Siapa Diva – Peminat Bergaduh Di Instagram

Peminat Bergaduh Di Instagram

Baru-baru ini, kami di Hangat.com ada menulis sebuah analisis mengenai pelakon Neelofa  dan Fazura berdasarkan populariti dan pencapaian mereka memandangkan kedua-duanya hangat diperkatakan

Perang Komen

Namun begitu, susulan daripada muat turun ulasan kami di Instagram, ternyata kedua-dua peminat selebriti ini tidak berpuas hati dan saling bertelagah antara satu sama lain di Instagram Hangat.com. Hampir 200 komen dilihat pada ruangan itu kerana masing-masing ingin mempertahankan selebriti kesayangan mereka.

BACA  Dituduh Tiru Nama Tudung Neelofa? Ini Respon Fazura

Perlu diingatkan, kami bukanlah bersikap untuk melaga-lagakan Fazura dan Neelofa, sebaliknya analisis tersebut dibuat bagi melihat prestasi dan kejayaan mereka dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Neelofa Mahu Neutral

Dalam perkembangan lain, Neelofa menerusi wawancaranya di dalam sebuah rancangan hiburan baru-baru ini telah menjelaskan bahawa dia tidak ada masalah dengan sesiapa dalam industri hiburan.

“Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada peseteruan dengan sesiapa”

Tambah Neelofa, dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya cuma tidak mahu sebarang masalah dan bersikap neutral.

BACA  Kronologi Majis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura Yang Anda Perlu Tahu

Jelas sekali kekecewaan terpancar pada Neelofa kerana mereka di luar sana yang terlalu ‘berlebihan’ walhal kedua-dua selebriti ini tidak mempunyai sebarang masalah.

Buat peminat pula, mungkin anda juga boleh bersikap neutral dan abaikan sahaja komen – komen yang menjatuhkan selebriti kesayangan anda.

Kredit | Sumber : hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *