Video Ze Rebelle Pulak Main Dengan Kondom .. Ini Teguran Padu Dari Seseorang

Sebelum anda meneruskan niat anda untuk melihat video di bawah, suka saya ingatkan ini adalah semata untuk mengingatkan dan menyedarkan diri kita dari lalai dan leka mengejar dunia dari akhirat. Jangan la ada yang mengecam dan menghina insan yang anda anggap sudah terpesong daripada agama. Seharusnya kita sebagai insan yang peka dan konon hebat tolong la mendoakankan yang baik-baik. Berdoa mintak yang buruk-buruk tidak akan dikabulkan tuhan so kita tolong la berdoa yang baik-baik agar kita semua dapat petunjuk dan hidayah dari tuhan.

Ubahkan pemikiran dan kelakuan kita daripada suka mengecam kepada berdoa. Kerana doa adalah senjata terhebat kita. “KUN FA YA KUN”.

Semua nak tak nak, kena SEDAR diri sikit. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Jangan ingat kita ni di sisi Allah mulia sangat, pada masa yang sama, kita buat maksiat macam apa, bahkan, kita tak rasa maksiat yang kita buat tu sebagai dosa langsung! Bahkan, boleh promote lagi kat twitter, instagram dan sebagainya. Contoh?

Ada yang menjadi EJEN untuk promote lagu-lagu barat, lagu kpop, dan segala lagu-lagu yang ada unsur maksiat di dalamnya, dengan cara meretweet, like, follow dan lain-lain artis-artis yang korang obsess. Tak malu ke wahai kawan? Tahu tak korang, orang lain boleh Nampak apa yang korang follow kat twitter dan instagram?

Ada juga yang dengan rileksnya follow berlainan jantina di instagram. Motif? Nak usha perempuan/laki tu ke? Menundukkan pandangan tu wajib wahai kawan. Korang boleh rileks, siap follow lagi, dengan tengok gambar-gambar selfie berlainan jantina di newsfeed, siap like lagi, apakah ini?!

Yang tak tutup aurat sempurna, malas nak hurai. Yang couple, atau yang bermesej-mesej lain jantina, ikhtilat dan sebagainya, pun saya malas nak sentuh.

Persoalannya hari ni, ada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas, mereka menggunakan alasan “Allah maha pengampun” sebagai penenang hati ketika mereka melakukan maksiat! TETAPI, adakah Allah terima taubat kita? Adakah?!

Saya terpaksa hurai isu ni, sebab terlalu ramai yang over confident bahawa Allah akan ampunkan dosa-dosa dia, dan di sebabkan kita terlalu over confident, kita dengan rileksnya terus menerus melakukan dosa.

Sedih rasanya! Malu ya Allah!

Suka saya ingatkan ini adalah semata untuk mengingatkan dan menyedarkan diri kita dari lalai dan leka mengejar dunia dari akhirat. Jangan la ada yang mengecam dan menghina insan yang anda anggap sudah terpesong daripada agama. Seharusnya kita sebagai insan yang peka dan konon hebat tolong la mendoakankan yang baik-baik. Berdoa mintak yang buruk-buruk tidak akan dikabulkan tuhan so kita tolong la berdoa yang baik-baik agar kita semua dapat petunjuk dan hidayah dari tuhan.

Ubahkan pemikiran dan kelakuan kita daripada suka mengecam kepada berdoa. Kerana doa adalah senjata terhebat kita. “KUN FA YA KUN”.

Apakah anda melihat video di atas? Apakah perasaan anda? Apa pula tindakan anda?

Di sini saya ingin memhon maaf sekiranya ada yang tersinggung atau ada yang salah tafsir niat saya. Mungkin ada salah saya mohon maaf. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya(kita).

#doasenjatakita

Sunber : gedebakviral.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *