Pergh…Artis Malaysia nih…kemain ‘Daring’

Loading...

6 Selebriti Wanita Yang Paling ‘Daring’ Di Instagram, #2 Paling Meletop

Bergelar sebagai seorang wanita yang terkenal bukanlah merupakan suatu yang mudah kerana sering menjadi bualan masyrakat yang sentiasa memerhatikan segala perkara baik daripada segi bakat, fesyen, solekan dan pose ketika bergambar.

Mereka juga telah memuatnaik beberapa keping gambar yang hot dan ‘meletop’ di laman sosial Instagram untuk dikongsikan bersama peminat.

Jom kita lihat 6 selebriti yang daring di media sosial.

#1. Ainul Aishah
Pelakon hitam manis ini tampil berani apabila mengenakan pakaian yang mengundang kepada kecaman netizen.

Namun, Aishah tidak menganggap itu sebagai satu masalah yang besar kerana imej tersebut merupakan satu kebiasaan baginya sebelum bergelar artis.

Berusia 33 tahun , Aishah amat menitikberatkan penjagaan badannya agar kelihatan ramping dan sihat sering kali memuatnaik gambarnya ketika berada di gym.

#2. Nadia Brian
Beliau mula dikenali masyrakat setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3 memiliki raut wajah yang seksi dan menawan.

Nadia Najwa Mohamed Rashidi atau dikenali sebagai Nadia Brian merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Massa dari UiTM Shah Alam.

Pelakon yang berasal dari Perlis, dibesarkan di Kelantan ini mempunyai darah kacukan Melayu-Australia. Datuk beliau merupakan warga Australia bernama Brian Golding Abdullah.
Berusia 27 tahun, pelakon ini mempunyai 322,000 pengikut di Instagram.

#3. Tasha Shilla
Siapa yang tidak mengenali Tasha Shilla, pelakon yang pernah menimbulkan kontraversi satu ketika dulu.

Beliau hanya ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ apabila mendapat kecaman daripada netizen.

Menurut beliau, gambar-gambar yang dimuatnaik merupakan album simpanannya sendiri.

Memiliki 1 juta pengikut di Instagram, beliau telah menyambut ulang tahunnya yang ke-31 pada 25 Januari lepas.

#4. Zahidah Rafiq
Lakonannya dalam filem Mami Jarum (2002) telah melonjak namanya dengan lebih luas dalam industri hiburan.

Zahidah yang mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan memiliki 200,000 pengikut di Instagram.

Tampil dengan pose dan fesyen yang berani, Zahidah menegeaskan bahawa cara berpakaian tidak menggambarkan peribadi seseorang itu, sebaliknya menggambarkan individu tersebut bijak mengenakan fesyen atau sebaliknya.

#5. Zizi Kirana
Nur Fazelah binti Mad Tahil atau lebih mesra dengan panggilan Zizi Kirana merupakan seorang selebriti yang berani memuatnaik gambarnya dengan pose dan fesyen yang mengundang kecaman.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Boleh Jalan, gambar-gambar yang dimuatnaik merupakan hak peribadinya dan hanya ingin berkongsi bersama peminat tentang aktiviti hariannya sebagai seorang artis.

Zizi yang sering kali memuat naik gambar dan video ketika berada di gym amat menitikberatkan tentang penjagaan badan agar kelihatan ramping dan sihat.

#6. Kilafairy
Tidak dinafikan bahawa Kilafairy mempunyai bentuk badan yang ideal dan ramai wanita diluar sana menginginkan tubuh seperti gadis berusia 26 tahun ini.

Anak perempuan kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil tampil dengan pose yang berani dan menganggap itu perkara yang biasa sebagai seorang anak seni.

Walaupun mendapat kecaman hebat daripada netizen, selebriti ini tampil memberi penjelasan bahawa gambar-gambar tersebut merupakan hak peribadinya dan ingin berkongsi gambar bersama peminat.

Apa-apa pun, selebriti ini telah mewarnai industri hiburan tanah air.

Syabas dan tahniah kepada mereka!

Sumber : murai.com