Wani Hasrita hendak yang ‘tall, dark and handsome’ – Mungkinkah anda Pilihan nya?

Loading...

 

Wany Hasrita menepis tuduhan dia bercinta dengan beberapa orang artis. FOTO: Norafifi Ehsan.

PENYANYI Wany Hasrita menegaskan dirinya masih solo walaupun namanya pernah dikaitkan dengan tiga jejaka iaitu Tajul Arif, Khai Bahar dan terbaharu bekas anggota kumpulan Q Face, Fairuz Selamat.

Wany, 27, berkata, masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal jodoh kerana karier seninya baharu sahaja bermula dan banyak perkara ingin dicapai sebelum berkahwin.“Ingin saya tegaskan buat masa ini saya tidak mempunyai teman lelaki dan gosip terbaru mengatakan saya bercinta dengan Fairuz pun tidak benar.

“Kami bersahabat dan sudah mengenali antara satu sama lain sebelum saya bergelar artis lagi. Buat masa ini saya selesa fokus kepada kerjaya dan bidang perniagaan yang baru saya ceburi,” katanya.
 Wany ditemui pada majlis pelancaran produk pertama keluarannya iaitu Jellyta by Wany Hasrita pada Selasa.