“Curiga Dan Pelik Dengan Kelakuan Lelaki Yang Sedang Mendukung Bayi” , Wanita Ini Berjaya Melakukan Perkara Buat Netizen Berbangga Dengan Nya!!

admin

viral

Mungkin dalam kehidupan seharian kita, sikap kepoh atau menjaga tepi kain orang itu tidak disukai ramai. Namun dalam situasi berikut, disebabkan sikap ambil tahu wanita inilah, seorang bayi berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Pada Selasa lalu, seorang wanita bernama Lee telah mengambil bas untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja. Semuanya dalam keadaan baik sehinggalah seorang lelaki berbaju T putih menaiki bas tersebut.

Menurut World of Buzz, Lee yang sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling perasan akan wajah cemas pada lelaki tersebut yang duduk tanpa membayar tambang bas terlebih dahulu.

Bayi yang dikendongnya juga kelihatan seperti baru habis menangis dan lelaki tersebut dilihat menepuk bahagian belakang badan bayi itu dengan sangat kuat. Jika difikirkan dengan logik akal, ibu bapa mana yang akan lakukan seperti itu kepada anak mereka kan? Hmm pelik jugak ni!

Sumber: WOB

Namun, apa yang lebih mencurigakan ialah bayi tersebut memakai baju berlengan pendek walhal cuaca di kawasan Sichuan, China pada ketika itu sangat sejuk selepas selesainya Festival Pertengahan Musim Luruh.

Seorang bapa yang menyayangi anaknya pasti tidak akan membiarkan bayi tersebut kesejukan dan memakaikannya baju yang boleh memanaskan tubuh si bayi. Kan…

Kesemua perkara ini membuatkan Lee lebih curiga sama ada benar atau tidak lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi itu. Dia kemudian beralih tempat duduk ke belakang bas dan mengambil gambar bayi berkenaan dan ‘bapanya’ secara senyap-senyap sebelum dihantar ke laman media sosial polis tempatan.

Sumber: WOB

Pun begitu, terdapat dua lagi hentian sebelum bas tersebut berhenti di terminal akhir. Malangnya, telefon Lee hampir kehabisan bateri dan dia bercadang untuk mengekori lelaki tersebut dari belakang.

Bas tersebut akhirnya berhenti di hentian terakhir dan kemudian meneruskan perjalanan ke terminal bas. Disebabkan lelaki itu tidak turun di hentian akhir, wanita berkenaan mengagak yang suspek akan menukar perjalanan menggunakan keretapi pula di terminal nanti.

Lalu Lee dengan pantas turun dari bas tersebut dan bergegas pulang ke rumah untuk menelefon polis. Selepas dua jam, pihak polis menghubungi Lee semula dan memaklumkan lelaki tersebut dan bayinya telah ditahan polis di stesen keretapi.

Mereka juga mengesahkan bahawa bayi itu sememangnya telah diculik dan bakal dijual. Pihak berkuasa juga tidak lupa untuk berterima kasih dengan Lee bagi pihak keluarga bayi tersebut kerana tindakannya menyelamatkan bayi berkenaan.

Keberanian Lee dalam menyelamatkan bayi itu tular di media sosial dan rata-rata netizen berterima kasih atas sikap waspadanya daripada membiarkan penjenayah tersebut melepaskan diri. Tahniah!

Semoga ramai lagi insan yang berhati mulia seperti Lee di dunia ini.

sumber:lobakmerah

Seterusnya…

SERI VIDA BEGITU RAPAT TATKALA NETIZEN MEMPERSOALKAN HUBUNGAN MEREKA

Nama Ahmad Iqbal yang merupakan pembantu peribadi jutawan kosmetik tanah air itu disebut-sebut oleh netizen di media sosial apabila mereka mengandaikan dia dan Dato Seri Vida adalah pasangan kekasih.

“Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menafikan. Tidak pula cepat membuat keputusan.” jawab Iqbal tenang apabila disoal mengenai hubungan rapatnya dengan Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman.

“Hidup kita bukanlah lama. Biarlah dicerca jika dengan cara itu mereka berasa tenang.” katanya lagi.

Iqbal yang berusia 23 tahun itu walau bagaimanapun menafikan bahawa beliau ingin mengambil kesempatan terhadap jutawan kosmetik itu.

“Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukan lah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan harta nya kerana akhirnya kita mati jua.”

Kisah hangat itu akhir nya sampai ke pengetahuan ibu Iqbal sendiri iaitu Maznuni Che Yusof, 49 tahun. Beliau mengakui banyak menerima pertanyaan daripada rakan dan saudara – mara mengenai hubungan anak ketiganya dengan Dato Seri Vida.

Beliau yang tidak mudah mengambil pusing cakap- cakap orang berkata, “Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana.”

Beliau juga menyatakan hubungan anak nya dengan Dato Seri Vida hanyalah sebagai seorang pekerja dengan majikan. Namun beliau juga tidak menghalang jika Dato Seri Vida d itakdirkan menjadi menantu nya.

“Saya tidak akan menghalang jika di takdirkan Datuk Seri Vida menjadi menantu. Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah.”

Mengakhiri temu bual nya, Iqbal yang sudah setahun bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan itu menegas kan, “Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutama nya untuk kebahagiaan dia. Pihak keluarganya tidak menggalak kan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana – mana lelaki pun disebab kan serik tiga kali perceraian.”

sumber :sembangkecoh