Menjadi Mangsa Buli Ditumbuhi Jambang Dari Kecil, Lihat Bagaimana Dia Kini Berubah Menjadi Inspirasi Dunia

admin

humanity

Manusia dilahirkan dengan pelbagai ciri unik yang tersendiri. Bagi Harnaam Kaur, seorang gadis yang cantik telah ditumbuhi dengan bulu pada wajah dan seluruh badannya seawal usia 11 tahun. Satu kejadian yang sangat aneh pernah dialami oleh seorang gadis.

Perkara ini telah membuatkan orang ramai mula memberikan pandangan negatif terhadap Harnaam terutamanya rakan sekolah dan saudara maranya.

Menetap di Berkshire, Britain, Haarnam telah didiagnos dengan Sindrom Ovari Polycystic sekali gus menyebabkan dia ditumbuhi bulu roma yang tebal dan membentuk jambang pada wajah ayunya.

Haarnam juga sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekelas dan sering digelar sebagai ‘si jambang’, ‘shemale’ dan sebagainya.

Kesannya, Haarnam seringkali memakai baju yang labuh dan besar bagi menutupi lengan dan dadanya yang berbulu. Malah, Haarnam juga dikatakan sering mengurung dirinya di dalam bilik.

Namun pada usia 16 tahun, Haarnam yang beragama Sikh menegaskan untuk mengikuti ajaran agamanya iaitu dengan tidak memotong rambut. Walaupun dihalang ahli keluarga, Haarnam tetap keputusan untuk menyimpan segala bulunya.

Pernah sekali Haarnam mencukur jambangnya ketika berusia 17 tahun setelah dipengaruhi oleh sepupunya. Akan tetapi, Haarnam merasa tidak selesa memandangkan jambangnya itu sudah menjadi sebahagian daripada personaliti dirinya selama ini. Oleh demikian, Haarnam menjadi semakin yakin untuk menyimpan jambangnya semenjak peristiwa tersebut.

YouTube screenshot

Atas sokongan abangnya, Haarnam menjadi semakin yakin untuk tampil feminin dan lebih bergaya. Haarnam tidak lagi menyembunyikan bulu dan jambangnya malah berbangga kerana memilikinya.

Baru-baru ini, Haarnam berjaya merangkul takhta sebagai pemegang rekod dunia Guinness sebagai wanita berjambang yang paling muda.

Sebagai seorang yang mempercayai kecantikan individu terletak pada sikap positif terhadap tubuh dan kecantikan dalaman, Haarnam memiliki ramai peminat yang menjadikannya sebagai inspirasi.

Di usia 26 tahun, Haarnam juga mula memuatnaik video secara atas talian yang menceritakan mengenai perjalanan hidupnya. Kisah mengagumkan gadis unik ini dihujani dengan pelbagai komen positif. Ternyata penerimaan sepenuhnya terhadap diri sendiri adalah sesuatu yang boleh kita pelajari.

Era Baru