“Berstatus Isteri Orang”Zulaikha Sanggup Terlanjur Dengan Bos Di Pejabat hingga Hamil!

admin

Kisah Benar

Kisah ini sering kita dengar apabila isteri orang main kayu bersama lelaki lain. Malah lebih teruk lagi apabila sudah mempunyai anak tetapi masih berani bermadu kasih bersama suami orang. Manusia tak pernah puas kan???

Di bawah ini kisah bagaimana seorang isteri curang yang mana akhirnya telah mendapat balasan di dunia lagi. Ambil pengajaran semua yer..

Pagi itu, seperti biasa Zulaikha berumur 28 tahun melangkah masuk ke pejabat dengan penuh gaya. Waaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan, tetapi lagaknya saling tidak tumpah seperti pengarah syarikat.

Sikapnya itu bukan sekali dua menimbulkan perasaan jengkel di hati teman-teman sepejabatnya. Pun begitu, Zulaikha tidak pernah mengendahkan apa juga umpat keji teman-teman sepejabatnya itu. Apa yang penting, hatinya bagaikan merak kembang petang setiap kali Shah, 35 Pengarah Urusan syarikat itu memujinya.

Sebenarnya Zulaikha sudah lama memendamkan perasaan terhadap majikannya itu. Tetapi disebabkan isteri majikannya itu turut menjadi “orang kanan” di syarikat itu, niatnya itu dipendam begitu saja. Namun apabila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda.

Zulaikha bagaikan lupa, bahawa dirinya sudah pun bergelar isteri orang yang punyai dua anak. Impian untuk menawan hati majikannya yang kacak itu tidak pernah padam sebaliknya semakin membara dari hari ke hari.

Demi mencuri hati lelaki impiannya itu, Zulaikha sanggup berhabis sakan. Pakaiannya yang tersalut ditubuhnya, dipastikan “up-to date”, menghairahkan dan mendapat perhatian Shah. Kalau umpan sudah tersedia, masakan pancing tersadai lesu.

Melihatkan lagak Zulaikha itu, iman Shah entah ke mana. Tanpa pengetahuan isterinya, dia sering menghubungi telefon bimbit Zulaikha. Respon daripada Shah itu, benar-benar membuatkan Zulaikha bagaikan berada di atas awan. Tambah pula bila mendengar pujuk rayu yang penuh kata-kata romantis dan memberahikan daripada lelaki idamannya.

Tiga bulan lamanya, mereka berdua menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapa pun. Mereka berdua bijak sekali menyembunyikan hubungan sulit itu daripada pengetahuan orang lain, terutamanya isteri Shah dan pekerja di syarikat tersebut.

Sepanjang perhubungan itu, bukan sekali dua Shah mencuit tuguh gebu Zulaikha. Cuma Zulaikha saja yang buat-buat jual mahal. Rancangannya, dia mahu Sah rasa tercabar dan berusaha untuk menakluki dirinya. Dan petang Sabtu itu, akhirnya Zulaikha jatuh juga dalam dakapan Shah. Petang itu Zulaikha sengaja pulang lewat. Kebetulan dia perlu menyediakan beberapa fail untuk di bawa ke meja mesyuarat.

Petang itu kedua-duanya melunaskan ‘hajat” mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa. Sebaliknya, mereka berdua tersenyum kepuasan. Dan sejak peristiwa petang itu, mereka semakin kerap “bersama”. Zulaikha benar-benar seorang pelakon yang hebat. Di rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. “Keperluan” suaminya tidak pernah diabaikan, kerana dia tidak mahu suaminya mensyaki apa-apa.

Walaupun suaminya sering kurang senang dengan cara dia berpakaian apabila ke pejabat, namun dia pandai memberi alasan. Namun Zulaikha lupa akan sesuatu yang pasti. Ya!! sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari akan jatuh ke tanah jua.

Ditakdirkan, beberapa bulan kemudian Zulaikha disahkan mengandung. Orang yng paling gembira, tentulah suaminya sendiri. Sebaliknya Zulaikha jadi bingung, anak siapakah yang dikandungnya itu, anak suaminya atau anak Shah??

Apa yang membuatkan dia sedih tidak keruan, Shah seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya sejak berita kehamilannya diberitahu. Ada saja alasan setiap kali dia ingin menemui Shah. Malah Shah sudah mula memarahinya dan tidak melayannya semesra dulu.

Bulan berganti bulan, perut Zulaikha semakin sarat. Begitu jugalah kebimbangan yang bergolak di jiwanya saat itu dan hanya Tuhan saja yang tahu betapa derita perasaannya ketika itu. Tambah memilukan, dia dilayan bagaikan minyak yang penuh oleh suaminya. Dia tidak langsung dibenarkan membuat kerja-kerja berat.

Tiba harinya, Zulaikha di masukkan ke wad bersalin. Meskipun waktu melahirkan telah sampai, namun kandungannya seperti enggan keluar walaupun puas usaha untuk mengeluarkan dilakukan. Derita Zulaikha benar-benar menyedihkan si suami. Dia berdoa pada Tuhan, agar beban berat isterinya diringankan.

Sedang Zulaikha mengerang kesakitan, dia menyeru nama suaminya dengan penuh kepayahan. Dengan linangan airmata, zulaikha menceritakan segala rahsia sulitnya dan memohon kemaafan daripada si suami. Dan mendengar berita itu, si suami bagaikan dipanah petir.

