Wanita Kecoh Ada Tahi Ayam Dalam Makanan Tapi Sebaliknya Dihentam Netizen Kerana…

Media sosial kini menjadi platform untuk menyebarkan berita dengan pantas kepada orang ramai. Kebiasaannya berita yang disampaikan adalah untuk memberi amaran serta sebagai peringatan kepada orang ramai tentang apa-apa perkara yang telah berlaku kepada mereka.

Walau bagaimanapun, setiap berita yang disampaikan kadang kala hanya sekadar salah satu cara untuk menarik perhatian ataupun salah faham oleh pihak tersebut dan menimbulkan kemarahan serta mengundang kecaman daripada netizen.

Inilah perkara yang tepat bagi menggambarkan situasi dihadapi oleh seorang wanita yang telah memuat naik sebuah rakaman video menceritakan pengalaman jijik yang dilaluinya

Berdasarkan video yang telah dimuat naik, wanita yang menggelar dirinya sebagai Mummy ini, telah memesan menu sizzling di medan selera yang terletak di dalam Tesco di Lukut, Negeri Sembilan.

Melalui video tersebut, Mummy menunjukkan seketul daging ayam daripada sizzling tersebut yang didakwa berkemungkinan bahagian bontot ayam. Menjijikkan apabila dia dapati masih terdapat tahi di dalam bahagian ayam tersebut apabila dipicit dengan tanganEww!


Sumber: Facebook
Mummy menyatakan kemarahannya kerana peniaga makanan tersebut tidak menjaga kebersihan serta memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi gerai tersebut. Siapa tak marahkan?

Namun begitu, niat Mummy untuk memberi amaran kepada orang ramai bertukar menjadi perdebatan hangat di ruangan komen antara netizen kerana menganggap tindakannya sebagai kurang bijak dalam mengatasi situasi tersebut.

Hal ini adalah kerana mereka merasakan wanita itu sepatutnya pergi membuat aduan kepada gerai tersebut serta pihak berkuasa dan bukannya dengan cara menularkan video seperti ini

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Selain itu, netizen juga turut kecam wanita ini kerana tidak kenal dengan bahagian ayam tersebut. Menurut netizen,  ketulan daging ayam di dalam video berkenaan ialah bahagian pedal yang masih mengandungi sisa makanan dimakan oleh ayam itu.
Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Walaupun dibanjiri kecaman daripada netizen, masih terdapat segelintir mereka yang mempertahankannya kerana menganggap amaran yang diberikan kepada orang ramai adalah perkara yang wajar dilakukan memandangkan gerai tersebut tidak menjaga kebersihan makanan yang dijual.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Gelinya kalau macam ni terjadi. Memang hilang selera makan. Harap Mummy ada buat aduan kepada pihak yang sebetulnya supaya gerai itu dapat memperbaiki tahap kebersihan makanan yang dijual.

sumber lobak merah via sembanggkecoh.com

Cerita seterusnya….

Anak Dibunuh Oleh Negro Dan Dibicara Di Makamah US. Tapi Kata-kata Pakcik Ini kepada Pembunuh Itu Buat Hakim Dan Semua Orang Mengalir Air Mata…..

SUASANA hiba menyelubungi mahkamah di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat apabila seorang bapa memberi keterangan memaafkan pembunuh anaknya.

Kenyataan Abdul Munim Sombat Jitmoud itu turut menyebabkan tertuduh, Trey Alexander Relford menitiskan air mata malah hakim turut bersedih sehingga menangguhkan prosiding untuk sementara waktu.

Ketika hukuman dijatuhkan, Abdul Munim turut memeluk Relford.

Menurut CNN, Abdul Mulim berkata, dia tidak marah Relfourd berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin.

“Saya menyalahkan syaitan kerana menyesatkan anda dan mengelirukan anda untuk melakukan jenayah yang begitu besar. Tidak, saya tidak menyalahkan anda. Saya tidak marah kepada anda sama sekali.

“Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia.

“I blame the devil, for misguiding you and misleading you to do such a horible crime. No I don’t blame you. I’m not angry at you at all.”I forgive you on behalf of Salahuddin and his mother. On the act of involving to kill him.”

“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Jadi, hubungiNya. Anda bakal mempunyai babak kehidupan yang baru,” katanya kepada Relford di mahkamah.

Dalam kejadian pada April 2015, Salahuddin membuat penghantaran pizza terakhir apabila dia ditikam sehingga mati dan dirompak di apartmen di Lexington, menurut stesen televisyen tempatan, WKYT.

Tiga ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu tetapi hanya Relford didakwa.

Pihak berkuasa mendakwa, Relford yang merancang rompakan itu tetapi suspek menafikan membunuh Salahuddin.

Relford dihukum penjara 31 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan dan cubaan mengganggu bahan bukti berhubung kes itu.

sumber era viral via sembanggkecoh.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *