YE KE – Dato Aliff Syukri Penghidap Sindrom Disleksia -Tak reti membaca dan menulis???

Baru Tahu Dato Aliff Syukri Penghidap Sindrom Disleksia, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baru Tahu Dato Aliff Syukri Penghidap Sindrom Disleksia, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baru Tahu Dato Aliff Syukri Penghidap Sindrom Disleksia, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Penulis terpanggil untuk menulis tentang masalah kesihatan ‘Disleksia’ selepas membaca satu artikel usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang merupakan penghidap disleksia. Siapa sangka individu yang miliki empayar perniagaan jutaan ringgit sebenarnya mengalami disleksia.

Menurut Aliff Syukri lagi, dia mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara. Kerana itu, anak sulungnya juga turut mewarisi sindrom yang dialami dan terpaksa menghantar ke sekolah khas.

Tapi apa sebenarnya sindrom disleksia itu?

Apa itu Disleksia?
Foto – SirapLimau

Untuk pengetahuan anda, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya seseorang itu mengalami masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Punca Disleksia?
Foto – My Local News

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang turut merupakan penghidap sindrom berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem sarah mereka. Ini merupakan faktor neorobiologikal di mana kortek penglihatan otak ialah bahagian korteks serebrum yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan penglihatan. Jadi, masalah pemprosesan visual menyebabkan seseorang sukar membaca.

Ciri-Ciri Penghidap Disleksia?
  • Kebiasaan dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  • Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  • Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  • Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
  • Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  • Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Boleh Diubat?
Foto – Astron Lifesciences – WordPress.com

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Masalah ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

Untuk lebih mudah, orang kita memanggil individu sebegini dengan panggilan ‘lembab’ kerana kesukaran mereka dalam melakukan sesuatu.

Apapun mungkin selepas ini kita harus lebih berhati-hati dalam menilai seseorang kerana kita tidak tahu apa yang mereka alami.

Selamat Beramal!

SUmber: Kredit: wanista.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *