itu.
Nampaknya Kanga kini memiliki rumah dan keluarga yang sangat sempurna buatnya!


Kanga kini telah membesar menjadi kucing yang sangat comel dan penuh dengan keceriaan!
Dia mempunyai ikatan istimewa dengan kucing lain, Skittles, yang sering menjaga dan melindunginya serta memastikan tiada sesiapa yang ‘membuli’ nya. Kanga juga seekor kucing yang selalu menjaga kucing lain yang memerlukan pertolongannya. Sesungguhnya dia tidak pernah lupa dari mana dia berasal.

Joyce terus menjaga kucing-kucing yang memerlukan bantuan dengan mengambil dan memelihara mereka. Kanga pula seringkali datang untuk membantu Joyce melakukan kerja-kerja baik itu.

Baru-baru ini Joyce telah mengambil seekor anak kucing bernama Alealani yang ternyata mengalami keadaan yang sama seperti Kanga. Kanga adalah contoh yang baik untuk Alealani, contoh yang menunjukkan dia juga boleh membesar dengan sihat dan sempurna sama seperti Kanga. Alealani nampaknya telah menjadikan Kanga sebagai role model terbaik untuknya supaya dapat terus bertahan dan menjalani hidup dengan penuh kegembiraan.

Kanga adalah bukti yang menunjukkan bahawa haiwan yang cacat dan serba kekurangan juga boleh membesar dengan baik dan sempuna jika mereka mendapatkan keluarga yang penyayang dan baik untuk terus merawat dan meajaga mereka.

Kanga mungkin tidak seperti kucing lain yang sempurna, tetapi dia tetap istimewa kerana dia punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh kucing lain!
Sumber:blogkokak
Leave a Reply