
Pakaian dalaman sudah menjadi satu essential untuk wanita lebih lagi untuk si kembar lambang sebagai wanita sejati.
Sebut sahaja tentang bra pasti ramai mempunyai jenama bra kegemaran dan jenis bentuk bra yang paling selesa untuk dipakai. Begitu juga dengan saiz dan bentuk payudara yang dimiliki setiap individu adalah berbeza. Mungkin ramai yang mula memakai bra sejak akil balight namun sehingga kini masih ramai lagi melakukan kesalahan dalam pemakaian dan memilih bra. Yup, tanpa kita sedar.
Salah faham mengenai bra tidak pernah habis dan sering dipersoal. Wanista rungkaikan 6 salah faham wanita mengenai bra yang anda sedang pakai sekarang.
#1 Setahun pakai bra yang sama
Foto – GoogleBila dah jumpa yang selesa memang sukar nak tukar yang lain bukan? Lebih elok anda menukar bra baru setiap lapan bulan sekali. Ianya untuk menjamin kualiti penjagaan yang lebih baik untuk payudara anda.
#2 Tak semua jenama bra sama saiz
Foto – wiseGEEKKadangkala kita selalu bertukar jenama bra tapi bukan semua jenama bra mempunyai saiz yang sama. Ada ketika saiz di jenama X sesuai dengan saiz ‘C’ tapi saiz di jenama Y pula ‘D’. Jangan pening-pening, lebih elok anda beli yang mana paling selesa sebab memang saiz setiap jenama bra berbeza-beza.
#3 Saiz payudara boleh berubah
Foto – MamiverseJangan terkejut dengan kenyataan ini: Saiz payudara boleh berubah-ubah tiga hingga enam kali dalam setahun. Faktor penyebab perubahan dari kesan turun naik berat badan atau perubatan yang melibatkan perubahan hormon atau menstrual. Dapatkan ukuran yang baru setiap kali membeli bra yang baharu.
#4 Getah keliling bra lebih penting
Foto – A Sophisticated PairRamai yang menganggap mengetatkan tali bahu bra bagus untuk menaikkan payudara. Cara tersebut beri kesan sakit terutamanya pada bahu boleh terasa lenguh dan kulit boleh melecet. Perkara paling mustahak ketika memilih bra ialah melihat kualiti getah keliling bra bukan tali bahu bra. Pemilihan getah keliling bra yang paling sesuai boleh mencantikkan postur badan, beri keselesaan dan anda tak perlu ketatkan tali bahu bra.
#5 Salah guna cangkuk bra
Foto – SHEmazing!Mesti anda rasa pelik kenapa sampai ada tiga cangkuk bra walhal pastinya anda guna yang paling ketat. Salah! Cara yang betul ialah menggunakan cangkuk yang paling longgar pada bra baru, setelah getah bra semakin longgar (akibat penggunaan lama) barulah anda bertukar kepada cangkuk paling ketat. Jika anda terus pakai bra baru dengan cangkuk paling ketat ia telah menjejaskan kualiti bra dengan cepat.
#6 Tak semua bentuk bra sesuai
Foto – Bra4her.comDipasaran sekarang memang pelbagai bentuk rekaan bra untuk dipilih atau dijadikan koleksi. Ingatkan dalam kepada anda saat ini, tidak semua bra sesuai dengan bentuk payudara anda. Seperti yang telah diberitahu setiap individu mempunyai bentuk payudara berbeza-beza. Pastikan anda mencuba dahulu atau dapatkan nasihat sebelum membeli untuk keselesaan dan kesihatan payudara anda.
sumber : getaviral.com
Selanjutnya Cerita Mengenai Khasiat Bijiran Barli.
Penggemar Barli, Ini 7 Khasiatnya

Memang beruntung jadi penggemar bijirin barli ni. Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.
Buat pengetahuan penggemar barli juga, bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.Menarikkan?
Berikut Antara Khasiat Barli;
1) Rendahkan Kolesterol Dalam Darah
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
2) Tingkatkan Glukosa dan Lemak Dalam Darah
Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
3) Kurangkan Risiko Penyakit Barah dan Jantung
Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol (tokol) yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
4)Rawat Luka Ringan
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.
5)Hilangkan Berat Badan
Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.
6) Penyejuk Badan
Air rebusan bijirin barli pula dikatakan berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
7) Bantu Sistem Penghadaman
Khasiat barli dipercayai, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang dan membantu untuk sistem penghadaman.
Info Ekstra
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.
Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.
Sumber:getaviral
Leave a Reply