“PISTOL” Seorang Lelaki Tersekat Pada Cakera Besi Gimnasium, Bomba Terpaksa Ambil Masa 3 Jam Untuk Menyelamat

admin

funny

Seorang lelaki terpaksa dihantar ke hospital apabila alat sulitnya tersekat di lubang cakera besi gimnasium 2.5kg pada hari Jumaat lepas. Kejadian berlaku di bandar Worms, Jerman.

Seorang anggota bomba di bandar Worms memaparkan insiden tersebut di halaman Facebooknya disertai dengan gambar cakera besi yang telah dipecahkan menjadi 5 bahagian untuk melepaskan alat sulit lelaki itu.

Foto: Inilah gambar cakera besi yang telah dipecahkan menjadi 5 bahagian

Menurut agensi berita Jerman, Deutsche Presse-Agentur, doktor di sebuah hospital tempatan terpaksa memanggil anggota bomba untuk bantuan kerana pihak hospital tidak dapat memisahkan alat sulit lelaki berkenaan dengan cakera besi itu.

Lelaki tersebut diberikan ubat pelali sebelum anggota bomba menggunakan angle grinders dan peralatan menyelamat hidraulik untuk memecahkan cakera besi. Kerja tersebut mengambil masa selama 3 jam.

Foto: Sekadar gambar hiasan.

Dalam pos di Facebooknya, anggota bomba tersebut menasihatkan orang ramai supaya tidak ‘meniru perbuatan sedemikian’.

Tidak dapat dipastikan apakah senaman yang dilakukan oleh lelaki berkenaan sehingga alat sulitnya tersekat ke dalam lubang cakera besi tersebut.

Artikel ini telah diolah dari sumber: Mirror | The Star

sumber:seratadunia.com