
Media sosial gempar apabila usahawan terkenal, Nur Sajat dilaporkan bergandingan dengan Fattah Amin dalam drama Coffee Prince!
Sajat dalam laman Instagramnya ada memuat naik beberapa buah video pendek rakaman dirinya yang sedang berlakon dengan pelakon kacak itu.


Menurut Sajat, dia telah diundang oleh Michael Ang, selaku pengarah filem untuk membuat kemunculan khas dalam drama bersiri Coffee Prince yang menjadi kontroversi sejak beberapa bulan yang lalu.
Sajat yang memakai gaun hitam bersama gincu merah sememangnya menjadi tumpuan apabila dia dimaklumkan memegang watak sebagai seorang wanita berkerjaya.
“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,”
Sumber Instagram Sajat
Ketika ditanya perasaanya apabila digandingkan dengan Fattah Amin, Sajat memberitahu bahawa dia selesa dengan sikap watak utama drama berkenaan yang mudah bekerjasama.
“Fattah seorang yang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran.
Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan. Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah,”

Walau pun kemunculannya hanya sekejap dalam drama berkenaan, Sajat berharap agar watak yang dibawanya memberikan impak besar dalam drama ini.
“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon yang popular seperti Fattah termasuk Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,”
Terdahulu Sajat pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Ophilia, dan beberapa pementasan teater membuatkan usahawan berkenaan tidak kekok ketika berhadapan dengan kamera.
Best jugak jadi pelakon ni kan.. dah lama jugak tak beraksi… setelah 4 tahun saya tinggalkan dunia lakonan.. tahun ini sajat berlakon lagi.. ada sapa sapa nak tengok sajat tak?? Klu sajat berlakon😝😝😝😝😝 #janganmengata #terbaik #nursajat02 #newbusiness #nursajatberlakon
sumber:kisahbenar



Leave a Reply