Isteri Rempuh Kereta Suami Selepas Ternampak Lelaki Itu Bersama Skandalnya !!

admin

KRT

Tak pedulikan keselamatan diri, si isteri nekad rempuh kereta suami yang sedang membawa skandalnya. Kejadian itu menyebabkan kemalangan 4 buah kenderaan, 6 cedera, jalan sesak 4 km. hal rumahtangga jangan bawa ke jalan raya. Bahaya

PATHUM THANI, THAILAND – Tanpa menghiraukan keselamatan diri, seorang wanita merempuh kereta suaminya dengan sengaja selepas ternampak lelaki itu bersama dengan wanita lain, lapor The Nation.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, di Jalan Rangsit, Nakhon Nayok, Tambon Bung Yitow, Sabtu lalu telah menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang empat kilometer.

Difahamkan, si isteri yang memandu kereta Toyota Fortuner sebelum itu sedang giat mengesan kedudukan suaminya menggunakan GPS. Seketika kemudian, wanita itu terserempak dengan kereta suaminya dan melihat lelaki itu bersama dengan seorang wanita lain yang dipercayai kekasihnya.

Berang melihat keadaan itu, si isteri bertindak mengejar kereta tersebut.

Bimbang lelaki itu melarikan diri, si isteri mengambil keputusan merempuh Mercedes itu lalu menyebabkan kemalangan yang melibatkan empat buah kereta lain. Akibatnya, enam mangsa mengalami kecederaan ringan, selain menyebab tiga buah kenderaan yang terlibat, rosak.

20 minit selepas dibedah & bayi selamat dikeluarkan, si ibu meninggal dunia

Oleh Taufiq Razif

Tolong beranak lagi sayang!

Saya dulu main order saja nak anak 11 orang dari isteri saya. Kononnya nak cukupkan kuota satu pasukan bola sepak bila semua dah besar nanti. Tetapi bila dah tengok sendiri kesusahan isteri menjaga anak dan berhadapan dengan risiko bersalin, saya jadi termenung sendiri.

Risiko bersalin ini bukan main-main. Memang melibatkan kesakitan dan nyawa. Silap haribulan boleh melayang tanpa amaran awal. Seperti yang terjadi pada kes kematian Julia Fransiska Makatey di Manado, yang menggemparkan Indonesia suatu ketika dulu.

Arwah meninggal ketika proses melahirkan walaupun sebelum itu arwah sihat walafiat sahaja. Arwah mulanya sudah ada tanda-tanda nak bersalin, tetapi selepas 8 jam menunggu, masih tiada perubahan dan janin pun sudah mula menunjukkan tanda-tanda fetal distress. Lalu para doktor memutuskan untuk lahirkan secara pembedahan.

Semasa pembedahan, darah hitam keluar daripada potongan pertama. Itu menandakan oksigen dalam darah arwah sudah makin berkurangan. Alhamdulillah bayi dapat dikeluarkan dan semuanya kembali tenang. Tiba-tiba keadaan arwah semakin teruk, saturasi oksigen semakin berkurangan dan akhirnya arwah diisytiharkan meninggal 20 minit selepas pembedahan itu dilakukan.

Bila dibedah siasat, rupanya arwah mengalami emboli udara. Emboli udara itulah yang mengganggu peredaran darah di tubuh arwah. Emboli itu dijumpai di ruang jantung sebelah kanan arwah. Kes ini betul-betul membuatkan saya tersentap seketika. Bila pandang muka isteri, saya jadi sayu saja.

Sekarang ini saya sudah faham. Saya dah faham, kenapalah seorang wanita ini sangat mudah untuk masuk syurga. Cukup buat kewajiban agama dan taat pada suaminya. Dulu saya pelik dan rasa tak adil, namun sekarang saya sudah sedar. Kesanggupan mereka berdepan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung mata rantai zuriatlah yang menyebabkan martabat seorang perempuan diangkat tinggi oleh Tuhan!

p/s: Saya Taufiq Razif bukan suami yang terbaik tapi saya berusaha menjadi suami yang terbaik untuk isteri saya. Apa pun, saya respect kepada semua yang bergelar ibu. Anda sememangnya golongan yang hebat!

Sumber:http://infortauladan.com

Seorang Ayah Bungkus Anaknya Dalam Plastik Lalu Menyelam Dalam Sungai, Puncanya Buat Ramai Sebak !!!

Kasih ibu sepanjang masa, kasih anak sepanjang galah. Peribahasa lama tersebut memang ada benarnya, peranan ibu yang lembut dan menyayangi kita seolah membuat ibu menjadi pahlawan nombor satu. Namun, bagaimana dengan ayah?

Watak seorang ayah selalu dikaitkan dengan jiwa yang keras dan sifat yang tegas. Jarang seorang anak tidak akur dengan ayahnya hanya kerana sifat seorang lelaki maskulin tak boleh dibandingkan dengan kelembutan wanita.

Namun, bukan berarti dengan ketegasannya tak ada rasa sayang untukmu, kan? Seperti Video ini mungkin akan jadi bahan renungan untukmu tentang betapa besarnya kasih sayang seorang ayah.

Ayah mana yang tidak ingin melihat seorang anak hidup bahagia dengan mendapat pendidikan yang tinggi? Pastinya semua ayah akan mati-matian berkorban demi melihat anaknya bersekolah. Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang ayah berasal dari Desa Lang Sam, Provinsi Dien Bien, Vietnam Utara ini.

Agar puteri tercintanya tiba di sekolah dengan selamat, dia rela mengorbankan nyawanya sendiri. Bermodal sebungkus kantong plastik transparan berwarna putih.

Si ayah ‘membungkus’ puterinya semata-mata agar ia tidak basah kuyup. Meskipun saat itu arus sungai sangat deras, tak menyurutkan semangat si ayah untuk menyeberang sungai.

Menurut informasi dari Viral4Real, sungai di desa Lang Sam tersebut memang seringkali dilanda banjir. Apabila hujan deras tiba, aliran sungai meluap dan mengakibatkan debit air yang bertambah.

Hal inilah yang menyebabkan anak-anak di desa tersebut tak bisa berangkat ke sekolah.

Beruntung, mereka berdua selamat sampai di seberang sungai. Selesai melepas ikatannya, sang anak pun merapikan sedikit rambut dan pakaiannya, kemudian berlalu untuk menuntut ilmu.

Entah, apa yang akan dilakukan sang ayah nantinya, akankah ia tetap menunggu anaknya agar kembali pulang bersamanya? Yang pasti, pengorbanan sang ayah ini sedikit banyak pasti mengingatkan kalian akan kasih sayang sejati seorang ayah.

Video Berkenaan :

Kredit : KapanLagi