Siapa yang tidak terseksa batinnya, apabila ister yang dicintai sepenuh hati berlaku curang. Malah, sanggup ditiduri lelaki lain dan sedang berperang nyawa untuk melahirkan hasil hubungan sulit mereka itu.

Sejurus lafaz maaf disebut di bibir si suami, kandungan Zulaikha meluncur keluar dengan mudahnya dan saat itu jugalah si suami rebah ke lantai. Zulaikha yang masih dalam kesakitan, tergamam dengan keadaan itu.

Selepas dibenarkan pulang dari hospital, keadaan Zulaikha seperti tidak siuman, dia hanya diam dan sesekali ketawa walaupun ketika itu diberitahu si suami sudahpun meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anak.

Walaupun tidak ramai yang tahu puncanya dia jadi gila, namun hanya seorang saja tahu sebab musababnya. Iaitu teman sekerja Zulaikha yang tahu akan hubungan sulitnya dengan Shah.

Sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih kepada mereka yang mengingkariNYA.

sumber : kucinghitamm

GILA!!! Lelaki Singapura Pecah Rekod Tiduri 57 Wanita Dalam 24 jam.

Seorang lelaki Singapura mencatat rekod baharu meniduri 57 wanita dalam masa 24 jam. Ya, ia mengatasi rekod terdahulu melibatkan 55 wanita.
Sangat Wow kan Bagaimana agaknya dia melakukannya, jom baca artikel selanjutnya.
Menurut laporan berita Herald Europe, rekod itu dipecahkan dalam satu acara tahunan yang dianjurkan oleh sekumpulan pelacur dari Republik Czech yang diadakan di ibu negaranya, Prague.
Lelaki berusia 34 tahun yang enggan dikenali tetapi dikatakan warganegara Singapura mengakui menjalankan pelbagai latihan untuk memecahkan rekod tersebut termasuk latihan berat seperti atlet larian maraton.
Saya sememangnya seorang penagih seks dan apabila mendapat tahu mengenai acara ini, saya rasa saya patut ambil bahagian. Saya mengambilnya secara serius dan berlatih seperti atlet larian maraton. Latihan ini sebenarnya lebih sukar dari kebanyakan sukan profesional, memetik katanya.
Tepat tengah malam, acara rekod tersebut bermula dan lelaki itu mula bersetubuh dengan pelacur yang dibawa khas untuk acara tersebut.
Tambah laporan itu lagi, lelaki tersebut berjaya meniduri 29 wanita menjelang tengah hari dan akui mula mengalami kekejangan selepas itu.
Dia kemudian diberi bantuan kecemasan oleh pakar fisioterapi sebelum meneruskan percubaan itu.
Sebenarnya, antara syarat menyertai percubaan ini adalah peserta tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat untuk ereksi dan dia bebas daripada semua ujian tersebut.
Cuma, dia akui mengambil makanan herba namun enggan mendedahkan secara lanjut.
Ok, 28 lagi wanita untuk ditiduri
Lelaki itu akhirnya berjaya meniduri 56 orang menjelang pukul 11 malam tetapi mengambil keputusan mencuba seorang lagi memandangkan masih ada 1 jam sebelum tamat waktu.
Dia sempat berlari ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemesan sebelum meniduri wanita ke-57 dan yeah rekod baharu dicatat
Menurut pihak penganjur, peserta kena mengeluarkan lebih kurang 5ml semen (cecair mengandungi sperma) sebagai bukti hubungan seks dengan semua wanita itu. Macam mana mereka tahu Penganjur sebenarnya mengukur setiap ejakulasi yang dilakukan lelaki itu.

Daiyan Trisha Dedah Sering Terima Foto Lucah

Penyanyi Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya sering menerima foto lucah menerusi laman Instagram.

“Saya selalu menerima foto-foto lucah seperti foto alat sulit lelaki yang dihantar di laman Instagram. Dalam sebulan pasti ada sekali saya menerima foto tersebut. Saya sendiri pelik kenapa mereka tiba-tiba menghantar foto-foto sedemikian.

“Saya tidak melakukan tindakan apa-apa. Saya hanya membiarkan sahaja tanpa membalas atau memberi amaran. Bagi saya, jika kita tidak melayan perkara tersebut, ia akan terhenti di situ. Lebih baik begitu,” kata Daiyan lagi.

Tambah Daiyan, laman Instagram miliknya juga digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

“Kejadian ini berlaku tiga minggu lalu. Selalunya, jika ada pihak yang menggodam laman Instagram selebriti, pihak tidak bertanggungjawab itu mahu menjualnya untuk dijadikan akaun bisnes.

“Kes saya pula berbeza kerana pihak tersebut mahu memadamkan terus akaun saya. Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Saya bertindak menghubungi pihak Instagram dan menceritakan perkara sebenar.

“Saya sangat risau kerana laman Instagram merupakan medium untuk saya menonjolkan hasil kerja. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapatkan semula akaun Instagram saya,” katanya ketika ditemui di Singapura bersempena Anugerah Planet Muzik 2017.

Dalam perkembangan terbaru, Daiyan bakal muncul dengan single baru berjudul Kita Manusia pada 20 Oktober ini.

Daiyan juga sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri Coffee Prince yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Filem lakonan Daiyan, Busker bakal menemui penonton pada Januari tahun hadapan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @daiyantrisha

Sumber kucinghitamm