[PIC & VID ] -Macam2 Hal – Anak Shah Rukh Khan dikritik kerana berbikini pulak…

Kena Kritik, Foto Anak Perempuan Shahrukh Khan Berbikini Viral
Loading...

Viral Anak Shah Rukh Khan dikritik kerana berbikini

Kena Kritik, Foto Anak Perempuan Shahrukh Khan Berbikini Viral

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak tidak ke nasi?

Sama seperti bapanya, Shah Rukh Khan dan ibunya, Gauri Khan, Suhana juga mempunyai pengikut yang ramai bahkan dia merupakan seorang ikon yang boleh dianggap sebagai idola oleh kebanyakan anak remaja di India.

Selain rupa parasnya yang redup, Suhana juga sering dipuji media kerana memiliki kebijaksanaan setanding “beauty with the brain” yang lain.

Sumber: Vogue India

Awal minggu ini, tersebar beberapa foto seksi Suhana yang dilihat berbikini tatkala mandi-manda di kolam renang bersama teman-temannya. Ia mula mendapat perhatian netizen saat foto itu dimuat naik oleh salah seorang temannya sekaligus menempa pelbagai reaksi daripada umum terutama para peminat dunia hiburan Bollywood.

Foto ‘kurang enak’ itu kemudian turut dimuat naik sebuah akaun hiburan, “Future Bollywood” untuk tatapan semua.

BACA  Makin Cantik! Foto Terkini Suhana Khan Saling Tak Tumpah Seperti Bapanya, Shah Rukh Khan

Ada yang beranggapan, Suhana kelihatan manis dan seksi, malah ada juga individu yang tidak berpuas hati kerana sebagai seorang gadis India tulen, Suhana sepatutnya lebih menjaga tertib pemakaiannya, biarpun tidak berada di hadapan lensa paparazi.

Untuk pengetahuan semua, Suhana Khan tidak mempunyai akaun Instagram. Oleh kerana sukar mendapat sumber foto peribadi Suhana melakukan aktiviti hariannya, foto itu seraya menjadi viral, lebih-lebih lagi apabila dirinya berpenampilans separuh bogel begitu.

BACA  Makin Cantik! Foto Terkini Suhana Khan Saling Tak Tumpah Seperti Bapanya, Shah Rukh Khan

Suhana kini yang baru berusia 17 tahun sedang menuntut di sebuah kolej di London.

Terdahulu, Shah Rukh Khan pernah menyatakan bahawa kesemua anak-anaknya boleh memilih haluan hidup sendiri dan tidak semestinya menjadi bintang popular sepertinya dalam dunia hiburan Bollywood.

Sumber : wanista.com