(Video)Bayi Comel Melepaskan ‘Satu Kuasa Berbau’ Yang Sangat Kuat Semasa Mandi. Reaksi Bayi Ini Begitu Menghiburkan!!

Menjaga bayi yang masih kecil sememangnya agak mencabar. Bayi tidak mampu berjalan dengan sendiri, tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain, perlu sentiasa dipantau malah didodoikan untuk mereka tidur dengan lena.

Seperti bayi lain yang akan merengek pada waktu malam minta disusukan, bayi perempuan yang comel ini turut melakukan perangai yang sama. Tetapi bayi ini merengek bukan minta diberikan susu tetapi kerana ia termuntah semasa tidur.

Jadi, si ibu telah memutuskan untuk membersihkan bayi kesayangannya pada tengah malam. Akan tetapi, perkara seterusnya benar-benar tidak dijangka oleh si ibu yang sedang mengantuk ini.

Video berdurasi 1 minit 29 saat ini pada awalnya menyaksikan bayi tersebut sedang berseronok berada di dalam sinki yang dipenuhi air. Pada saat ke-53, bayi ini telah kentut di dalam air dan mengeluarkan bunyi berbuih yang sangat comel.

Lebih comel lagi, dia yang mungkin tidak pernah mendengar bunyi kentut di dalam air telah menangis kerana takut dengan kuasa bunyi kentut yang dihasilkannya.

Melucukan sungguh! Siapa sangka bunyi kentut mampu membuatkan seorang bayi comel menangis. Jangan lupa kongsikan video ini dengan sahabat dan keluarga anda. Kongsikan kelucuan ini kepada dunia!

Era Baru

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*