WOW….Kad kahwin sampai guna 3 bahasa….Jemputan Shila Amzah ….
adminArtis
Tanggal 19 April merupakan hari yang bersejarah buat penyanyi terkenal, Shila Amzah kerana beliau bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang bekas wartawan The Star yang pernah berkhidmat pada tahun 2015 dikenali sebagai Haris Idraki Elias.
Beberapa persediaan telah dilakukan termasuk kad jemputan kahwin. Difahamkan, Shila menggunakan tiga bahasa untuk kad kahwinnya.
Penyanyi berusia 28 tahun ini fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Beliau juga aktif dalam penglibatan nyanyian di negara China. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah telah mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu di kediaman keluarganya yang terletak di Cheras.
Beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila tersenarai dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 bagi kategori Hiburan.
Sumber: sembangkencang